CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 6-3-2011 10:38 PM | Show all posts
hahh ye la....dalam kelam kabut nak melarikan diri dia ttinggal ic kann...
juliet80 Post at 5-3-2011 08:51



    pandai!!!!
100 markah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2011 11:04 PM | Show all posts
patutlah Jasmin x nak balik...
cian dia kat mana nak pergi?/
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 11:20 PM | Show all posts
pakcik jas jahat:@
xpa..abg arif ada....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 08:01 AM | Show all posts
limbung!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 08:17 AM | Show all posts
pandai!!!!
100 markah...
fizziany Post at 6-3-2011 22:38



   kalau nak tukar 100 markah dengan 100 kali new n3 boleh tak fizzi ??
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:01 AM | Show all posts
kalau nak tukar 100 markah dengan 100 kali new n3 boleh tak fizzi ??
juliet80 Post at 7-3-2011 08:17



    sokong....
    jenuh hang fiziiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2011 09:28 AM | Show all posts
nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 09:59 AM | Show all posts
kan betul limbung tu jahat..mencik!!!!!!!:@
nk lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2011 10:23 AM | Show all posts
Yang hentam jasmin tu kereta abg arif kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 11:39 AM | Show all posts
Reply 269# qimi08

mesti la... hero sudah mari...
agak2 abg arif nak x masuk hutan cari umah jasmin n belasah limbung?
jasmin mesti nak amik ic dia kan?? abg arif tolong teman balik amik...

fizz....
telinga dah ok?? nak seru ni....
FIZZI >>>>>>>>>
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 11:40 AM | Show all posts
Reply 269# qimi08

mesti la... hero sudah mari...
agak2 abg arif nak x masuk hutan cari umah jasmin n belasah limbung?
jasmin mesti nak amik ic dia kan?? abg arif tolong teman balik amik...

fizz....
telinga dah ok?? nak seru ni....
FIZZI >>>>>>>>>
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 11:41 AM | Show all posts
sori la... post 2x...
internet ada shy-shy cat harini...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 11:51 AM | Show all posts
Reply 269# qimi08


    harap2 ye lah kot... agaknya kg Jas tu bersebelahan dgn highway Mua'azam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 01:05 PM | Show all posts
boleh je report ic hilang kan, buat baru
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 06:37 PM | Show all posts
nak lagiiiiii~ beeest!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 08:26 PM | Show all posts
sian jasmin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2011 06:34 AM | Show all posts
Pagi. Arif membuka matanya perlahan2. Silau cahaya matahari yang menerobos masuk melalui celah2 langsir sliding door bilik tidurnya membuatkan Arif  terjaga. Arif masih berselimut. Dia memandang sekeliling biliknya. Serba kosong. Masih sama.

Perlahan2 Arif bangun. Selimut dibadan dibuang. Dia merenung diri sendiri melalui cermin meja solek yang terletak di hadapannya. Rupa2nya semalam dia tertidur dengan seluar jeansnya. Satu perkara yang tak pernah dilakukan sejak kecil. Kalau mamanya ada, pasti dia bising.

Kalau nak tidur, tukar baju bersih! Jangan pakai baju yang dah digunakan untuk dibawa ke tempat tidur! Begitulah kata2 mama yang masih kuat melekat di ingatannya. Arif menguap. Rasa nak terkencing pula….

Arif bangun menghampiri kamar mandi. Di pasang telinganya ke dinding kamar mandi. Bimbang kalau2 kamar mandinya berpenghuni.  Tetapi senyap. Ah…tak ada orang….Tombol pintu dipulas pada masa yang sama lalu Arif terus masuk. Arif terus menuju kea rah laluan tengah yang menuju ke tandas yang terletak di bilik hujung.

“Errkk!!!” baru saja hendak menutup mulutnya yang sedang menguap, tiba2 dia terpandangkan Jasmin yang sedang berendam di dalam tab mandi.  Mata mereka saling berpandangan. Jasmin juga turut ternganga. Cepat2 dia merendahkan badannya ke dalam tab mandi yang dipenuhi buih sabun.

