CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2488|Reply: 0

[Selangor] Lemang Bagus kekal harga sejak 13 tahun lalu

[Copy link]
Post time 6-4-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Hydier (dua dari kiri) bersama beberapa petugas memasak lemang di gerai Lemang Bagus,Kampung Salak. FOTO Samadi Ahmad

Sepang: Biarpun sudah 13 tahun mengusahakan jualan Lemang Bagus (Belia Gugusan Salak), kumpulan belia Kampung Salak dekat sini masih mengekalkan harga pada sambutan hari raya tahun ini.

Ketuanya, Muhammad Hydier Hamid, 45, berkata ia bertujuan menyahut seruan dan inisiatif Jualan Rahmah diperkenalkan kerajaan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan makanan pada harga rendah terutama pada sambutan Aidilfitri ini.

Menurutnya, harga yang ditawarkan bermula RM12 hingga RM22 tanpa mengurangkan saiz dan pada tahun ini menyasarkan 32,000 lemang dijual berbanding 28,000 tahun lalu.

Katanya, selain itu pihaknya masih meneruskan inisiatif menyumbang sebahagian daripada keuntungan jualan ke dalam tabung kebajikan yang diwujudkan bagi membantu golongan memerlukan serta kurang berkemampuan di kampung berkenaan.


"Setakat ini kami sudah menyalurkan kira-kira RM400,000 sumbangan bagi membeli katil hospital, kain kapan, kereta jenazah, bakul makanan, kerusi roda dan pada kali ini bercadang membeli sebuah jentera pengorek kaut bagi kegunaan menggali lubang kubur, "katanya ketika ditemui.

Hydier berkata, jualan lemang bermula Khamis lalu sehingga pagi hari raya dan tahun ini seramai 70 belia menyertai program itu membabitkan tugasan penyediaan buluh, mengisi pulut, memasak dan jualan yang bermula 9 pagi sehingga lewat malam.

Katanya, petugas terdiri daripada belia kampung yang bekerja tetap serta lepasan sekolah yang dibayar secara harian bagi menambah pendapatan ketika musim perayaan.

"Sejak beberapa tahun lalu program ini diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Salak (KARIB), "katanya.

Selain jualan lemang gerai ini turut memasarkan kuih raya, rendang dan ketupat yang dihasilkan penduduk kampung bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan mereka.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sejak-13-tahun-lalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.854087 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list