CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 24-2-2011 08:43 AM | Show all posts
ish! nak tau sangat sapa sebenarnya JASMIN nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2011 08:58 AM | Show all posts
hmm berilmu sbenarnye jasmin ni penah bsekolah form 3 jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:20 AM | Show all posts
best ssgt fiz....
x sabar nak tau selanjutnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 09:52 AM | Show all posts
siapalah sebenarnya si Jasmin ni.
xsabar nak tau crite sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:58 AM | Show all posts
TQ so much Fuzzi, tak sia2 I terbangun awal pagi tadi, tp tak sempat nak komen Cari offline...

kalau free2 sambung lagi ya!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 11:33 AM | Show all posts
sambung lg....
best2....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2011 10:07 PM | Show all posts
sambung lg yer..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 10:34 AM | Show all posts
timakasih daun keladi fizz............
kalu ada n3 sambung la lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 10:37 AM | Show all posts
wah..penuh misteri jas ni..kena dera ngn saudara mara kut...hehe..apa2 pun best citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 01:31 PM | Show all posts
belum ada, nanti free2 sambunglah lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 03:30 PM | Show all posts
Reply 130# cmf_blingblings

tak mo post kat wr lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 03:55 PM | Show all posts
masih lagi di belenggu misteri si jasmin ni....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 04:12 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

tak mo post kat wr lagi ke
qimi08 Post at 25-2-2011 15:30

kn bagi cukup 200 pages A4 br leh post....hangpa semua ni asyik hambat nanti aku tension
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2011 11:06 AM | Show all posts
memang misteri la jasmin ni....
`abang` ni xpandai la korek rahsia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 09:40 PM | Show all posts
Reply 120# qimi08

qimi,
thanks for the idea.
tapi tengoklah dulu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 09:42 PM | Show all posts
semalam aku pi MPH...beli novel baru...
"Gerimis Rindu" from Meen Zulaikha.
best gak cite dia.....
(errr..saja nak promote... hehehe..)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2011 09:44 PM | Show all posts
“Kau ingat muka kau cantik sangat? Cuba kau tengok diri kau sekarang dan bandingkan dengan kami semua. Kau berbeza dengan kami semua tau! Kau ni, anak haram! Kau tak layak berkawan dengan kami!” herdik Misah. Jasmin yang masih memegang erat bakul rotan berisi baju kotor untuk dibasuh hanya memandang semua gadis2 di depannya dengan pandangan meminta simpati.

Misah, Pijan, Kinah dan Siti memandang ke arahnya dengan pandangan yang penuh benci.

Jasmin yang berkemban dengan kain batik, merenung tubuhnya. Kemudian dia merenung tubuh keempat2 gadis didepannya. Kulitnya putih, tapi kulit kawan2nya gelap. Rambutnya coklat, tapi rambut kawan2nya hitam pekat. Warna matanya coklat, tapi warna mata kawan2nya hitam. Rambutnya lurus beralun terurus, tetapi rambut mereka kerinting dan ada yang lurus berketak halus.

“Aku tak kata muka aku cantik pun. Aku nak tumpang mandi dan basuh kain dengan kamu semua saja,”  jawab Jasmin seakan merajuk. Pulang dari sekolah tadi, terus saja neneknya menyuruh dia mandi dan membasuh baju sekolahnya di sungai kampungnya yang terletak di denai.

“Kami tak suka bercampur dengan kau. Kalau kau nak kawan dengan kami, kau tak boleh ambil Atan dari Misah!” Kinah menjerit pula ke mukanya. Jasmin memerhatikan keempat2 gadis didepannya.

“Kan aku dah cakap…aku tak nak ambil siapa2 pun! “ jerit Jasmin pula sambil menghentakkan kakinya geram. Dalam usia 13 tahun seperti itu, tidak pernah terlintas dihatinya untuk melayan mana2 lelaki kampungnya.Dia kan masih kecil. Itu kata neneknya.

“Ah!! Kalau dia tak ambil Atan pun, aku tak nak kawan dengan dia. Mari kita balik sajalah. Aku tak nak mandi dengan anak haram ni…”ejek Misah lalu mengemaskan kain batiknya. Tuala disarung ke bahunya yang terdedah. Dia bergerak meninggalkan sungai sambil diekori oleh 3 kawannya yang lain.

“Apa kau panggil aku ??” kemarahan Jasmin sudah memuncak. Sejak tadi dia hanya bersabar mendengar bermacam2 kata nista dilempar kepadanya. Langkah Misah terhenti, kemudian berpaling kearah Jasmin. Dia senyum mengejek.

