CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17215|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang tidak akan berdepan catuan air

[Copy link]
Post time 30-3-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang tidak akan berdepan catuan air


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 30, 2024 @ 12:51 pmbhnews@bh.com.my




Kon Yeow (kanan) bergotong-royong bersama penduduk memasak bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk di Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang. - Foto NSTP/Danial Saad




TASEK GELUGOR: Penduduk Pulau Pinang tidak perlu bimbang mengenai masalah bekalan air terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri biarpun empangan Air Itam pada ketika ini berada pada paras kritikal.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, selain Empangan Air Itam, Pulau Pinang mempunyai dua lagi empangan utama iaitu Teluk Bahang dan Mengkuang termasuk satu empangan kecil di Bukit Panchor yang boleh membantu menampung keperluan penduduk sekitar yang terjejas.

Selain itu, katanya, Pulau Pinang juga memantau rapi keadaan paras air Sungai Muda memandangkan 85 peratus bekalan air mentah diperoleh dari sana yang ia masih stabil.

"Pada masa ini sudah masuk musim hujan dan harap dalam bulan April dan Mei ini,empangan yang paras rendah dapat dipenuhkan dengan (air) hujan.

"Kita (beri jaminan) bahawa (tidak berlaku) gangguan oleh kerana paras empangan namun jika gangguan lain (seperti bencana alam dan kecemasan) itu saya tak boleh 'guarantee' (jamin), bagaimanapun (keadaan) empangan terkawal dan masih boleh sampaikan air kepada pengguna, maka tidak perlu bimbang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung persediaan kerajaan negeri dalam memastikan tiada bekalan gangguan air terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Terdahulu, beliau ditemui pemberita ketika Program Memasak Bubur Lambuk yang turut dihadiri Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan di Masjid Jamek Pokok Machang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mempunyai pelan tindakan bagi memastikan paras air Empangan Air Itam tidak turun sehingga paras negatif.

"Ia adalah dengan cara mengurangkan penyampaian (ekstrak) air mentah dari empangan itu ke Loji Rawatan Air (LRA) kurang daripada kapasiti biasa dari 10,000 akaun (pengguna) kepada 4,000 ke 5,000 akaun yang mana jika tidak hujan pun air masih ada di kawasan bukit.

"Selebihnya (pengguna akaun lain) akan menerima air dari empangan lain memandangkan kita mempunyai dua lagi empangan (utama) iaitu empangan Teluk Bahang dan Mengkuang termasuk satu empangan kecil di Bukit Panchor.

"Apatah lagi, empangan Mengkuang (lokasi) strategik simpan air yang parasnya lebih 90 peratus memandangkan ia bukan digunakan untuk rawatan harian melainkan hanya ketika berdepan krisis,"'katanya.

Semalam, media melaporkan situasi Empangan Air Itam hanya mampu bertahan lebih 30 hari sahaja lagi tanpa hujan.

Berikutan itu, PBAPP telah mengambil langkah awal sejak Februari lalu bagi mengurangkan pengekstrakan air dari Empangan Air Itam bagi memastikan kapasiti air di empangan itu dapat bertahan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.068777 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list