CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243476|Reply: 1718

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 17-2-2011 12:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by fizziany at 5-3-2016 05:30 PM

Post Last Edit by fizziany at 4-10-2011 09:16

Assalamualaikum.


Take a deep breath.....coz it will be very longggggg journey.


-Semoga Tuhan permudahkan urusan aku untuk menaip cerita ni.Amiin-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2011 12:41 AM | Show all posts
Cinta Luar Biasa.

Kelam malam tanpa bulan pekat menghiasi dada langit. Hujan lebat yang menggila terus mencurah2 dari langit bagai tiada penghujungnya. Jalan sunyi yang gelap ditemani hutan simpan hampir malar warnanya senada dengan warna malam yang gelita. Lampu neon yang tegak samar2 di dalam rembesan hujan memberi sedikit sinar buat pengguna lebuhraya yang panjang dan sepi itu.

Sesekali suhu penghawa dingin kereta dibetulkan bagi mengimbangi suhu yang kian dingin. Sejuknya terasa hingga ke tulang kering. Tambah pula dengan bayang lelayang yang melintasi cermin kereta turut menambah keremangan jiwanya.

Arif Farhan menguatkan radio yang berkumandang dari dalam kereta mewah BMW hitamnya. Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Tioman yang sengaja diambil dari jalan darat benar2 memberi satu pengalaman baru buatnya. Bertolak dari Kuala Lumpur jam 8 malam tadi, kini pada jam 12 tengah malam, dia benar2 berada di tengah2 hutan simpan Muadzam Shah yang gelap gelita.

Lebih memburukkan keadaan, hujan lebat diiringi petir turut mengiringi perjalanannya kali ini. Sesekali, peta di kerusi sebelah dikerling dalam samar cahaya lampu keretanya. Gila! Satu kereta pun tak ada kat jalan melainkan kereta aku! Kelajuan keretanya ditambah. Meter di hadapan sudah menunjukkan kelajuan sudah berada pada tahap 120km/jam. Bahaya bagi pemanduan didalam hujan lebat begitu.

Tapi Arif mahu cepat2 keluar dari jalan sunyi yang dilingkari hutan itu. Entah mengapa, meremang pula bulu romanya berada di dalam kesejukan kereta kali ini. Pelbagai cerita tahyul mula menjelma diruang minda. Dari watak cerita Pocong yang dilihat dari banner pawagam, hinggalah watak Edward Cullen, si drakula kacak mula menjengah ruang mata.

Hmm..time2 nilah baru semua watak2 tu nak muncul…! Sungguh sopan! Arif menarik nafas payah. Suara Bertie Higgins yang mengalunkan lagu malar segar “Casablanca” dikuatkan lagi buat menemani perjalanan sunyinya. Atau lebih tepat lagi, perjalanan yang mendebarkan jiwa raganya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 12:42 AM | Show all posts
Jalan lurus tadi sudah bertukar menjadi berliku2. Di luar, hujan masih lebat. Pandangannya juga turut kabur. Dalam remang cahaya malam, dari jauh tiba2 Arif terpandang satu kelibat yang sedang bergerak melintasi jalan. Tidak pasti apakah itu, lantas kelajuan kereta cuba diperlahankan seberapa segera. Pedal brek dipijak sekuat hati.

Srrreeettttttttttt!!Bunyi brek yang ditekan secara mendadak memecah hening malam.

Pammm!!! Arif tidak sedar bila dan bagaimana, kelibat yang bergerak tadi melantun diatas cermin keretanya lalu terjatuh. Keretanya juga telah berhenti secara mendadak, menandakan dia telah berjaya memberhentikan keretanya tadi.

Arif ternganga merenung hujan yang mencurah2 dari cermin depan keretanya. Apa tu?? Apa yang aku langgar tadi??? Dadanya berombak besar. Darahnya mengepam laju dari adrenalin ke seluruh urat sendi. Suhu yang sejuk tadi kini bertukar panas. Arif tergamam seketika cuba mencerna kejadian yang baru saja berlaku. Segala2nya berlaku terlalu pantas di dalam gelap dan lebat hujan. Dadanya kini berdebar. Patutkah aku lihat apa yang aku langgar tadi? Atau ku lari saja?

Arif menarik nafas panjang. Suasana sekeliling ditinjau. Sunyi. Gelap. Arif menjengulkan kepalanya ke tingkap tepi, lalu melihat sesuatu yang menyerupai kaki manusia. Orang!! Alamak!! Aku langgar orang??? Mata Arif membuntang. Di undur keretanya ke belakang, lalu keretanya diparkir ke bahu jalan. Pandangannya ditoleh lagi ketengah jalan. Sekujur tubuh sedang tertiarap ditengah2 jalan sunyi itu.