“Anak haram!!!” jerit Misah mengejek lagi. Jasmin mengetap bibirnya. Bakul rotan dicampak ketanah. Jasmin terus meluru kearah Misah lalu menerkamnya. Kinah, Pijan dan Siti menjerit. Misah dan Jasmin sudah terguling2 di tebing sungai. Kinah, Siti dan Pijan cuba membantu Misah dengan memukul Jasmin dari belakang yang sedang menarik rambut Misah. Sementara Misah pula menangis terjerit2 ketakutan meilhat kemarahan Jasmin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 09:45 PM | Show all posts
Panggg!!!! Hampir berpusing kepala Jasmin menerima tamparan dari neneknya. Misah, Kinah, Pijan dan Siti diam ketakutan di sudut. Nek Sari, usianya sudah menjangkau 80 tahun barangkali, tetapi garangnya masih bertenaga macam orang muda.

Sebenarnya, sukar dijangka umur sebenar Nek Sari, kerana di dalam kad pengenalannya, tidak dinyatakan tarikh yang tepat tentang kelahirannya. Sewaktu mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Daerah, dia memberitahu bahawa sewaktu Jepun menduduki Tanah Melayu, dia baru berusia lebih kurang 10 tahun.

Pertengkaran mereka segera dileraikan oleh Nek Sari sebaik dikhabarkan berita itu dari Siti. Jasmin mengusap pipinya yang baru ditampar dihadapan kawan2nya. Jasmin menjeling ke arah Misah yang tersenyum mengejeknya. Darahnya membara. Wajah neneknya dipandang tajam.

“Tahu nak bergaduh saja! Kau tak reti nak berbaik dengan orang ya?” jerkah Nek Kiah. Nafasnya berbau sirih pinang yang selalu dikunyahnya tak kira apa waktu. Tubuh separa bongkok berkemban itu merenungnya tajam.

“Jas tak buat apa2! Diorang yang mulakan dulu,” Jasmin menjawab berani sambil menuding jarinya kepada 4 gadis ditepi mereka. Terbit sedikit rasa marah kerana diperlakukan sebegitu di hadapan orang lain. Jasmin tunduk merenung rumput.

“Kalau iya pun, kenapa sampai nak bertumbuk? Kau ni lelaki ke perempuan?” marah Nek Sari. Nafas Jasmin naik turun, tidak terkawal.

“Diorang ejek Jas,” jawab Jasmin lagi. Nek Sari menjegilkan matanya. Meskipun yang berdiri dihadapannya itu adalah cucunya, tetapi apabila melihat raut wajah yang ada pada gadis kecil itu, membuakkan kemarahannya tiap waktu.

“Apa yang diorang ejek kau sampai kau nak bertumbuk?  Kau ni dari kecil memang selalu buat aku naik darah! Tak boleh kah kau duduk diam2? Aku suruh kau datang sini basuh kain saja, kan? Tapi sekarang apa yang kau buat?” herdik Nek Sari lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 09:46 PM | Show all posts
“Diorang ejek Jas ‘anak haram’!!! Kenapa sejak dulu diorang selalu ejek macam tu? Jas tak suka!!!” kali ini Jasmin meninggikan suaranya. Darah muda yang mengalir di dalam tubuhnya membuak panas. Nek Sari terdiam sebaik mendengar jawapan Jasmin. Dia terkedu. Nafasnya turun naik.

Misah, Pijan, Kinah dan Siti dipandang lama. Kemudian pandangannya tumpah ke wajah Jasmin pula.

“Kamu berempat pergi balik sekarang. Aku mintak maaf sebab budak ni tumbuk kamu semua,” Nek Sari bersuara perlahan sambil merenung wajah Jasmin. 4 gadis yang dari tadi tercegat di tepi, segera mengangguk dan beredar pulang. Membiarkan Jasmin dan Nek Sari yang masih bertegang muka di tepi sungai.

Melihat 4 orang gadis tadi berlalu, Jasmin menghentakkan kakinya ke tanah. Ada perasaan tidak puashati yang menyelinap.

“Kenapa nenek suruh diorang balik? Kenapa nenek tak marah Misah? Mulut dia tu celupar! Jas nak tonyoh mulut dia sampai lebam!!!” begitu dendamnya Jasmin pada Misah yang dikenalinya sejak kecil.

