CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7445|Reply: 0

[Kedah] Dua lelaki ditahan disyaki bakar mercun di tempat terbuka

[Copy link]
Post time 9-4-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Dua lelaki ditahan disyaki bakar mercun di tempat terbuka

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

09 April 2024 05:09pm








Tangkap layar video menunjukkan orang ramai menyelamatkan diri akibat terkejut dengan insiden pembakaran bunga api dan mercun secara besar-besaran di Dataran Zero Kilometer pada Selasa. Foto media sosial




SUNGAI PETANI - Dua lelaki ditahan berhubung insiden membakar mercun di tempat terbuka sehingga membahayakan nyawa orang awam dalam kejadian di Dataran Zero Kilometer dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dua lelaki terbabit berusia 24 dan 27 tahun merupakan individu yang disyaki bermain dan pemilik mercun.



Menurutnya, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima di Balai Sungai Petani pada jam 12 tengah hari Selasa berhubung kejadian letupan bunga api dan mercun sehingga menimbulkan situasi cemas.

"Hasil siasatan awal mendapati, lokasi kejadian berlaku di atas jalan raya di Dataran Zero Kilometer berhampiran bazar Aidilfitri.



"Berdasarkan laporan. pengadu telah menerima maklumat melalui aplikasi WhatsApp dalam bentuk video berdurasi 43 saat berhubung letupan mercun dan bunga api di tempat kejadian, " katanya.

Jelas beliau, siasatan awal yang dijalankan mendapati letupan berpunca daripada pembakaran satu unit mercun jenis 'happy bom firework' di mana semasa letupan berlaku mercun tersebut telah terbalik dan tersasar ke arah lambakan mercun lain.

"Kejadian menyebabkan suasana nampak cemas dengan letupan dan dentuman mercun serta bunga api dalam kuantiti yang banyak.

"Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani turut dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengesahkan tiada kebakaran berlaku," ujarnya.




Pemeriksaan turut mendapati, tiada sebarang kecederaan dialami orang awam di sekitar lokasi tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957.

Sebelum itu, satu video tular di media sosial memaparkan kejadian letupan bunga api dan mercun sehingga menimbulkan situasi cemas dalam kalangan pengunjung yang bertempiaran lari menyelamatkan diri.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065599 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list