CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10430|Reply: 0

[Pulau Pinang] Waspada video konspirasi rosakkan imej agama, Nabi Muhammad

[Copy link]
Post time 4-4-2024 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Waspada video konspirasi rosakkan imej agama, Nabi Muhammad


Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 3, 2024 @ 8:22pm  bhnews@bharian.com.my




Antara video yang merosakkan imej agama serta Nabi Muhammad SAW, di Youtube, yang tular dan boleh diakses pelayar. - Foto tular




GEORGETOWN: Umat Islam diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap konspirasi oleh pihak yang ingin merosakkan imej agama serta Nabi Muhammad SAW di mata umum, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Ia susulan tular video yang dimuat naik di YouTube memaparkan pelbagai kisah Nabi Muhammad SAW termasuk penyusuan orang dewasa di luar konteks Islam.

"Umat Islam terutama di Malaysia diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan kisah seperti yang dimuat naik pihak tertentu di YouTube.

"Kita tidak tahu apakah niat dan tujuan pihak yang mengeluarkan filem atau lakonan itu namun penting bagi umat Islam untuk sentiasa berwaspada terhadap konspirasi pihak yang ingin merosakkan imej agama dan Nabi Muhammad SAW," katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, terdapat video seorang wanita menyusukan lelaki yang sudah cukup umur baligh dengan tujuan supaya sabit atau berlaku hubungan nasab serta hukum pengharaman nikah antara ibu dan anak susuan.

Berdasarkan hukum Islam, jika seorang perempuan menyusukan kanak-kanak maka terjalin hubungan antara kedua mereka seperti ibu dan anak kandung.

"Bagaimanapun, perlu diketahui bahawa pandangan majoriti ulama, penyusuan seorang wanita kepada lelaki yang sudah melepasi usia kanak-kanak tidak memberi apa-apa kesan di sudut pengharaman perkahwinan seperti pengharaman melalui nasab.

"Ada antara ulama juga yang menafikan kejadian Siti Aisyah menyusukan Salim, bekas hamba Abu Hanifah ketika Salim sudah baligh atau meningkat remaja," katanya lagi.

Namun begitu, Wan Salim berkata, jika diandaikan peristiwa itu memang berlaku maka menurut ulama ia adalah satu kes khusus yang tidak harus digeneralisasikan.

"Selain itu, penyusuan berkenaan menerusi perahan ke dalam bijana dan Salim meminumnya seperti meminum air biasa.

"Malah ada yang mengatakan bahawa hukum keharusannya sudah dimansuhkan, lantaran itu kita dapati kejadian sedemikian tidak berlaku secara berleluasa dalam kalangan sahabat Nabi Muhammad SAW," katanya.

Sementara itu, pemeriksaan di YouTube mendapati kandungan video mengenai penyusuan itu sudah disekat dan dimaklumkan bahawa tidak boleh ditonton pelayar di negara ini.

Bagaimanapun terdapat video lain seumpamanya yang masih boleh diakses di halaman YouTube itu.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.205536 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list