CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24283|Reply: 0

[Kedah] Bumbung bangunan Kolej Matrikulasi Changlun terbakar dipanah petir

[Copy link]
Post time 30-3-2024 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Bumbung bangunan Kolej Matrikulasi Changlun terbakar dipanah petir

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

30 Mac 2024 08:40pm








Bumbung sebuah bangunan Kolej Matrikulasi Changlun terbakar selepas dipercayai dipanah petir pada petang Sabtu.




CHANGLUN - Bumbung sebuah bangunan Kolej Matrikulasi Changlun di sini, terbakar selepas dipercayai dipanah petir pada petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Zulkifli Manaf berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 5.41 petang.



Menurutnya, sebuah jentera, van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan Pajero BBP Bukit Kayu Hitam bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi kebakaran.

"Pasukan keluaran operasi melaporkan sebaik tiba di lokasi mendapati terdapat kebakaran di bahagian bumbung bangunan dipercayai akibat disambar petir.



"Tindakan pasukan seterusnya adalah memadam kebakaran dengan satu aliran dua pancutan dan membuat pemerhatian secara menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan pada malam Sabtu.

Zulkifli berkata, pasukan gantian telah dikerah ke Blok C2 kolej matrikulasi itu yang menyaksikan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Tambah beliau, maklumat penuh mengenai kejadian tersebut sedang dikemas kini pihaknya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.205581 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list