Jadi, benarlah aku dah langgar orang? Cepat2 Arif keluar dari kereta. Sekejap saja hujan telah membasahkan seluruh tubuhnya. Tubuh yang terbujur di tengah jalan segera dihampiri. Tubuh yang basah kuyup dan terlangkup itu hanya dibaluti seluar track berwarna gelap dan t-shirt berwarna gelap. Dibalikkan tubuh itu. Hujan yang menderu mencairkan darah yang keluar dari luka tubuh itu.

Tidak sempat menelek wajah pemilik tubuh itu di dalam gelap, yang jelas kelihatan ditangan Arif hanyalah darah yang berlumuran ditangannya. Tanpa berlengah, Arif terus mencempung tubuh itu lalu memasukkan ke belakang tempat duduk keretanya. Tiada apa difikirannya waktu itu, melainkan bayang hospital yang perlu dicari secepat mungkin!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 12:44 AM | Show all posts
Arif merenung sekujur tubuh yang sedang terbaring di wad kecemasan. Episod cemas tadi berakhir selepas dia berjaya tiba di hospital selepas 1 jam lamanya memandu. Menurut doktor, jika ditambah lagi 2 jam, mungkin gadis itu sudah mati kerana kehilangan banyak darah.

Arif meraup2 dagunya sambil merenung gadis yang berbalut sana sini di depannya.Muka gadis itu sedikit bengkak dipipinya kesan geseran di tar jalan tadi barangkali.Arif menggigit ibu jari tangan kanannya.  Aku terlanggar perempuan atau…..pontianak? Ingatan jahat menerpa fikirannya.

Macam mana boleh ada perempuan tengah2 hutan malam2 macam ni? Jam di tangan dikerling. Sudah jam 4 pagi. Anehnya matanya masih segar. Arif duduk di kerusi di hujung katil hospital itu. So…what to do next? Takkan aku nak tunggu kat sini sampai dia sedar? Then hantar dia balik rumah? Rumah? Kat mana?

Arif bangun lalu menghampiri gadis itu. Dari pandangan luaran, mungkin gadis itu baru berusia awal 20-an. Nampak muda sangat lagi. Arif menolah sekelilingnya, mencari kelibat jururawat. Tak ada. Arif mengukir senyum. Tangan kirinya di hulur ke belakang leher gadis itu yang masih tidak sedarkan diri. Tangannya menjalar ke seluruh batang leher gadis itu perlahan2 mencari-cari sesuatu. Puas diteroka lehar gadis itu, namun apa yang dicari tidak jua ditemui. Mana paku pontianak ni???

“Encik Arif,” panggilan jururawat segera membuatkan Arif menarik tangannya serta merta. Seorang jururawat dalam pertengahan umur memandangnya hairan.

“Ya saya,” lantas panggilan itu disambut hormat. Jururawat itu segera dihampiri.

“Apa saya nak letak dalam pengenalan diri dia ni? Kad pengenalan pun tak ada..” soal jururawat itu agak kasar. Letih barangkali semalaman berjaga dan mengendalikan kes kecemasan seperti itu. Arif terdiam sejenak. Gadis itu tidak mempunyai sebarang pengenalan diri sewaktu dimasukkan ke hospital itu tadi.

“Saya pun sebenarnya tak tahu. Saya jumpa dia tengah2 hutan. Emm..macam ni sajalah, saya pun tak boleh lama kat sini. I’ve got to go now. Maybe bila dia dah sedar nanti, puan boleh tanya dia,” senang saja Arif menjawab. Sejujurnya, dia betul2 harus beredar dari situ. Pukul  10 pagi nanti, dia perlu menghadiri mesyuarat di Tioman.

“Tapi, kalau ada apa2 nanti, siapa kami nak rujuk?” soal jururawat itu lagi. Riak wajahnya agak kurang senang melihat Arif yang seolah2 mahu melarikan diri dari tanggungjawab. Hei..aku tak tinggalkan budak tu tengah2 hutan sorang diri pun dah kira nasib baik tau! Fikiran jahatnya menjerit ke arah muka jururawat itu.

Arif segera mengeluarkan dompetnya dari kocek seluarnya. Dibuka lalu di cari kad perniagaannya. Sekeping kad ditarik keluar lalu diserah kepada jururawat tersebut.

