CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11323|Reply: 1

Seolah Bantu Palestin Dalam Diam, Taylor Swift Dan Selena Gomez Kumpul Dana Untuk Penduduk Gaza

[Copy link]
Post time 15-12-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode



Kata orang, berani kerana benar!

Namun, dalam persada Hollywood, ada teori mendakwa, kalau ingin kerjaya sebagai bintang popular terus menjalar, jangan sesekali menyokong Palestin atau mempersoalkan kewajaran tindakan Israel membedil negara tersebut.

Nampaknya, disebabkan Israel mengambil pendekatan membutakan mata dan memekakkan telinga, kian ramai selebriti yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) cuba tampil menyuarakan pendapat masing-masing tanpa perlu bersandiwara di belakang Benjamin Netanyahu.

Namun tidak semua daripada mereka yang berani untuk menyuarakan sokongan mereka secara terang-terangan. Ada yang terpaksa membantu secara dalam diam kerana khuathir diri mereka tidak lagi relevan dalam industri.

Terkini selebriti berpengaruh dunia, Taylor Swift dan Selena Gomez masing-masing menghadiri persembahan komediri untuk mengumpul dana bagi penduduk Gaza.



Memetik sebuah laporan berita online, acara tersebut dikendalikan pelakon dan pengarah, Ramy Youssef di sebuah kelab komedi yang terletak di Brooklyn, New York pada Isnin (waktu tempatan).

Youssef yang juga kelahiran Amerika-Mesir memaklumkan acara yang dinamakan Ramy Youssef: more feelings itu dianjurkan bermula bulan lepas sehingga Februari tahun depan.

Bantuan dan dana akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan American Near East Refugee Aid (ANERA).

Acara tersebut juga bakal diadakan di 10 lokasi di Amerika Syarikat (AS).

ANERA merupakan organisasi yang diwujudkan bagi membantu rakyat Palestin di AS. Mereka turut menyediakan latihan perguruan dan sekolah bagi rakyat Palestin dan Lubnan. Terkini, mereka juga menghulurkan bantuan kepada 18,000 penduduk Gaza yang menderita akibat kejahatan rejim zionis.

Selain Swift dan Gomez, pelakon siri drama terkenal The Queen’s Gambit, Anya Taylor-Joy turut hadir di acara itu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alesandra at 15-12-2023 10:06 PM

Aku penah tgk  stand up comedy ramy  ni dekat online.tgk pun sbb layan tv drama dia.mmg lawak dia ni.the thing is..masa dia buat stand up tu kemain dia kutuk trump,rep.adakah show dia haritu kutuk biden sebagaimana dia kutuk trump dulu?jilat ludah balik,?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.059664 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list