CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16702|Reply: 3

[Tempatan] 3.5 juta lelaki di Malaysia mati pucuk, ramai tak tahu boleh dirawat

  [Copy link]
Post time 11-1-2024 11:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 12-1-2024 03:51 AM

MELIHAT kepada dilema yang terpaksa dihadapi oleh lelaki dan kesukaran untuk mendapatkan akses bagi merawat masalah kesihatan seksual kaum Adam telah mendorong Dr. Samhan untuk membuka Him Clinic (Forhimclinic.com) pada awal tahun ini.

Him Clinic beroperasi secara dalam talian dengan dibantu 17 orang kakitangan.

“Berdasarkan pengalaman merawat pesakit lelaki, mereka lebih suka mendapatkan rawatan secara dalam talian berbanding pergi ke klinik fizikal.

“Menyedari tabiat mereka itu, saya menyediakan platform khas untuk membantu masalah lelaki dengan rawatan berkesan, selamat dan doktor bertauliah.

“Selepas membuat pendaftaran, doktor akan menghubungi pesakit dan mereka perlu menjawab beberapa soalan untuk mengetahui tahap masalah,” tutur bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.

Doktor akan membuat konsultasi dengan pesakit mengenai permasalahan yang dihadapi untuk memberikan rawatan dan ubat yang bersesuaian.

Sejak beroperasi awal tahun ini, Him Clinic telah berjaya membantu seramai 60,000 pesakit lelaki.

BIDANG KESIHATAN LELAKI

Dr. Samhan memberitahu, bidang kesihatan lelaki sangat luas seperti penyakit kelamin, masalah seksual, psikologi, kanser prostat dan benign prostatic hyperplasia.
Setakat ini Him Clinic hanya merawat dua jenis masalah iaitu mati pucuk dan ejakulasi pramatang memandangkan rawatan untuk masalah ini sesuai dilakukan secara dalam talian.


Tetapi untuk masalah lelaki yang lain memerlukan pesakit berjumpa doktor secara fizikal untuk rawatan selanjutnya. Jelas beliau, ramai yang tidak tahu mati pucuk sebenar boleh dirawat sehingga ada yang tidak bersama dengan isteri selama beberapa tahun.

“Oleh itu, saya menggesa mereka yang mengalami masalah ini untuk mendapatkan rawatan segera.

“Mati pucuk boleh berpunca daripada stres, tekanan, kebimbangan dan gangguan stres pascatrauma (PTSD).

“Penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan jantung juga boleh menyebabkan mati pucuk tetapi ia masih boleh rawat.

“Di samping itu, kecederaan saraf belakang, kemalangan, pembedahan di bahagian zakar dan masalah onani berisiko mati pucuk,” ujar anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Kongsi beliau lagi, ada pesakitnya yang berusia 20 tahun telah mengalami masalah mati pucuk kerana ketagihan onani dan pornografi.

Sementara itu, mengulas mengenai punca kemandulan dalam kalangan lelaki pula, Dr. Samhan memberitahu, ia boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti pengambilan gula terlalu tinggi, makanan segera, kurang bersenam, merokok dan obesiti.

SUNTIKAN TESTOSTERON

“Selain itu, pengambilan suntikan testosteron juga boleh menjadi punca kemandulan

“Mereka yang membina badan cenderung untuk mengambil suntikan tersebut supaya otot dapat dibina dengan cepat.

“Suntikan itu akan mengecutkan testis kerana testis tidak lagi menghasilkan  testosteron (‘kilang’ hasilkan testosteron sudah tutup) maka sperma yang dihasilkan tidak lagi berkualiti,” katanya yang berpengalaman lapan tahun bertugas di bahagian kecemasan.

Besar harapan Dr. Samhan untuk membantu lelaki lebih sihat dan cakna dengan penjagaan kesihatan.

Ini memandangkan jangka hayat lelaki lebih pendek berbanding wanita kerana mereka kurang menjaga kesihatan.

Beliau juga merancang untuk membuka klinik kesihatan lelaki secara fizikal pada masa akan datang untuk memastikan rawatan kesihatan lelaki dapat dilakukan dengan lebih komprehensif.

Di samping membuat perkongsian di laman sosial, Dr. Samhan juga telah menulis buku berkaitan kesihatan lelaki bertajuk Sampai Menang dan Bangkit Keras. Beliau juga aktif menulis buku kesihatan am.

Dalam pada itu, Dr. Samhan turut mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan iklan penjualan produk yang banyak menggunakan gambar dan videonya untuk menipu orang ramai. Pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan atas populariti yang diraih oleh beliau untuk menipu pengguna. –


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati pucuk ni maksudnya mmg x naik ke? Takkan lah morning wood pun x de?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dasar lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 12:48 AM | Show all posts
Wooow .... Apa jadinya jantan Malaysa di mata dunia... sudah sizenya hanya 2B .... mati pucuk pula ....

Jadi X hairanlah jika banak anak dara melayu kini lebih suka kawin atau main sex dengan jantan bangla yang sizenya  lebih besar dan panjang serta dengan endurance yang lama pula ...Hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.131502 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list