CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 913|Reply: 0

Angelina Jolie Gesa Gencatan Senjata

[Copy link]
Post time 3-11-2023 04:16 AM | Show all posts |Read mode
Dikecam kerama bersifat 'neutral' dalam isu Palestin-Israel, pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie akhirnya bersuara memberi tanda sokongan terhadap bumi Palestin dan menuntut keadilan terhadap masyarakat di Semenanjung Gaza yang dizalimi zionis Israel.


Angelina, 48, berkata, tindakan pemimpin negara yang tidak menyokong genjatan senjata disifatkan sebagai perbuatan jenayah.






"Tindakan enggan membenarkan genjatan senjata dan membenarkan kezaliman terhadap satu pihak (Palestin), pemimpin dunia terlibat dalam jenayah ini," katanya.


Angelina berkongsi perkara itu selepas Zionis bertindak zalim dengan mengebom sebuah kem pelarian di Gaza baru-baru ini.


Pelakon ini turut meluahkan rasa simpati susulan tragedi yang mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak dan golongan wanita.


"Ini adalah satu pengeboman yang disengajakan di kawasan di mana mereka tidak boleh lari ke tempat lain. Gaza menjadi penjara terbuka hampir dua dekad dan kini menjadi kubur besar-besaran.


"Berjuta rakyat Palestin dihukum tanpa perikemanusiaan, kekurangan makanan, bekalan ubat dan bantuan kemanusiaan.


"40 peratus yang terbunuh adalah kanak-kanak tidak berdosa," jelasnya.


Hantaran yang dimuat naik oleh Angelina itu mendapat sokongan banyak pihak selepas dia menerima kecaman gara-gara bersikap natural terhadap isu Palestin-Israel sejak 7 Oktober lalu.


Dala perkongsian sebelum ini, Angelina juga pernah menyebut rasa belas kasihan terhadap mangsa perang di Israel.


Tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak kerana dia sendiri cukup terkenal sebagai selebriti yang memperjuangkan keamanan serta nasib pelarian.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.059143 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list