“Sudah!!!Ambil baju kotor kau!!! Pergi balik!!” herdik Nek Sari. Jasmin ternganga dengan arahan Nek Sari. Kali ini, dirasakan neneknya tidak berlaku adil dalam hal itu. Jasmin mengetap bibir. Segunung dendam membukit di dadanya.

“Nenek jahat!!! Nenek selalu buat macam ni kat Jas!! Nenek tak sayang Jas!!!” jerit Jasmin. Airmatanya sudah mula hendak tumpah. Mengapa neneknya yang menjaganya sejak kecil, sejak dia mula melihat dunia bertindak demikian terhadapnya?

“Aku kata pergi balik!!!” jerit Nek Sari sambil mengangkat  tangannya hendak menghayun penampar ke muka Jasmin. Tapi, Jasmin cepat2 lari. Ditinggalkannya Nek Sari dengan airmata yang menghujan dipipi. Nek Sari menarik nafas panjang. Kelibat Jasmin makin hilang dari pandangan matanya di celah2 hutan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2011 09:48 PM | Show all posts
Arif merenung Jasmin yang sedang tersedu2 di selubungi oleh selimut. Bunyinya tak ubah seperti anak kecil menangis. Berkerut dahi Arif memasang telinga. Mujurlah waktu itu jam sudah menginjak ke pukul 7 pagi. Jika waktu itu adalah jam 12 malam, haruslah dia akan berfikir yang Jasmin itu sedang mendesah seperti pontianak harum sundal malam yang kehilangan anaknya.

Arif merenung lagi. Dia sedang bercangkung di hadapan Jasmin yang sedang mengerekot di dalam selimut dengan tangan di hidung. Jasmin masih tersedu2. Budak ni menangis ke? Arif menghulurkan tangannya, hendak menyentuh tubuh gadis itu. Tapi tangannya mati tatkala hampir2 mencecah badan Jasmin.

Nak kejutkan ke …tak nak? Ke, nak biarkan drama swasta ni lama sikit? Arif mencongak sendirian sambil merenung Jasmin. Tapi, tangannya mencecah juga bahu gadis itu.

“Dik…..oo…dik…” panggil Arif perlahan dan lembut. Takut juga dia jika tindakannya memeranjatkan gadis yang sedang enak menangis itu. Tubuh Jasmin masih tak bergerak.

“Dik…..bangunla dik…hari dah siang ni…” kejutnya lagi. Kali ini lebih panjang penerangannya. Sekurang2nya, jika Jasmin mendengar, dia tahu hari sudah siang. Maka sebab itulah dia mengejutkan Jasmin. Digoyang2kan bahu gadis itu. Buat seketika, usahanya membuahkan hasil bila tangisan yang mendesah lagi pilu itu terhenti.

Jasmin membuka mata perlahan2. Anak matanya memandang Arif yang sedang bercangkung di depannya. Arif senyum manis.

“Dah siang…” ulang Arif lembut. Jasmin terdiam. Tangannya dijatuhkan dari hidungnya. Perlahan2, dia bangun lalu membuang selimut yang menyelimuti dadanya. Arif mengulum senyum bila Jasmin sudah pun duduk berdepan dengannya. Mata Jasmin meliar memandang sekeliling.

Arif turut sama menoleh sekelilingnya, takut jika ada apa2 yang tak kena.

“Kenapa?” soal Arif perlahan. Riak wajah gadis itu seperti sedang kebingungan. Seolah2 seseorang yang baru tertidur di dalam bilik, kemudian bangun dan menyedari dia sedang tidur di kawasan perkuburan! Mmmm…begitulah bayangan Arif.

Jasmin segera menggeleng lantas memandang Arif malu. Tangannya segera diusap ke pipi dan mulutnya. Bimbang ada air liur basi yang bersisa di muka. Arif senyum lalu bangun. Penat pulak mencangkung macam ni.

“Mandilah dulu…kejap lagi kita sarapan. Abang dah mintak room service hantar sarapan ke bilik pagi ni. So, Jas tak payah susah2 nak keluar,” ujar Arif lalu beredar ke bilik tidur. Jasmin hanya memandang lemah. Selimut di badan dibuang sepenuhnya. Bantal dipandang. Selepas terdiam sejenak, perlahan2 Jasmin bangun lalu melipat comforter dan selimut. Bantal diambil lalu diletak di sudut sofa. Rambutnya yang kusut disimpul lalu disanggul rapi. Waktu itu, dia tidak peduli bagaimana rupanya lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.326662 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list