“Kenapa tak kunci pintu???” Arif mengomel kuat sambil berpatah balik. Tidak jadi dia hendak membuang air. Jasmin pun satu! Sudahlah tak kunci pintu, dia nampak aku, tak pula dia menjerit! Kot ye pun, bagilah suara tu berbunyi sikit…tahulah aku ada orang kat situ…Arif menyumpah seranah  sambil keluar dari kamar mandi. Pintu itu dikunci dari dalam. Terus dia melangkah keluar ruang tamu.

Hmmm…macam mana ni. Aku ni nak terkencing betul ni….Arif bercekak pinggang. Kunci diambil lalu Arif keluar dari bilik hotelnya. Di aras 4 ini, ada satu tandas di hujung bangunan. Cepat2 Arif menuju ke situ. Sesekali, bayang Jasmin yang sedang berendam di tab mandi menjelma di ruang matanya.

Ahhh!!!Tidak!!Tidak!!!Arif tergeleng2. Kucar kacir perasaannya pagi itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 06:35 AM | Show all posts
Arif merengangkan tangannya sejauh yang mungkin sambil matanya tak lepas2 merenung air laut yang sedang pasang. Air yang kebiruan itu hampir2 saja mencecah kakinya. Cuaca cerah mentari pagi itu benar2 memberinya satu tenaga baru yang cukup menyegarkan.

Tangannya dijatuhkan semula. Jasmin di belakangnya ditoleh. Sebuah senyuman dihadiahkan kepada gadis itu. Pagi tadi, usai mandi, dia memaksa gadis itu mengikutinya untuk berjongging di persisiran pantai. Memandangkan kaki Jasmin baru saja sembuh dari luka, mereka tidak jadi hendak berjogging, sebaliknya digantikan dengan berjalan-jalan saja.

Jasmin memandangnya dengan dahi yang berkerut seribu. Mukanya masam. Ada peluh yang merenik didahi dah lehernya. Arif kembali memandang laut sambil membuat regangan seluruh badan. Agaknya Jasmin tak suka ikut aku jogging kot…getus hati Arif.

“Disebabkan Jas sudi teman abang jogging, hari ni abang belanja Jas makan steamboat! Nak?” Arif mengatur langkah menghampiri Jasmin di belakangnya. Rupanya ada kawan untuk menemani cutinya ini seronok jugak ya…

“Steamboat?” Jasmin mengerut dahi. Langkahnya di atur mengikuti langkah Arif yang berjalan menuju ke hotel. Arif mengangguk.

“Bukan bot! Steamboat!!” bimbang Arif kalau2 gadis itu tersalah tafsir. Jasmin masih diam berfikir.

“Atau Jas nak makan benda lain? Bagitau je, abang beli,” kata Arif.

“Nasi lemak,” pantas Jasmin menjawab. Arif memandang Jasmin, kemudian mengukir senyum. Nasi lemak jugak yang dia nak….

“Okay. Kita pergi makan nasi lemak. Kat mana? Jas tahu tempatnya?” soal Arif. Jasmin angguk. Arif senyum dengan matanya yang bersinar, secerah matahari pagi hari itu. Dan langkah kedua2nya diatur menuju ke tempat yang dimaksudkan oleh Jasmin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 06:37 AM | Show all posts
Arif meneliti orang sekelilingnya. Warung kecil yang terletak berdepan sekolah rendah hari tidaklah  begitu penuh. Sesekali, nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang dan suratkhabar beralaskan pinggan plastik berwarna oren diduap ke mulut. Merah bibirnya dek kerana kepedasan sambal nasi lemak tersebut.

Jasmin yang sedang menyedut teh tariknya, sesekali tersenyum simpul memandang abang baik hati di depannya. Melingas mata abang baik hati itu sebaik mereka tiba di warung itu. Barangkali, dia tak pernah makan kat tempat macam ni.

Arif mengesat dahinya yang berpeluh.

“Pedas gila sambal ni! Tapi sedap, cukup dengan masam dan manisnya….” Ujar Arif perlahan, cukup untuk di dengari Jasmin. Jasmin angguk setuju.

“Bila Jas makan kat sini?” soal Arif. Nasi lemak sudah pun habis, cepat2 disedutnya teh ais.

“Hari tu, masa Jas sibuk pergi cari kerja,’ balas Jasmin. Arif menjungkit keningnya. Sesekali, dia mengusap2 perutnya. Kenyang!

“Jas memang betul2 nak kerja kat sini ke?” soal Arif. Jasmin mengangguk. Habis, kat mana lagi?

