CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 4-3-2011 08:35 AM | Show all posts
bg byk2 n3 yea ari nih...baru best rempit..hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2011 01:10 PM | Show all posts
fizziiiiiiiiiiiiiiiiiiii
nak entry......
ltk double xtra ok
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 02:26 PM | Show all posts
MENGAPA JASMIN LARI...
MENJADI TANDA TANYA...
HUHUHU NAK N3...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 03:44 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


kalau kawasan pendalaman memang x ada IC memang terjadi dinegara kita
...
qimi08 Post at 3-3-2011 09:50



    payah la Arif nak kahwin dgn Jas nnti..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 04:39 PM | Show all posts
Reply 244# Jaza2008


Yelah......tapi kalau ariff anak "seseorang" rasanya mudah je....
lainlah org biasa biase je.....memang x dpt kawinlah jawabnya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 04:58 PM | Show all posts
Reply  Jaza2008


Yelah......tapi kalau ariff anak "seseorang" rasanya mudah je....
lainlah o ...
qimi08 Post at 4-3-2011 16:39
tak dak I/C tak leh kahwin ker??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply 246# cmf_blingblings

klu x ada ici kira pendatanglah
IC tukan pengenalan diri.........pernah terjadi tapi kawasan pendalaman
perempuan kawin perempuan sbb guna IC palsu kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 05:28 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

klu x ada ici kira pendatanglah
IC tukan pengenalan diri.........pern ...
qimi08 Post at 4-3-2011 17:11
kesian, kerajaan kn tolonglah, tolong pendatang, org M'sia yg peribumi diketepikan..cannot lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2011 08:38 PM | Show all posts
wahh menarik nie...best2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 08:40 PM | Show all posts
as salam nak menyampuk ....mesti jas ada ic sebab dia pun sekolah sampai spm...cuma mungkin dia tak sempat ambil sewaktu melarikan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 08:51 AM | Show all posts
as salam nak menyampuk ....mesti jas ada ic sebab dia pun sekolah sampai spm...cuma mungkin dia tak  ...
notiey Post at 4-3-2011 20:40



    hahh ye la....dalam kelam kabut nak melarikan diri dia ttinggal ic kann...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 11:11 AM | Show all posts
masih lagi belum terungkai kenapa jasmin lari dari rumah...next2 n3
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 12:19 PM | Show all posts
fizziiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
puas den menyeru nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 07:36 PM | Show all posts
best best !!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 12:21 PM | Show all posts
fizz........!!!!!!!!!!  nak n3.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2011 10:30 PM | Show all posts
Jam di dinding sudah menunjukkan  pukul 1.45 pagi. Namun mata kedua2nya masih segar. Tiada riak mengantuk yang terpancar dari wajah Arif mahupun Jasmin. Kopi dimeja sudah 2 kali tambah.

Arif merenung Jasmin yang tunduk di depannya. Kalau ditanya kepada dia pun, dia sama sekali tidak menyangka bahawa gadis di hadapannya itu adalah anak orang asli. Arif masih terngiang2 setiap patah kata yang dituturkan oleh Jasmin.

Jasmin menghirup kopinya yang sudah sejuk. Sesekali, Arif dikerlingnya.

“Jadi, sebab tak nak kahwin, Jas lari dari rumah?” soal Arif meneka. Jasmin terdiam sejenak, seperti berfikir sesuatu. Dahinya berkerut, kemudian dia menggeleng.

“Tak….bukan sebab tu..” jawabnya lemah. Arif mengerutkan dahi kehairanan.

“Habis tu? Sebab nak cari ayah Jas?” teka Arif lagi. Sekali lagi Jasmin menggeleng.

“Dia tak layak dipanggil ayah pun bang…kalau dia seorang yang baik, takkan dia tinggalkan mak saya macam tu. Takkan dia tak nak jengah saya lepas saya lahir..” kata Jasmin perlahan. Arif mengangguk2. Betul juga….

“Habis tu? Begaduh dengan nenek?” duga Arif tanpa henti. Pun Jasmin menggeleng.

“Kalau sebab bergaduh dengan nenek, dah lama saya lari…tak payah tunggu sampai saat ni,” ujar Jasmin perlahan. Arif menjungkit keningnya.

“Habis tu?” Arif sudah kehabisan idea. Jasmin senyum pahit.

“Pak cik saya..” tutur Jasmin lemah. Dan Arif membuka telinganya luas2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2011 10:33 PM | Show all posts
Malam itu hujan lebat mencurah2 ke bumi sesekali diselangi dengan petir. Bekalan elektrik pula terputus. Mesti ada pokok yang tumbang mengena tiang elektrik. Bisik hati Jasmin.

Angin yang kuat menyebabkan sesekali rumahnya bergoyang. Hati Jasmin berdebar mendengar deru angin dan hujan yang bersatu. Di dalam hatinya tak putus2 membaca beberapa surah2 pendek untuk memohon pertolongan Tuhan.

