CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5158|Reply: 0

Demi prinsip hidup, maruah pasukan, pegawai polis tolak sogokan RM200,000

[Copy link]
Post time 25-3-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (kanan) menyampaikan Anugerah Integriti Polis Diraja Malaysia Tahun 2024 kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah Asisten Superintendan Samsuddin Paweddai ketika Perhimpunan Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 217 Peringkat Kontijen Kelantan, di sini, hari ini. - Foto NSTP/ Hazira Ahmad Zaidi

KOTA BHARU: Berpaksikan kepada integriti dan prinsip hidup, membuatkan seorang pegawai polis menjauhi dan menolak sebarang salah laku rasuah biarpun pernah cuba disogok dengan wang tunai RM200,000 oleh sindiket dadah.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Asisten Superintendan Samsuddin Paweddai, 44, berkata biarpun ditawarkan wang yang banyak, namun beliau tidak akan sesekali menggadaikan maruah pasukan itu, meskipun segelintir masyarakat masih memandang sinis terhadap anggota polis.

Katanya, sepanjang 19 tahun berkhidmat di Polis Diraja Malaysia (PDRM), sudah dua kali beliau cuba disogok untuk menerima rasuah iaitu ketika bertugas di IPD Pasir Mas dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan ketika dalam pasukan narkotik.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sentiasa dijauhi daripada sikap tamak dan mementingkan diri sendiri. Malah ada dalam kalangan penjenayah sudah membuat 'kajian' bahawa saya bukan seorang pegawai yang mudah 'dibeli' dengan wang ringgit.

"Sebagai anggota polis, saya sudah diajar sejak melangkah masuk ke pusat latihan supaya menolak segala bentuk rasuah demi menjaga imej pasukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perhimpunan Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 217 Peringkat Kontijen Kelantan, di sini, hari ini.

Terdahulu Samsuddin menerima Anugerah Integriti Polis Diraja Malaysia Tahun 2024 dan Juara Kategori Pegawai Kanan Polis yang disampaikan oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Pada masa sama, lima pegawai dan anggota polis turut menerima anugerah yang sama iaitu Inspektor Abdul Halim Omar dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Pasir Mas; Sarjan Mahaili Md Yaacob dari Cawangan Pengangkutan IPD Bachok; Sarjan Muhamad Hasan Ismail dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tanah Merah; dan Koperal Mohd Nazrin Ghazali dari Hal Ehwal Awam IPK Kelantan.

Bapa kepada tiga cahaya mata berusia 10 hingga 17 tahun itu, berkata semangat integriti dalam diri menjadi benteng kepada perbuatan yang boleh mencemarkan nama pasukan polis.

"Prinsip integriti yang diamalkan ini bukan bertujuan menunjukkan kebaikan diri sebaliknya mahu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap polis terutama membabitkan rasuah.

"Saya mahu masyarakat mengubah persepsi negatif mereka terhadap PDRM disebabkan ada segelintir yang memandang rendah kepada kami dan menganggap polis mudah disogok dengan wang ringgit.

"Bukan semua polis boleh dibeli kerana ada yang tidak mengamalkan rasuah malah mereka anti rasuah selain tidak ada berkatnya menjalani kehidupan dengan mengamalkan rasuah.

"Saya juga sentiasa mengingatkan diri sendiri serta pegawai dan anggota di bawah seliaan saya supaya menjaga imej pasukan," katanya.

Berkongsi pengalaman tugas, Samsudin berkata, dia pernah mengalami cedera di muka akibat terjatuh ke dalam cerun ketika mengejar sindiket dadah dalam operasi membanteras port dadah di Pasir Puteh sejak 10 tahun lalu.

"Malah saya pernah berdepan situasi mencemaskan apabila diacu parang oleh penjenayah ketika bersama lima anggota lain mengejar sindiket dadah, namun mujurlah tidak membabitkan kecederaan," katanya.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata, beliau mahu kesemua pegawai dan anggotanya menekankan aspek integriti dalam penugasan supaya sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.

"PDRM Kontinjen Kelantan akan sentiasa komited dan berdiri teguh di bawah naungan panji Sang Saka Biru untuk memikul amanah dan berharap tidak ada anggota terbabit dalam perkara yang mencemarkan nama pasukan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ak-sogokan-rm200000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.238767 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list