“Kalau ada apa2, puan boleh contact nombor ni. Kalau budak perempuan tu dah sedar nanti, kalau dia nak mintak ganti rugi, suruh dia contact saya,” ujar Arif. Jururawat itu mengambil kad itu lalu mengangguk sambil matanya tak lepas2 membaca satu persatu abjad dan nombor yang tertera .

“Amboi..panjangnya nama….ni, apa benda ni..banyak tulisan orang puth…” jururawat itu masih mengomel. Mendengar pertanyaannya tidak dijawab, jururawat tersebut mengangkat mukanya. Lelaki tampan yang berdiri dihadapannya tadi sudah hilang.

“Encik Arif?” jururawat tersebut terpinga2 memandang sekelilingnya. Segera dia keluar ke ruang depan meninjau tempat letak kereta. Kosong! Kereta BMW hitam tadi sudah hilang. Satu keluhan dilepaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 12:56 AM | Show all posts
takut arif dia ingat pontinak
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 02:55 AM | Show all posts
Arif merenung sekujur tubuh yang sedang terbaring di wad kecemasan. Episod cemas tadi berakhir selep ...
fizziany Post at 17-2-2011 00:44
NICE....nak lagi.../TQ dear
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2011 08:54 AM | Show all posts
best.. sambung lagi ekk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 09:02 AM | Show all posts
best cite ni..
hehe..ye la mana tau, pontiank ke..
smbg lagi ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 09:12 AM | Show all posts
emm best sambung2 he2
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 09:31 AM | Show all posts
suka2..ader citer br...
jgn tgg lama2 yea fizz utk sambung
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 09:54 AM | Show all posts
PENDAHULUAN YG BEST...
SUSPEN....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 01:14 PM | Show all posts
kat WR ni apa yang xbest?
sume best....
sambung fizz.. memang luar biasa ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 02:44 PM | Show all posts
haha risaukan pontianak  sampai mcm tu skali arif cek gadis tu


smbung pnjng2 lagi fizzy
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 02:52 PM | Show all posts
best2 permulaan yang menarik untuk kami semua terus mengikutnya... next2 n3
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 03:29 PM | Show all posts
betul ke ada org jln memalam kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 04:26 PM | Show all posts
Reply 1# fizziany


    salam....fizziiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...........
lama xnmpak...mana menghilanggggggggggggggggggggggggg...
lama tggu kau tau....
dah beres semua urusan???
masuk2 je ada idea baru tuk tatapan kami semua.... bagus2... tapi sblum kau MIA lagi
baik kau settlekan dulu umah2 lama nun....
bagi happy ending la....

good luck sis....  next..next..next....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2011 08:50 PM | Show all posts
best...sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 10:27 PM | Show all posts
wahh!!!baru tepek citer baru, aku dah naik pangkat??
kalu cengginih...hari2 aku tepek citer baru...
kekekeke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 10:28 PM | Show all posts
Reply 16# Jaza2008

Jaza,
Thanks for the reminder.
Rumah lama dah tutup buku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 10:32 PM | Show all posts
Selesai saja check-in di Bejaya Hotel yang terletak betul2 di persisiran pantai yang menghijau lautnya, Arif segera masuk ke kamar mandi. Arif merenung wajahnya di cermin besar di dalam kamar mandi itu. Wajahnya benar2 keletihan. Kali ini, pelembab Clinique Hydrant yang diwar2kan mampu mengembalikan kesegaran wajah bila2 masa gagal berfungsi nampaknya.

Mesyuarat tadi berakhir awal. Sejujurnya, dia malas hendak bebicara panjang di dalam mesyuarat tadi. Tidak sempat hendak mandi, dengan hanya menukar baju, dia terus sahaja menghadiri mesyuarat di Ballroom Hotel. Kurang dari 3 jam, mesyuarat tamat. Tanpa berlengah, dia terus sahaja ke bilik hotel yang telah ditempah 3 hari lalu.

Arif membuka pancuran air ke dalam tab mandi yang panjangnya cukup untuk 2 orang berenang. Tuala ditanggalkan. Hangat pancuran air membuatkan dia mahu segera berendam lama2. Saat itu, barulah dia terasa badannya benar2 letih. Tapi tak apa! Kerana, selepas ini, aku tak payah kerja selama sebulan!!! Hehehe….Arif yang sudah berendam di dalam tab memejamkan matanya menikmati suam2 air yang membasahi badannya. Cutinya telah bermula sekarang! Arif senyum panjang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.221689 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list