CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3180|Reply: 3

Suami kawal gaji isteri, setiap hari hanya beri RM10

[Copy link]
Post time 7-11-2023 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Suami kawal gaji isteri, setiap hari hanya beri RM10

Gambar hiasan.


PETALING JAYA – “Kad bank saya dia pegang, gaji saya dia kawal, setiap hari sebelum pergi kerja dia hanya bagi RM10 buat belanja.”

Itulah luahan seorang wanita apabila tidak sanggup lagi untuk hidup bersama suaminya meskipun usia perkahwinan mereka baru genap setahun.

Katanya, lelaki tersebut tidak adil memandangkan pendapatannya sebagai seorang pembantu tadbir di sebuah syarikat guaman dikawal oleh suami.

“Saya yang susah kerja sampai 10 jam sehari, gaji yang sepatutnya saya nikmati setiap bulan dikawal. Suami buat saya macam anak kecil yang tidak pandai urus duit, kalau saya nak beli apa-apa memang kena merayu bersama alasan kukuh. Kalau tidak saya memang tak diberi wang untuk belanja.

“RM10 untuk hidup di Johor Bahru tak cukup, RM10 ini juga saya kena pandai-pandai simpan untuk duit minyak motor. Saya tak faham kenapa suami saya macam ini, baru cukup setahun kami kahwin semalam (kelmarin), saya dah tak snggup lagi. Ada wanita bekerjaya lain hadapi nasib sama macam saya tak?.

“Kalau saya hanya suri rumah, saya faham. Mungkin ada limit, tapi itu duit hasil titik peluh saya sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Tambahnya, soal nafkah lain suaminya tidak pernah culas namun hidupnya kurang selesa dengan tindakan lelaki itu memegang kad banknya.

“Alhamdulillah untuk nafkah suami bagi, tapi tak selesa saya hidup macam ini, memang buat saya fikir untuk cerai, tapi hati masih sayang, apa perlu saya buat,” soalnya ketika meminta pandangan pengikut di Facebook.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak setuju dengan cara suaminya memegang kad bank isteri selain mengawal penggunaan gaji wanita tersebut.

“Duit gaji isteri itu hak dia, suami tak boleh nak masuk campur, suami boleh nasihat agar wang tersebut tidak dibazirkan kepada hal tidak penting, namun suami tak boleh halang isteri guna duit gaji dia sendiri,” jelas Fatin.

“Mungkin laki (suami) dia nak pastikan simpanan isteri dia banyak, baru senang hati. Tapikan kedekut-kedekut aku, duit bini aku, aku tak kacau. Cuma duit dari aku terhad la untuk keperluan utama sahaja. Dia nak shopping (beli belah) lebih-lebih guna duit dia sendiri aku tak kisah,” kongsi Taufiq. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ri-hanya-beri-rm10/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 08:58 AM | Show all posts
usia perkahwinan mereka baru genap setahun.


baru setaun... run dear run...

patut kau yg catu duit laki tu... apa hal plak duit bini laki pegang?

please..

suami tu cuma kepala.. yg gerakkan dia tetap leher hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2024 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila lawan balik..amik balik duit tu..x mati klu xde laki
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:20 AM | Show all posts
giler kau 10 sehari nak makan apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047810 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list