CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17453|Reply: 21

[Tempatan] Solat hajat berjemaah seru hujan

  [Copy link]
Post time 21-3-2024 01:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 21-3-2024 02:59 AM

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan menganjurkan program solat sunat istisqa bagi memohon hujan berikutan cuaca panas berpanjangan yang melanda negeri ini ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan dan Sumber Air serta Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff Zakaria berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan Exco, hari ini.

“Sekarang ini masih cuaca panas dan tidak ada hujan. Berdasarkan maklumat yang saya terima, paras empangan di Bukit Malut yang menjadi tempat utama kita simpan air memang agak kritikal.

“Hari ini ada program solat sunat istisqa untuk meminta tolong Allah supaya hujan. Kita juga akan adakan solat istisqa di tempat-tempat lain seperti apa yang diputuskan dalam Mesyuarat Exco sebentar tadi,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Kata beliau, solat sunat itu akan dibuat secara dalam skala besar terutama di kawasan yang tidak menerima hujan.

Sementara itu, kata Mohamad Yusoff, kerajaan negeri setakat ini tidak bercadang untuk melakukan pembenihan awan kerana paras takungan di kebanyakan empangan di Kedah masih mencukupi.

“Setakat ini masih belum dicadangkan (pembenihan awan) sebab kos agak tinggi selain (langkah) itu tidak semestinya berjaya. Kadang-kadang datang angin, kita sasar kawasan tadahan hujan tapi (hujan) turun tempat lain,” ujarnya.

Beliau pada masa sama memohon kerjasama daripada seluruh masyarakat supaya berhemah ketika menggunakan air.

“Seperti kita sedia maklum musim panas ramai yang mandi kerap, pokok pun kering dan perlu disiram. Itu salah satu sebab air berkurangan.

“Seperti yang saya maklum sebelum ini, kadar pengeluaran air ketika ini sudah lebih daripada kapasiti sebenar. Kalau ikut kapasiti 35 loji rawatan air merawat 1,452 juta liter sehari tetapi pengeluaran setakat ini kita tekan sampai 1,600 juta liter sehari,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2024 02:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..  Jauhilah kami dari bala kemarau.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:27 AM | Show all posts
Kalau negeri lain dah lama petik perkataan “ byk dosa.. maksiat” kaaannn?!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah jangan turunkan hujan di negeri negeri bongkak pembangkang di Malaysia, aminnn ya Rabbal Alamin

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di Kelantan kena buat solat istisqo' depan pejabat AKSB.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 21-3-2024 10:32 AM
Ya Allah jangan turunkan hujan di negeri negeri bongkak pembangkang di Malaysia, aminnn ya Rabbal Al ...

مَّا یَوَدُّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَلَا ٱلۡمُشۡرِكِینَ أَن یُنَزَّلَ عَلَیۡكُم مِّنۡ خَیۡرࣲ مِّن رَّبِّكُمۡۚ وَٱللَّهُ یَخۡتَصُّ بِرَحۡمَتِهِۦ مَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِیمِ

Neither those who disbelieve among the people of the Scripture (Jews and Christians) nor Al-Mushrikun (the disbelievers in the Oneness of Allah, idolaters, polytheists, pagans, etc.) like that there should be sent down unto you any good from your Lord. But Allah chooses for His Mercy whom He wills. And Allah is the Owner of Great Bounty.

Al-Baqarah, Ayah 105.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 11:26 AM | Show all posts
kalau kena kat negeri lain dan2 tuduh bala..kena kat negeri dia ohh ini ujiannnn...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 11:35 AM | Show all posts
tripleid replied at 21-3-2024 11:26 AM
kalau kena kat negeri lain dan2 tuduh bala..kena kat negeri dia ohh ini ujiannnn...

btl tu sis, sokong hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2024 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeee takotnye..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 04:51 AM | Show all posts
tripleid replied at 21-3-2024 11:26 AM
kalau kena kat negeri lain dan2 tuduh bala..kena kat negeri dia ohh ini ujiannnn...

Seru solat hajat..tup tup kluor kerete 400k....


Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih pattern iklim malaysia ada musim hujan dan kemarau cuma kadang2 things can go a bit extreme. Normal ja. Kalau tak boleh sabar boleh ikhtiar cloud seeding itu cara orang waras berfikir.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:33 AM | Show all posts
Sementara itu, kata Mohamad Yusoff, kerajaan negeri setakat ini tidak bercadang untuk melakukan pembenihan awan kerana paras takungan di kebanyakan empangan di Kedah masih mencukupi.

“Setakat ini masih belum dicadangkan (pembenihan awan) sebab kos agak tinggi selain (langkah) itu tidak semestinya berjaya. Kadang-kadang datang angin, kita sasar kawasan tadahan hujan tapi (hujan) turun tempat lain,” ujarnya.


Tak terkata aku bila Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan dan Sumber Air serta Alam Sekitar Kedah cakap macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Daripada buat pembenihan awan, akak lagi suka tengok Aidil Zafuan keluarkan benih sebab Aidil Zafuan tu hensem
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Haritu kemain membongak je nusibat suh penang sedut air selut.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 10:52 AM | Show all posts
manop replied at 29-3-2024 04:51 AM
Seru solat hajat..tup tup kluor kerete 400k....

smayang hajat kat kedah yg dapat hujan KL.loll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung mac & awal april adalah musim peralihan monsun. Insyaallah bakal membawa hujan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 10:58 PM | Show all posts
alesandra replied at 29-3-2024 07:50 AM
Haritu kemain membongak je nusibat suh penang sedut air selut.

sebab tu jangan takbur....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam ni hujan lebat mencurah curah.
Syukur alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 29-3-2024 11:11 PM
Malam ni hujan lebat mencurah curah.
Syukur alhamdulillah

Di Kedah atau di Selangor?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.082436 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list