“Sekurang2nya, kalau nenek dan pak cik nak datang cari saya kat sini pun, diorang kena cari penyu seekor atau berenang kat Laut China Selatan tu dulu…” seloroh Jasmin sambil tersenyum simpul. Arif tergelak kecil sambil merenung gadis itu. Buat kali pertama, dia nampak gadis itu tersenyum manis. Berputik bunga bahagia dihatinya. Lapang dadanya dirasakan.

“Kalau diorang nak cari lah….” Tiba2, wajah manis ceria itu bertukar mendung. Jasmin tunduk. Senyuman mati terus dari bibirnya lalu menguis2 straw di bibir gelas. Terdiam Arif mendengar keluhan di bibir gadis itu. Arif menarik nafas lemah. Tangannya diseluk ke dalam sweaternya yang dibuka zip hadapan kerana matahari kian menegak di atas kepala.

“Jom,” Arif enggan membiarkan gadis itu terus mengeluh nasib diri, lantas dia bangun menjelaskan bayaran sarapan pagi mereka. Melihat Arif yang selesai membayar dan sudah pun berada di luar warung, Jasmin bangun lalu menghampiri Arif. Arif memandang kiri kanannya, kemudian melangkah diikuti Jasmin menuju ke hotel.

“Kalau Jas betul2 nak keja kat sini, nanti abang tolong Jas carikan kerja. Jas nak kerja apa?” sambil berjalan pulang, Arif menyoal Jasmin yang berjalan di sebelah kirinya.

“Tak kisah…Janji ada duit..” balas Jasmin.

“GRO? Nak jugak? Kat bar hotel tu nak pakai orang..” teringat pula Arif akan notis jawatan kosong yang ditampal di papan bultin hotel tempohari.

“GRO? Apa tu?” soal Jasmin sambil mengerutkan dahinya. Melihat Arif yang tersenyum mengejek di sebelahnya, membuatkan dia rasa meluat pula pada lelaki yang kuat mengusik itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2011 06:38 AM | Show all posts
“GRO pun tak tahu? Dulu kat sekolah, tak ada orang bagitahu ke?” hairan sungguh hati Arif. Kalau kat KL, budak sekolah darjah 3 pun tahu GRO tu apa…

Jasmin menggeleng. Arif tersenyum kecil.

“Sucinya….” Komen Arif. Tangannya diseluk ke kocek seluar joggingnya yang cuma separa lutut. Jasmin mengerling tidak faham.

“GRO tu... macam pelayan la…” kata Arif. Sesekali, bunyi ombak menerjah teliga mereka yang melalui jalan pintas ke hotel menerusi jalan pantai.

“Pelayan? Boleh jugak,” sahut Jasmin. Sekali lagi Arif pecah ketawa.

“Layan lelaki. Mahukah?” soal Arif sambil tergelak kecil. Mencurut wajah Jasmin yang baru tersedar dirinya dipermainkan.

“Tak nak! Tak nak!” pantas dia menggeleng. Tahu pun…..Arif ketawa lagi.

“Tak apalah, Insya-Allah kalau sudah tersurat rezeki kita kat mana, Tuhan pasti akan tolong. Jas memang merancang nak kerja kat sini, tapi kalau Tuhan takdirkan rezeki Jas bukan kat pulau ni, Jas kena terima. Begitu juga sebaliknya. Abang bagitau Jas macam ni, supaya Jas jangan kecewa kalau Jas tak dapat kerja kat sini nanti. Tapi, selagi itu, kita jangan pernah berhenti mencuba,okey?” pesan Arif panjang lebar.

Jasmin terpana dengan kata2 itu. Wajah Arif dipandangnya lama sambil berjalan. Kagum dia dengan abang baik hati itu.

“Saya doakan Tuhan sentiasa murahkan rezeki abang dan permudahkan urusan abang. Abang ni baik sangatlah…” tutur Jasmin sambil tersenyum. Hatinya lapang memandang Arif.
Arif memandang Jasmin. Ada perasaan aneh menyelinap diruang dadanya. Belum pernah ada seseorang yang mendoakannya sebegitu rupa. Arif mengukir senyum.

“Terima kasih Jas…” perlahan dan lembut, Arif menjawab. Mereka sama2 tersenyum.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.075892 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list