Nek Sari tidak ada malam itu, kerana pergi ke rumah ibu saudaranya yang baru melahirkan anak petang tadi. Selepas dihantar oleh Limbung petang tadi dengan motorsikalnya, sampai sekarang, Nek Sari masih belum pulang. Hujan yang turun sejak awal malam tadi, mungkin telah menghalang Nek sari dari pulang.

Jasmin sudah mengagak, mungkin neneknya akan bermalam di rumah ibu saudaranya saja malam ini.  Jasmin yang merasa sedikit gementar kerana keseorangan di rumah, cuba menghilangkan perasaan takutnya dengan membuat kopi panas di dapur. Badannya diselimut dengan selimut buat menghindar sejuk yang mencengkam.

Di luar, hujan masih lebat dan menggila. Hmm..esok mesti air sungai melimpah. Air kopi dihirupnya. Buku2 semasa zaman sekolah dahulu, dibuka lalu dibaca di dalam cahaya lampu pelita ayan. Untuk duduk sahaja termenung, dia tidak biasa.

Tokk!!Tokk!! Baru 2 mukasurat  buku di baca, pintu rumah diketuk dengan kuat dari luar. Cepat2 Jasmin berlari ke pintu lalu membuka selak pintu. Barangkali nenek sudah pulang. Bunyi hujan yang kuat mungkin telah menenggelamkan bunyi  motor Limbung.

Sebaik pintu dibuka, angin berlumba2 menerpa masuk kerumah bersama tempias hujan. Limbung yang berada di luar rumah cepat2 masuk. Basah kuyup badan Limbung. Pintu cepat2 ditutup. Jasmin segera menghulurkan kain batik kepada Limbung buat mengelap badannya yang basah.

“Mana nenek?” soal Jasmin sambil melihat Limbung yang sedang mengelap2 badannya. Kain batik pemberian Jasmin tadi juga turut basah.

“Masih di rumah Mak Tam. Malam ni dia tidur di sana,” balas Limbung lalu berlalu ke dapur untuk menukar baju. Di ruang dapur, terdapat baju2 kering yang bergantung yang boleh dipakai. Jasmin mengekori langkah pak ciknya itu.

“Mak Tam bersalin anak lelaki ke perempuan?” soal Jasmin lagi. Limbung sedang membuka bajunya yang basah lalu disidainya baju basah itu ke tali yang tersedia.

“Perempuan…comel. Macam muka kamu…” usik Limbung sambil tersenyum. Baju yang kering disarung ke badannya.

“Waahhh…esok Jas nak pergi tengok,” kata Jasmin riang. Dia memang sukakan kanak2, terutama kanak2 yang berusia setahun hingga 5 tahun. Dia akan mencubit pipi kanak2 itu bila berpeluang. Limbung angguk.

“Tolong ambilkan pak cik kain..” pinta Limbung. Jasmin akur. Dia menghampiri para yang menempatkan baju2 lalu  sehelai kain pelikat diambil. Kain dihulur kepada Limbung.

“Boleh buatkan pak cik kopi?” soal Limbung lagi. Jasmin angguk lalu berlalu ke dapur, membiarkan Limbung menyalin seluarnya yang basah kuyup.

Di luar, hujan masih menggila. Seolah2 tidak mahu berhenti.  Jasmin sudah tidak begitu gementar seperti tadi. Limbung sudah ada di rumah untuk menemaninya. Pasti nenek yang menyuruh Limbung mengharung hujan lebat untuk menemani Jasmin yang keseorangan di rumah. Selesai membuat kopi, Jasmin keluar dari dapur ke ruang depan sambil menatang cawan kopi yang panas.

Aikk?? Jasmin kehairanan melihat ruang depan yang gelap gelita . Pelita ayan yang dipasang tadi matikah ditiup angin? Di luar, guruh berdentum.

“Pak cik!! Pelita ni dah mati..” laung Jasmin di dalam gelap. Dia cuba mencari2 Limbung di dalam kegelapan itu. Namun, Limbung tidak menyahut laungannya. Jasmin terdiam, kemudian berkira2 mahu ke dapur, mengambil pelita ayan yang tergantung di sana.
Tiba2, tangannya dipegang.

“Pak cik?” Jasmin pantas menoleh, memandang wajah Limbung dalam samar2 cahaya pelita ayan yang meliuk ditiup angin yang masuk menerusi celah2 dinding yang jarang. Wajah Limbung tegang, merenung tepat ke mata Jasmin. Jasmin mengerutkan dahinya. Dadanya tiba2 berdebar. Limbung dilihat berlainan sekali malam ini.

