CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9346|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bazar Sendu

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Bazar Sendu


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



SUASANA Bazar Raya Komtar yang suram apabila kurang pengunjung untuk membeli-belah pakaian raya walaupun Aidilfitri hanya berbaki beberapa hari sahaja. Foto Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Hanya kedengaran lagu raya sahaja, tetapi tiada pengunjung.

Begitu suasana Bazar Raya Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang tidak ubah seperti premis jualan pakaian harian.

Bazar yang cukup dikenali dalam kalangan penduduk tempatan itu dilihat suram apabila kurang pengunjung untuk membeli-belah pakaian raya walaupun Aidilfitri hanya berbaki beberapa hari sahaja.

Peniaga, Marziah Md Hashim, 44, berkata sehingga 20 Ramadan lalu, dia hanya berjaya menjual sebanyak 300 pasang pakaian raya berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, walaupun gerainya menjual pakaian raya pada harga rendah, ia masih tidak mampu menarik pengunjung bagi membelinya.

"Sepanjang 20 tahun, ia adalah pertama kali kami hadapi situasi 'sendu' ini, malah terpaksa menanggung kerugian.

"Jika dahulu, hari ketiga Ramadan sahaja, kami sudah mampu jual 300 pasang pakaian raya, tetapi kini sehari hendak jual sepasang pun susah.

"Sebagai peniaga, sudah tentu saya berharap ada individu yang akan berbelanja pada saat akhir. Jika tidak kami terpaksa menanggung kerugian teruk kali ini," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Peniaga lain Hamidah Mat, 57, berkata dia menggaji seramai empat pekerja pada awal Ramadan lalu namun terpaksa memberhentikan dua daripada mereka bagi mengurangkan kos, tambahan pula gerainya tidak sibuk.

Katanya, dia juga terpaksa membayar sewa sebanyak RM8,180 bagi tiga lot gerainya kepada penganjur.

"Saya percaya kuasa membeli kurang akibat keadaan ekonomi semasa selain musim perayaan yang dekat dengan sesi pembukaan penggal persekolahan.

"Bukan juga kerana persaingan pembelian dalam talian, tetapi mungkin ramai yang berjimat cermat pada masa ini," katanya.

Katanya, sejak awal Ramadan lalu, dia pernah mencatatkan jualan hanya sepasang sehari walaupun harga sudah dikurangkan, tetapi ia masih tidak terjual.

"Saya mohon budi bicara penganjur bazar bagi melanjutkan waktu perniagaan sekurang-kurangnya beberapa hari selepas Aidilfitri supaya dapat 'balik modal'.

"Biasanya awal Ramadan pun kami sudah tidak menang tangan melayan pelanggan, tetapi kini suasananya amat berbeza, malah terpaksa tanggung kerugian berganda," katanya.

Sementara itu, pengunjung Diana Mohd Nor, 29, berkata dia dan suami sudah membeli pakaian raya secara dalam talian sejak sebulan lalu. "Cuma baju anak saya sahaja belum dibeli kerana perlu ukuran yang tepat dan didapati harga ditawarkan, di sini, tidak begitu mahal.

"Saya juga tidak menyangka bazar ini kurang dikunjungi mungkin berikutan tempias ekonomi dan secara tidak langsung, sudah hilang suasana persiapan menjelang Aidilfitri," katanya.



Disiarkan pada: April 5, 2024 @ 2:34pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 12:52 AM | Show all posts
orang dah mula beli online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.060910 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list