CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2515|Reply: 0

[Kelantan] Asap tebal sukarkan bomba padam kebakaran tapak pelupusan sampah

[Copy link]
Post time 6-4-2024 11:21 AM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba berdepan cabaran asap tebal ketika memadamkan kebakaran api di kawasan pelupusan sampah di Kampung Kok Bedullah di Tumpat. - Foto ihsan bomba

TUMPAT: Operasi memadamkan kebakaran di kawasan pelupusan sampah di Kampung Kok Bedullah di sini, diteruskan hari ini dengan pihak bomba berdepan cabaran besar akibat asap terlalu tebal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Mohd Zamri Omar berkata keadaan asap tebal sedikit sebanyak membataskan pergerakan anggota untuk penugasan.

Mengulas lanjut, katanya, kebakaran kawasan pelupusan sampah seluas 1.2 hektar itu bermula semalam dipercayai akibat cuaca panas melampau.

"Dalam operasi semalam 10 pegawai dan anggota berjaya mengawal kebakaran membabitkan separuh daripada keluasan keseluruhan.


"Untuk hari ini 12 anggota terbabit operasi sama dan kita dapati api sedikit merebak ke kawasan sekitar, namun dapat dikawal," katanya.

Mohd Zamri berkata, pihaknya menjangkakan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dalam masa beberapa hari lagi.

"Kami akan berbincang dengan pihak syarikat pelupusan serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk langkah seterusnya," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ak-pelupusan-sampah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.079641 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list