CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28222|Reply: 0

[Kelantan] Penunggang motosikal maut digilis kereta

[Copy link]
Post time 11-4-2024 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Penunggang motosikal maut digilis kereta

OlehASWANY OMAR

11 April 2024 11:16pm








Mangsa maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berdekatan Kedai Bahulu Kampung Danan, Selising, Pasir Puteh. Foto PDRM




KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berdekatan Kedai Bahulu Kampung Danan, Selising, Pasir Puteh.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis, mangsa berusia 23 tahun dikatakan menunggang motosikal menghala ke Kota Bharu dari Pasir Puteh.



Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa telah memotong beberapa kenderaan dari sebelah kanan kerana aliran trafik bergerak perlahan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti dalam perjalanan ke arah Kota Bharu yang terperangkap dalam kesesakan membelok sedikit keluar ke kanan jalan.



"Situasi itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kanan hadapan kenderaan tersebut," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Beliau memberitahu, akibat rempuhan itu mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum digilis sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 32 tahun.

"Mangsa cedera parah di bahagian badan dan disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Zaizul Rizal berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh membuat laporan di balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor T Henry Dass di talian 016-5072413.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055781 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list