CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5637|Reply: 50

MRT setanding negara maju

[Copy link]
Post time 14-2-2011 08:50 AM | Show all posts |Read mode
MRT setanding negara maju



SEORANG lelaki melihat dengan teliti pelan laluan MRT Lembah Klang Jajaran Sungai Buloh- Kajang yang kini dipamerkan di Mid Valley, semalam.



Warga kota yakin projek dijangka mampu tangani masalah lalu lintas

KUALA LUMPUR: Rata-rata warga kota melahirkan rasa kagum dengan projek Aliran Transit Massa (MRT) yang dikatakan setanding sistem pengangkutan dimiliki negara maju dan pada masa sama berharap tambang yang dikenakan tidak membeban rakyat.


Pameran MRT Lembah Klang, Jajaran Sungai Buloh - Kajang anjuran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Mid Valley Megamall di sini, semalam adalah pentas terbaik agensi kerajaan itu memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat serta memberi maklum balas berhubung projek terkini kerajaan.

Ahli perniagaan, Wong Kee Siong, 69, berkata Malaysia sepatutnya memiliki sistem pengangkutan MRT ini lima atau enam tahun lalu kerana ketika itu lalu lintas mengalami masalah kesesakan teruk, manakala bas dan aliran transit ringan (LRT) tidak mampu menanganinya.

“Saya sering ke China, Hong Kong dan Jepun, saya lihat sistem MRT begitu berkesan menangani masalah pengangkutan di sana,” katanya.

Bagi Kapten (R) Tarzizi Abdul Ghaffar, MRT dilihat ‘penyelamat’ kepada jaringan pengangkutan awam sedia ada kerana bas, teksi, LRT dan Monorel tidak mampu membawa kakitangan atau warga kota tepat pada masanya ke tempat kerja.

“Saya dimaklumkan MRT ini berhubungan antara satu sama lain dan ini mempercepatkan lagi masa untuk ke tempat kerja warga kota. Sebagai contoh Kota Damansara, Pinggiran Subang, Cheras dan Kajang yang kini mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan kebanyakannya bekerja di Kuala Lumpur.
“Dengan ada MRT yang bersambung di Kelana Jaya dan Ampang yang mana masing-masing memiliki pengangkutan LRT, ia akan memudahkan pengguna serta memendekkan masa perjalanan ke tempat kerja,” katanya.

Suri rumah, Rosnani Mohamed, berkata MRT perlu menawarkan kadar tambang berpatutan kerana kebanyakan penduduk Lembah Klang berpendapatan rendah.

“Tidak dinafikan projek mega MRT ini membabitkan belanja yang tinggi dan saya berharap sebagai kerajaan mesra rakyat, biarlah tambang yang dikenakan mampu dibayar pengguna,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismail Kamal, berkata sebagai projek rakyat, menjadi tanggungjawab agensi itu merealisasikan hasrat kerajaan dan pada masa sama mahukan rakyat turut serta mengambil peluang dalam memberi idea bernas kepada SPAD untuk menilai serta bertindak sewajarnya.

“Ingin saya tegaskan MRT ini bukanlah projek SPAD, sebaliknya projek kita bersama. Dalam erti kata lain SPAD ingin berkhidmat untuk semua,” katanya selepas melancarkan publisiti selama tiga bulan MRT Lembah Klang di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Khazanah Nasional, Shahril Mokhtar.

Selain Mid Valley, tujuh lokasi lain dipilih untuk pameran berkenaan ialah di Dewan Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Stesen LRT Bangsar dan pejabat SPD di Menara Dayabumi.

Pameran bermula jam 10 pagi hingga 9 malam dan orang ramai boleh melihat lebih dekat lokasi laluan MRT menerusi imej satelit yang dipaparkan. Orang ramai juga boleh melayari menerusi talian bebas tol 1800-82-6868 atau laman sesawang feedback@kvmrt.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2011 09:05 AM | Show all posts
tu pandangan dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 09:33 AM | Show all posts
Yang penting tidak membebankan rakyat dari pelbagai sudut, contoh "rakyat selalu kena dulukan"
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 09:36 AM | Show all posts
projek yg bagus... w/pun agak lewat... tp okla dr tak buat ape2 langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 09:41 AM | Show all posts
tahniah la yaa......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 09:45 AM | Show all posts
SPAD banyak duit ke?
ada Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismail Kamal
ada Pengerusi, TS Syed Hamid Albar
untuk dibayar gaji berpuluh2 ribu....
kadang2 apa yang kerajaan buat tak menguntungkan rakyat.
MRT yang jadi masalah utamanya adalah kos tanah yang mahal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2011 09:56 AM | Show all posts
projek yg bagus... w/pun agak lewat... tp okla dr tak buat ape2 langsung...
dino Post at 14-2-2011 09:36



   ye betul tu abe dino ... better late than never. Go ahead bukan gostan

~~ idop kerajaan BN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 09:59 AM | Show all posts
ye betul tu abe dino ... better late than never. Go ahead bukan gostan

