CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9288|Reply: 1

[Kedah] Bumbung 20 rumah penduduk rosak akibat ribut

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Bumbung 20 rumah penduduk rosak akibat ribut


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Bumbung rumah penduduk di Taman Nusantara yang mengalami kerosakan akibat ribut. FOTO IHSAN BOMBA




Yan: Kira-kira 20 buah rumah di Taman Nusantara, dekat sini, mengalami kerosakan pada bumbung akibat ribut, malam tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira lima hari lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Norhamidi Ali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.39 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Yan tiba di lokasi tidak lama kemudian untuk membantu penduduk di kawasan terjejas.

"Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan angin kencang hingga menyebabkan bumbung sebahagian rumah penduduk terjejas.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, setakat ini," katanya ketika dihubungi hari ini.



Disiarkan pada: April 5, 2024 @ 7:50am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 01:02 AM | Show all posts
Semoga penduduk di situ tabah dalam menghadapi dugaan di bulan ramadan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.512575 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list