CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8461|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong

  [Copy link]
Post time 11-4-2024 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong


BERNAMA



Pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Stesen Bukit Bendera di Air Itam sempena cuti umum Aidilfitri di sini hari ini. FOTO BERNAMA



George Town: Cuti umum sempena Aidilfitri dimanfaatkan oleh orang ramai untuk mengunjungi lokasi pelancongan popular sekitar Pulau Pinang.

Tinjauan Bernama mendapati pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Pulau Mutiara hingga menyebabkan beberapa lokasi tumpuan menjadi sesak sejak awal pagi tadi.

Turut didapati berlaku pertambahan bilangan kenderaan seperti yang dilaporkan polis dengan lebih 2.4 juta kenderaan memasuki negeri ini sepanjang Aidilfitri terutamanya di Jambatan Pulau Pinang dan jalan-jalan utama negeri.

Pelancong dilihat berkunjung ke lokasi tumpuan antaranya Jeti Chew yang juga dikenali sebagai Tan Jetty iaitu perkampungan kecil nelayan yang dibina atas air, Batu Ferringhi, Bukit Bendera, Armenian Street dan Kuil Kek Lok Si.

Seorang pengunjung Tan Su Lin, 26, dari Selangor berkata dia menggunakan cuti raya lebih seminggu untuk berkunjung ke negeri ini bersama keluarga meskipun sedar akan berhadapan kesesakan.

"Jika takut dengan kesesakan lalu lintas atau ramai orang, tidak boleh bercuti. Saya 'tersangkut' dalam kesesakan lebih satu jam hanya untuk lima kilometer," kata pekerja swasta itu ketika ditemui Bernama di Jeti Chew di sini hari ini.

Bagi pelancong dari Republik Czech, Marek Alois, 32, dia memilih Pulau Pinang sebagai destinasi utama dalam lawatan ke negara-negara Asia tahun ini kerana terpegun dengan keindahan pulau dan beberapa lokasi serta bangunan warisan.

"Saya suka tempat ini namun saya tidak mengetahui bahawa hari ini ada perayaan, jadi keadaan terlalu sesak. Saya terkejut orang di sini suka menghabiskan masa di luar biarpun dalam keadaan cuaca panas ini," katanya.

Sementara itu, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk melawat Bukit Bendera, antara puncak tertinggi di negeri ini yang diterokai oleh British pada 1700-an dengan menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma.

Bagi mengelak kesesakan mencari tempat letak kereta, pelawat dilihat menaiki bas percuma yang beroperasi bermula 9 pagi hingga 9 malam di Stesen 9 di hentian bas Jalan Ria Komtar ke Stesen Bawah Bukit Bendera.

Selain itu, The TOP Penang yang mempunyai tema dalaman terbesar di Pulau Pinang dan Karpal Singh Drive turut menerima kunjungan orang ramai sejak semalam.



Disiarkan pada: April 11, 2024 @ 5:19pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.052934 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list