“Kopi pak cik…” Kopi diserah kepada  Limbung. Limbung mengambil, namun sempat mengelus jemari Jasmin. Sekali lagi Jasmin berdebar. Cepat2 dia mahu beredar ke dapur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2011 10:34 PM | Show all posts
Serentak dengan itu, tubuhnya dirangkul kasar oleh Limbung dari belakang.  Jasmin bukan gadis bodoh. Dia cukup mengerti apa yang dimahukan oleh lelaki itu waktu itu. Pantas, dia meronta kasar. Tenaga lelaki itu begitu kuat malam itu, tidak padan dengan kurus keringnya. Tubuh Jasmin diheret kasar ke ruang depan yang gelap.

Malam yang gelap menyebabkan Jasmin langsung tidak nampak posisi Limbung. Terus saja dia menggigit lengan Limbung yang melingkari lehernya sekuat hati.

“Warrghhhhh!!! ” terjerit Limbung digigit sekuat itu. Tangannya terlerai dari leher Jasmin.

Jasmin tidak peduli lagi. Dia perlu keluar dari rumah itu. Jasmin terus meluru kea rah pintu. Tapi tubuhnya ditarik ke belakang. Tersembam dia ke lantai. Di tolak sekuat hati tubuh lelaki yang cuba menindihnya itu. Terguling lelaki itu ke sebelah.

Pantas, pintu di capai lalu ditarik. Angin dan hujan menerobos masuk ke rumah dan Jasmin tidak menunggu lagi. Tidak nampak tangga di depannya, dia terus melompat dari atas rumah ke tanah didalam gelap malam yang disirami hujan.

Langkahnya diatur selaju mungkin. Dalam kepekatan malam itu, dia sendiri tidak tahu apa  yang berada didepannya. Kalau ada harimau sekalipun, harimau pun takkan sempat mengejarnya.  Jasmin terus berlari merentasi denai2 dan hutan yang merimbun. Malam itu, semuanya nampak gelap dan sama saja.

Nafasnya sudah tidak tentu arah. Seluruh tubuhnya sudah basah kuyup. Jasmin terus berlari. Airmatanya mula laju menuruni pipinya. Mengapa pak cik? Mengapa??

Insan itu adalah satu2nya insan yang melayannya dengan baik sejak dia kecil. Insan itulah satu2nya tempat dia mengadu semua masalahnya. Insan itulah satu2nya tempat dia bergantung, meminta duit kocek setiap kali ke sekolah. Insan itulah satu2nya yang selalu membelikannya baju. Jadi megapa tergamak dia bersikap demikian??

Mengapa pak cik???? Mengapa???? Jasmin meraung di dalam gelapnya malam dan lebatnya hujan. Dia sendiri sudah tidak sedar, di mana dia berada saat itu. Dari jauh, Jasmin nampak samar2 cahaya. Segera dia berlari sekuat mungkin menuju arah itu. Jalan yang tadi dirasakan mencucuk2 kakinya yang togel, kini terasa lebih lapang.

Pammmmmm!!!!  Perit!!! Sakit!!! Sesuatu yang keras menhentam badannya. Gelap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2011 10:36 PM | Show all posts
“Saya ingat pokok tumbang hempap saya…” kata Jasmin sambil membetulkan anak rambut yang berjuntaian ke telinganya.  Arif  terdiam. Matanya tak lepas2 merenung Jasmin. Mendengar cerita Jasmin sejak tadi, membuatkan punggungnya berakar di sofa itu.

Air liur Arif terasa kering. Hendak menelan pun, tidak terasa tekaknya. Jasmin mengangkat wajahnya, memandang Arif yang diam tak berkutik. Di pandang Arif yang terdiam. Dilambai2kan tangannya ke hadapan Arif.

“Abang bosan dengar cerita saya ke?” soal Jasmin gugup melihat Arif yang kaku. Arif diam lagi, sambil matanya tak lepas2 merenung Jasmin. Jasmin menjadi serba salah. Di pandang kiri kanan, kemudian kea rah jam dinding.

“Saya nak ke bilik air sekejap bang. Saya betul2 nak terkencing ni. Tak tahan sejuk dari tadi..” pinta Jasmin sambil memeluk tubuhnya. Arif terdiam sejenak, kemudian mengangguk. Jasmin bangun perlahan2, kemudian beredar menuju ke kamar mandi. Arif tunduk merenung lantai. Nafasnya ditarik jauh ke dalam.

Arif bangun perlahan2 menuju ke bilik tidur. Badannya direbahkan ke katil. Selimut ditarik menutupi pinggangnya, pandangannya direnung kea rah lampu cendeliar yang tergantung di tepi dinding. Lampu suram yang menerangi bilik itu membuai perasaannya. Arif menarik nafas lagi. Matanya dipejam.

Bunyi derap tapak kaki Jasmin yang baru keluar dari kamar mandi tidak dipedulikannya. Arif terus memejamkan matanya. Rasanya, Jasmin pasti sudah pun berada di luar. Akhirnya, Arif tertidur jua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2011 10:37 PM | Show all posts
Reply 253# adalia


telinga aku masuk air....
so tak dengar kau menyeru....
sorry
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076780 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list