CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14326|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing

[Copy link]
Post time 5-4-2024 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Polis kesan lelaki pukul pemandu e-hailing

05 April 2024 09:12pm








Gambar hiasan




GEORGE TOWN - Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang bertindak memukul pemandu e-hailing sehingga menyebabkan mangsa cedera dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Datuk Keramat di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa berusia 30-an tersebut mendapat tempahan untuk mengambil suspek yang juga pelanggan e-hailing bersama dua lagi wanita.



"Sebaik tiba di lokasi, suspek membuka pintu belakang kereta Perodua Ativa dipandu mangsa sebelum lelaki itu terbau alkohol sangat kuat dan seperti enggan masuk ke dalam kenderaan.

"Pemandu e-hailing itu memberitahu akan membatalkan tempahan sekiranya lelaki tersebut masih enggan menaiki kenderaan sebelum tiba-tiba suspek bertindak memukul mangsa berkali-kali dan mengoyakkan bajunya," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.



Beliau berkata, bagi mempertahankan diri, pemandu e-hailing itu bertindak menyembur serbuk lada ke arah suspek sebelum terus membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan pada bahu, leher, dada dan sakit di bahagian muka serta polis kini giat mengesan suspek dipercayai berusia 30-an dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049461 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list