CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6204|Reply: 72

Jgn kondem keputusan PM nanti kena buang

[Copy link]
Post time 15-2-2011 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Tengku Zafrul didesak letak jawatan dalam GLC

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Pelbagai pihak hari ini mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) supaya meletak jawatan selepas 'menyerang' syarikat milik kerajaan (GLC) lain dalam satu forum terbuka baru-baru ini.
Tindakan Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat salah sehingga menyebabkan kebimbangan pasaran dilihat seolah-olah mempertikai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Desakan tersebut timbul hanya beberapa hari selepas desakan yang sama dilakukan ke atas Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof kerana mengeluarkan kenyataan senada dengan Tengku Zafrul dalam forum yang sama.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, selaku orang yang dilantik untuk mengepalai sebuah GLC lain, Tengku Zafrul perlu berundur jika dia tidak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri kerana jawatannya sekarang juga adalah atas ihsan Najib.
"Jangan jadi kaduk naik junjung dan perasan hanya dia seorang sahaja yang mahir dalam ekonomi dengan mempertikaikan pengalaman orang lain yang sudah 22 tahun mentadbir sebuah negeri dengan pelbagai cabaran lebih rumit daripada menguruskan sebuah GLC.
"Dia sepatutnya bersyukur kerana kedudukannya hari ini atas perjuangan orang politik malah, ahli keluarganya sendiri adalah orang politik. Jangan nak hipokrit kerana saya yakin dan percaya tanpa sokongan politik Tengku Zafrul tidak akan memiliki kedudukan seperti hari ini.
"Orang seperti ini tidak layak untuk mengkritik Mohd. Isa apatah lagi dibuat secara terbuka atas kapasitinya sebagai peneraju GLC, ini perbuatan tidak beretika dan sepatutnya dia meletakkan jawatan," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Serangan terhadap Mohd. Isa itu dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Zainal Aznam dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan bahawa, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan tersebut pernah terpalit dalam isu rasuah.
Dalam pada itu, beberapa laman blog juga mendesak supaya Tengku Zafrul melepaskan jawatan.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com; http://theunspinners.blogspot.com dan http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com.
Paling lantang berbuat demikian adalah blog anotherbrickinwall, apabila meminta Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pemegang saham utama dalam Maybank dan beberapa pemegang saham lain supaya berwaspada dengan kenyataan tidak matang Tengku Zafrul itu.
Blog tersebut yang mendedahkan secara terperinci bagaimana Tengku Zafrul boleh mendaki kedudukan sekarang termasuk siapa orang politik di belakangnya, turut mempersoal bagaimana pemegang saham dalam Maybank boleh berurusan dengan Ketua Pegawai Eksekutif muda itu.
"Tengku Zafrul meletakkan dirinya sebagai liabiliti kepada Perdana Menteri dan kenyataannya terhadap Mohd. Isa kini dijadikan peluru oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan. Jadi, dengan segala kerosakan ini apakah dia perlu tunggu lagi, letaklah jawatan dengan segera," desak blog tersebut.
Abeh tuh...CEO kena lantik yg tua2 ke...CEO Wahid Omar tu apa kes...ingat dia makan tempe ke nak kasi ensem ???Apa2 pon...haku sokong..walaupun tak betul...tapi haku  tetap sokong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2011 11:11 AM | Show all posts
Reply 1# mrsakit


    Inchik Sakit, tlg besorkan sikit berita tu..pastu kasi perenggan sket, okie. TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 11:13 AM | Show all posts
Reply  mrsakit


    Inchik Sakit, tlg besorkan sikit berita tu..pastu kasi perenggan sket, okie ...
mysara Post at 15-2-2011 11:11


Sokabor tu takde perenggan...bukannya kiter type satu2 hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 11:17 AM | Show all posts
Sokabor tu takde perenggan...bukannya kiter type satu2  hehe
mrsakit Post at 15-2-2011 11:13



    boleh otter, pi edit, highlitekan tulisan tu, pastu select font..pilih le yg besor sket. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 11:56 AM | Show all posts
Reply 1# mrsakit


   
Jangan nak hipokrit kerana saya yakin dan percaya tanpa sokongan politik Tengku Zafrul tidak akan memiliki kedudukan seperti hari ini.


yg ni plg x thn... aritu br kuar berita ckp pelantikan dlm GLC sbb kelayakan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 11:58 AM | Show all posts
fuyooooo ...yoooooo .....bodek PM la mamat si Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir
backing kaki rasuah la plak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply  mrsakit


   

yg ni plg x thn... aritu br kuar berita ckp pelantikan dlm GLC sbb kela ...
hr_ikhlas Post at 15-2-2011 11:56


Haku pun tatau sama ada HR yg bingai ke...atau org yg kondem zafrul tu bingai
kalo dia kondem mamat tu so maknanya HR tak buat kejer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 12:05 PM | Show all posts
fuyooooo ...yoooooo .....bodek PM la mamat si Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir
backing kaki rasuah  ...
TeRasKiLo Post at 15-2-2011 11:58


Standard....kalo tak buat kejer..nanti elaun rasuah kena futun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2011 12:09 PM | Show all posts
lor. dah ada pulak yang ngaku lantikan ceo2 ni ikut suka PM rupanya. bukan sebab berkelayakan. tak kira rasuah ke camni? kira berkepentingan ni. mana SPRM? cepat siasat.

kata negara demokrasi. nak tegur PM pun tak boleh ker? dah kira kuku besi ni. apa kes?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 12:16 PM | Show all posts
CEO Wahid Omar tu apa kes...ingat dia makan tempe ke nak kasi ensem ???
mrsakit Post at 15-2-2011 11:08


kes alcatel tu zaman dia la kan

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 12:28 PM | Show all posts
another stupid case...ikut kelayakan la nak tadbir company....klu CEO stupid...bangrap la kompeni....stupid blogger...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 12:33 PM | Show all posts
senang cerita musa sheikh fadzir tue yg nak jawatan zafrul skrg.

nampaknya budaya bodek sesama umno,makan harta rakyat beramai2 dan tak boleh ditegur semakin sinonim dengan umno.merela betul2 dah kronik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 01:18 PM | Show all posts
adakah rakyat malaysia akan melakukan spt di mesir. rasanya-rasanya?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 01:28 PM | Show all posts
aku rasa nak terkeluar isi perut saja baca berita ini
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 01:30 PM | Show all posts
Mr sakit!! ... sakit la mata aku membaca...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 01:31 PM | Show all posts
aiyohh edit la dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2011 01:58 PM | Show all posts
nasib ko lah Tengku Zafrul, go against the flow
if you cant beat them join them...selamat lah

oh malaysia ku
apa nak jadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 08:19 PM | Show all posts
muahaha...go go tengku zafrul i loike
pertahankan kedudukanmu sebelum diambil alih yg ntah saper2 lagi teruk drpd isa
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 08:52 PM | Show all posts
aku dah agak dah.. mamat CEO ni mesti kene punye,...hehhe mesti ada kaki2 ampu yang amik kesempatan bantai CEO muda ni semata-mata untuk politik...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 09:12 PM | Show all posts
Reply 19# kakigebang

So now kita taulah siapa sebenornya yg ada taring. Don't play, play men.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068907 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list