CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9630|Reply: 0

[Perlis] Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 3-4-2024 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis

03 April 2024 07:06pm




Gambar hiasan. Foto fail Bernama




PADANG BESAR -=- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini bertitah sudah tiba masanya negara ini menggunakan kecerdasan buatan (AI), dron dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) yang lebih canggih di lokasi strategik untuk kawalan sempadan negara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, langkah itu sebagaimana dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasakan penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.



"Untuk menangani ancaman dan jenayah rentas sempadan ini, satu dasar holistik perlu terus dibentuk khususnya antara kerajaan negeri dan Persekutuan, termasuklah keperluan menjalin kerjasama strategik dengan negara jiran, khususnya bagi kita di sini iaitu Thailand,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis penyampaian sumbangan kuih raya di Stesen Kawalan Sempadan (SKS) Wang Kelian dekat sini hari ini kepada pegawai dan anggota keselamatan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri di sempadan Malaysia-Thailand tahun ini.



Majlis penyampaian sumbangan kuih raya itu merupakan anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis.

Raja Muda Perlis juga berharap anggota keselamatan di sempadan sentiasa peka dan waspada terutamanya pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini dalam memastikan sempadan negara tidak dicemari kejadian penyeludupan barang dan manusia.

"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan dan komitmen terhadap tugas yang ditunjukkan oleh seluruh warga keselamatan, khususnya di sempadan Malaysia-Thailand ini.

"Sesungguhnya, bakti mereka ini adalah demi memastikan keamanan dan keharmonian yang dikecapi pada hari ini terus berkekalan. Insya-Allah,” titah baginda.


Dalam pada itu, baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meluluskan peruntukan tambahan RM14 juta bagi projek pembangunan semula Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian semasa lawatan Perdana Menteri ke negeri itu Isnin lepas.

"Projek ini pasti akan memberi impak positif kepada landskap pembangunan sempadan secara keseluruhannya terutamanya di Wang Kelian ini,” titah baginda. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 1.182916 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list