CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 562|Reply: 1

Tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini, netizen bersorak

[Copy link]
Post time 13-3-2024 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Tiada lagu raya Aliff Syukri tahun ini, netizen bersorak

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... i-netizen-bersorak/

Oleh HIBGLAM
12 Mac 2024, 9:17 pm


ALIFF SYUKRI

PETALING JAYA – Berita gembira buat industri seni tanah air apabila usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan tidak akan melancarkan lagu raya tahun ini akibat menjadi mangsa penipuan seorang komposer yang tidak didedahkan identitinya.

Aliff, 37, berkata, lagu yang sepatutnya dilancarkan Aidilfitri tahun ini sudah menjadi milik orang lain dan perkara tersebut membuatkan hatinya remuk.

“Maafkan saya, komposer buat tahi. Curi lagu dan lirik beri kepada artis lain.

“Maaf sebab saya kecewakan kalian. Saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ini untuk semua.

“Saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tak pernah menghargai bakat saya,” coretnya menerusi satu hantaran Instagram.

Jelas pemilik nama lengkap Aliff Syukri Kamarzaman itu lagi, dia terpaksa membawa diri ke luar negara untuk menonjolkan bakat nyanyian yang tidak dihargai di tanah kelahiran sendiri.

“Saya terpaksa bawa diri untuk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.

“Maaf rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu saya saya (tahun) ini,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat secara sinikal berpura-pura sedih dengan perkhabaran tersebut.

“Malaysia berduka cita dengan berita ini Datuk. Saya jangka ramai yang tak nak beraya tahun ini,” cuit seorang netizen.

Terdahulu, Aliff tidak pernah gagal meluncurkan lagu raya yang mendapat kritikan ramai menerusi single berjudul Chu Ku Chuk Raya tahun lalu, Kelepok Raya (2022) dan Lala Raya (2021). – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 03:04 PM | Show all posts
Ia tidak akan menjadi baik untuk membeli Lirik orang lain pada pendapat saya, ia adalah keputusan yang baik.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055858 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list