CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6714|Reply: 0

[Kedah] Kutipan zakat fitrah Kedah masih jauh rendah daripada sasaran

[Copy link]
Post time 31-3-2024 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Kutipan zakat fitrah Kedah masih jauh rendah daripada sasaran


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mac 31, 2024 @ 12:31pm bhnews@bh.com.my




Pengerusi LZNK, Datuk Seri Norizan Khazali (tengah) mengagihkan ayam segar kepada asnaf sempena Aidilfitri di perkarangan Masjid Sultanah Haminah, Alor Setar hari ini. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman




ALOR SETAR: Berbaki 10 hari Ramadan, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hanya menerima kutipan zakat fitrah hampir RM1 juta berbanding sasaran RM12.65 juta tahun ini.

Pengerusi LZNK, Datuk Seri Norizan Khazali, berkata jumlah itu masih rendah berikutan sikap orang ramai yang gemar membayar zakat fitrah pada saat akhir.

"Jadi kita mohon agar umat Islam di negeri ini tidak melengahkan bayaran zakat fitrah, jangan tunggu saat akhir baru hendak bayar, kadang-kadang mereka tunggu petang akhir Ramadan dan malam raya baru nak bayar, kita hendak agih dengan cepat.

"Jadi saya seru supaya bayar zakat fitrah lebih awal, bayar zakat fitrah kepada LZNK berbanding terus kepada asnaf," katanya selepas agihan ayam segar kepada asnaf sempena Aidilfitri di perkarangan Masjid Sultanah Haminah, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Zakaria Othman.

Sementara itu, Norizan yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, berkata LZNK meneruskan program infaq ayam segar dengan jumlah agihan ayam sebanyak 3,332 ekor ayam seberat 1.5 hingga 1.7 kilogram (kg) bernilai RM49,980.

"Program ini bakal memberikan manfaat kepada 1,666 keluarga asnaf dan setiap keluarga asnaf akan menerima dua ekor ayam segar sebelum Aidilfitri.

"Agihan ayam segar hari ini diserahkan kepada 30 asnaf di 50 masjid seluruh daerah Pendang dengan bantuan penolong amil yang akan menentukan asnaf yang layak," katanya.

Norizan, berkata LZNK membuka peluang kepada orang ramai untuk turut menyumbang melalui skim berkenaan sepanjang tahun.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.064484 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list