CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12987|Reply: 0

Melaka jadi tuan rumah Sambutan Hari Pelancongan Dunia 2025

[Copy link]
Post time 3-12-2023 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Melaka jadi tuan rumah Sambutan Hari Pelancongan Dunia 2025


BANDAR Melaka

Jasin: Kerajaan yakin Melaka mampu menjadi tuan rumah terbaik dalam penganjuran Sambutan Hari Pelancongan Dunia atau World Tourism Day (WTD) yang dijadual diadakan pada September 2025.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin dan percaya, keyakinan Kerajaan Persekutuan dan pihak luar terhadap Melaka adalah hasil daripada ketersediaan prasarana, hospitaliti, komitmen dan kecekapan kakitangan awam yang bersedia memberikan kerjasama bagi memastikan kelancaran program berkenaan.

"Daripada lokasi tarikan pelancong, warisan, warisan peninggalan sejarah hinggalah ke keunikan asimilasi budaya serta tradisi rakyat di Melaka, saya pasti semua kelebihan ini akan menjadi tarikan kepada pelancong untuk datang serta menjadikan negeri ini sebagai destinasi pilihan.

"Ia sekali gus menjadi titik tolak kepada keyakinan pelabur daripada dalam mahu pun luar negara untuk terus merancakkan ekonomi di bumi Hang Tuah ini," katanya menerusi teks ucapannya yang dibacakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ketika menutup Karnival D' Bendang Sungai Rambai, di Kampung Parit Penghulu Benteng, di sini, hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Datuk Ibrahim Durum, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abd Razak Abd Rahman, EXCO Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis.

Melaka dipilih sebagai tuan rumah WTD dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025 mewakili Malaysia selepas Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO) sepakat memilih Malaysia sebagai lokasi penganjuran program berprestij itu.

WTD 2025 dijadual berlangsung pada 27 September 2025 bertemakan 'Tourism and Sustainable Transformation'.

Penganjuran itu bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat antarabangsa berkaitan kepentingan pelancongan dan nilai sosial, budaya, politik dan ekonomi sejagat.

Pada Perhimpunan Agung UNWTO Ke-25 di Samarkand, Uzbekistan pada 16 hingga 20 Oktober lalu, Malaysia terpilih sebagai tuan Hari Pelancongan Sedunia 2025.

Motac kemudiannya menamakan Melaka sebagai lokasi penganjuran program berkenaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tahun lalu, Melaka menerima kehadiran 6.04 juta pelancong berbanding 2.7 juta dalam tempoh yang sama pada 2021.

Kata beliau, daripada jumlah itu, 5.637 juta adalah pelancong domestik dan 406,517 adalah pelancong asing.

"Data ini membuktikan Melaka adalah antara destinasi pilihan utama, khususnya bagi pelancongan domestik yang menyumbang enam peratus daripada pelancongan domestik negara.

"Pada tahun hadapan, kerajaan negeri menerusi inisiatif Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menyasarkan kedatangan pelancong dan pengunjung ke Melaka antara 15 hingga 18 juta orang.

"Insya-Allah, saya yakin dengan usaha daripada semua pihak dengan sokongan terhadap segala program pelancongan, seni dan budaya Melaka, negeri lima pahlawan bersaudara ini akan terus dibanjiri pelancong sekali gus menjadikan Melaka muncul sebagai sebuah negeri yang hebat dan terbilang sebagaimana semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dulu," katanya.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ancongan-dunia-2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046618 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list