CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3757|Reply: 3

Bawa Watak Pesakit Kanser, Park Min Young Turunkan Berat Badan Tinggal 37 Kilogram

[Copy link]
Post time 26-11-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Park Min Young sanggup menurunkan berat badannya secara drastik demi menjiwai watak menerusi drama Marry My Husband.


Min Young, 37, memberitahu berat badannya kini hanya sekitar 37 kilogram dan ia cukup ideal dalam menzahirkan peranan sebagai Kang Ji Won menerusi drama bersiri berkenaan.







Perubahan fizikal aktres berkenaan menjadi perhatian peminat susulan dia berkongsi foto salah satu babak drama berkenaan yang memperlihatkan dia dalam pakaian hospital sambil memakai penutup kepala.


Menerusi gambar berkenaan, Min Young kelihatan kurus selain wajahnya kelihatan pucat sehinggakan ia menjadi perbualan dalam kalangan peminat.


Malah ramai bimbangkan kesihatan aktres berkenaan selain menganggap dia terlalu memaksa diri bagi menjayakan watak tersebut.






Pun begitu, ada juga peminat memuji kesungguhan Min Young dalam memaparkan realiti penderitaan terpaksa dilalui pesakit kanser.


Memetik laporan tvN, drama tersebut mengisahkan tentang perkahwinan Kang Ji Won lakonan Min Young yang tidak bahagia.


Malah ia menjadi lebih teruk lagi apabila Ji Won disahkan menghidap kanser namun diberi peluang mengubah kehidupannya.


Marry My Husband bakal ditayangkan pada Januari 2024 di tvN.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi mmg confirm la dia heroinnya....adoi aq harap watak ji won tu dapat kat pelakon lain,marry my husband ni antara first webtoon yg aq follow,bila dengar berita ia akan diadaptasikan ke drama mmg excited aq
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 12:31 PM | Show all posts
Berdedikasi sungguh!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2023 04:23 PM | Show all posts
Camana dorang boleh kurus gini.. Aduhaiii..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.073711 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list