~~ idop keraja ...
Bolayan Post at 14-2-2011 09:56



baik teruskan projek untuk kebaikan bersama. tapi jangan ada pula contoh2 dari orang besar yang masih menggunakan kereta pula. macam projek ni kerajaan lambat sedikit dari singapura. tapi projek genting kita lebih mendahului mereka....

rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2011 09:59 AM | Show all posts
Projek yg sangat lewat diperkenalkan. Sepatutnya dekad 2000s ada diperkenalkan laluan2 baru. Bukan kena tunggu 10 tahun baru ada kekdahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 10:03 AM | Show all posts
Projek yg sangat lewat diperkenalkan. Sepatutnya dekad 2000s ada diperkenalkan laluan2 baru. Bukan k ...
Muntz Post at 14-2-2011 09:59



projek monorel di putrajaya yang diperkenalkan oleh tun.M pun masih belum bergerak selepas peralihan kuasa kepada PM yang ke 5. kalau tidak putrajaya dah jadi pusat pentadbiran contoh di era pemerintahan PM ke 4 itu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 10:08 AM | Show all posts
projek monorel di putrajaya yang diperkenalkan oleh tun.M pun masih belum bergerak selepas per ...
zidlan Post at 14-2-2011 10:03



   era dak tingkat 4 berkuasa kemajuan agak kelam/hitam

~~ skrg era FLOM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 10:10 AM | Show all posts
era dak tingkat 4 berkuasa kemajuan agak kelam/hitam

~~ skrg era FLOM {:1_152 ...
Bolayan Post at 14-2-2011 10:08



era FLOM pun monorel putrajaya belum bergerak2 lagi.....
akhirnya projek ini akan menjadi gajah putih sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 10:18 AM | Show all posts
Sewajarnya sistem MRT ini dibina adalah sejak daripada dahulu lagi.Bukannya pada masa ini dimana kita lihat keadaan bandaraya dan kawasan petempatan dipinggir bandaraya telah menjadi semakin sesak dan padat.Peranan perancangan bandar amat penting dan memerlukan ketelitian dan serta anggaran jangka masa manakala pandangan yang begitu menyeluruh begitu penting untuk masa hadapan.Sekiranya terlepas pandang sudah pasti keadaan dibandar atau kawasan pada penempatan menjadi tidak begitu terurus serta tidak sistematik malah lebih akan memberi lebih banyak masalah seperti kesesakan jalanraya dan mengakibatkan kepadatan yang melampau.Kehadiran MRT yang merupakan sambungan jaringan sistem LRT yang telah sedia ada di kawasan Lembah Klang merupakan sesuatu salah satu langkah yang begitu efisyen dan agak praktikal apatah lagi jaringan itu akan turut merangkumi rangkaian kawasan pinggir bandar seperti Kajang dan juga kawasan Sungai Buloh.Hal ini merupakan suatu langkah alternatif yang agak baik dan sedikit sebanyak memberi peluang kepada penduduk kawasan itu untuk merasai kemudahan sistem aliran gerak cepat ( MRT ) ini untuk pergi ke bandaraya Kuala Lumpur tanpa perlu menempuhi banyak halangan yang lain.Tetapi sayangnya kenderaan persendirian juga semakin hari semakin bertambah dan semakin hari kesesakan yang berlaku dijalan raya akan turut meningkat meskipun telah wujudnya jalan alternatif atau pun lebuhraya baru yang kononya didakwa mampu mengurangkan kadar kesesakan malahan boleh menjimatkan masa perjalan untuk ke satu destinasi yang lain.Apa yang perlu ditekankan adalah kesedaran bagi rakyat Malaysia tentang pentingnya atau memanfaatkan kemudahan pegangkutan awam manakala soal yang kedua merupakan pentingnya sistem pengangkutan awam yang begitu cekap daripada segi tempoh masa,tempat,serta keselesaan untuk para penumpang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 10:59 AM | Show all posts
nak tak sgt actual route mrt ni..termasuk tak BTHO (Bandar Tun Hussein Onn)?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 12:09 PM | Show all posts
shah alam x masuk sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 12:13 PM | Show all posts
harap2 dia implement sistem 1 tiket je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2011 12:41 PM | Show all posts
shah alam n klang yg berkepandatan tinggi pun x masuk ...so blm maju lg la ......:re: ..subang jaya ade ker?xsure ....
perkenalkan la mcm oyster card (UK), T-money (South korea) bg diskaun sumer ..nih kena bli rapid pas yg applicable kt rapid nyer rangkaian jer..not worth gak n not value for money ..kajian la sgt b4 nk laksanakan projek nih ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 12:50 PM | Show all posts
kalo teknologi MRT tu mungkin laa setanding negara maju..tp kalo yg tukang mentenen nya mentaliti low kelas negara ke 3 x guna gakkkkk..cth plg bagus KTM komuter...tren moden tp servis serupa cam ketapi world war 2 kt India!
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 12:58 PM | Show all posts
Ini semua donya..... Naik lori Islam lebih afdol....

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 01:02 PM | Show all posts
Ini semua donya..... Naik lori Islam lebih afdol....
Maideen. Post at 14-2-2011 12:58



    lori tu dah gerak ke DUN merlimau ke maideen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.120039 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list