CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28841|Reply: 37

[Tempatan] PMX dihidang ubi kayu kukus di rumah terbuka Speaker Johari yang cadangkan kita makan ubi kayu.Anda nak coba?

[Copy link]
Post time 12-4-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 12-4-2024 12:17 AM

SHAH ALAM – Hidangan ubi kayu kukus bersama kelapa parut antara juadah yang disediakan di majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul di kediaman rasminya di Kuala Lumpur pada Khamis.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan isteri, Dr Wan Azizah juga dihidangkan dengan beberapa menu lain seperti lemang, rendang, mi rebus, mi goreng, aneka kuih-muih serta cendol.

“Usai ziarah di Hospital Kuala Lumpur (HKL), saya dan Azizah terus ke kediaman rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagi memenuhi undangan rumah terbuka beliau dan isteri.

“Saya juga sempat bersalaman dan bertegur sapa dengan tetamu yang hadir sambil dijamu pelbagai juadah menarik termasuk ubi kayu kukus dan kelapa parut.

“Gunakan peluang sempena Aidilfitri ini untuk mengunjungi sanak saudara serta teman-teman,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pada 6 April lalu, Johari dilapor mencadangkan supaya orang ramai menjadikan ubi kayu sebagai sumber alternatif untuk karbohidrat.

Beliau berkata demikian susulan kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) dalam negara yang mengalami isu dan masih dalam proses penyelesaian.

“Kalau beras menjadi isu, apa tujuan beras kita makan. Tujuan untuk mendapatkan karbohidrat. Saya merasakan ada tak alternatif lain sementara kita nak selesaikan isu beras.

“Contoh saya pernah berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen Sarawak. Sarawak tanam ubi kayu yang digunakan sebagai makanan tambahan, sebab ubi kayu ini khasiatnya hebat dibandingkan dengan gula yang ada dalam beras, ubi kayu jauh lebih rendah,” ujarnya.

Menurut Johari, meneroka sumber makanan tempatan alternatif boleh menjadi satu cara untuk mengurangkan pergantungan kepada import.

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2024 09:00 AM | Show all posts
Jangan lupa nanti bikin campaign untuk memperkenalkan ubi kayu menjadai makanan pokok bangsa melayu mahawangsa dan bangsa  Bani Tamim ke seluruh Alam Semesta Melayu ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ringgit ubi kayu dia beli tu.

Ubi kayu lagi mahal dari beras sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 10:12 AM | Show all posts
Bgs lah yg saran kn tu cekik dulu ubi kayu
Ko jgn beli beras pulak ya
Beli je ubi kayu byk2 ganti kn beras

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 10:49 AM | Show all posts
aku ada banyak tanam kat kebun, every time balik dari kebun mesti bawak balik.
Macam macam boleh buat selain dari rebus/kukus/goreng
1. Bengkang
2. Tapai
3. Lepat
4. Kerepek
5. Bako
6. Pengat
7. Kueh Cakar ayam

Pucuk ubi selain dari rebus buat ulam, boleh juga campur dgn ayam buat rendang atau masak lemak.

dari kecik lagi aku dah biasa makan ubi kayu, alhamdulillah tak ada penyakit 3 serangkai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sedappp cicah gula apong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2024 05:52 PM | Show all posts
Sedap untuk bernostalgia tapi untuk jadi makanan ruji agak susah kot. Muak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2024 07:27 PM | Show all posts
Rindu zaman jepun la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
makan ubi kayu cicah kuah lobster ke tu???
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 12-4-2024 02:49 AM
aku ada banyak tanam kat kebun, every time balik dari kebun mesti bawak balik.
Macam macam boleh bu ...

Kat Ndon ada kuih, itninya dibuat guna tapai ubi pehtu apit dengan cream crackers pehtu kukus/bakar. Jadik la kuih lapis cream cracker tapai ubi. Cam sedap ja kalau tengok pembikinan tapi tak pernah makan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 08:19 PM | Show all posts
suruh dia buat ubi kayu kuah kari banjir tsunami taruh telur sotong, bendi, kepala ikan.

Nak sangat ganti beras kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah alang2 ko yg bg cadangan awat menu tu patutnya 100% berasaskn ubi kayu la..then cer hari2 ko hidangkn ubi kayu utk family ko.
Baru la bolh jadi contoh terbaik utk rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 12-4-2024 10:49 AM
aku ada banyak tanam kat kebun, every time balik dari kebun mesti bawak balik.
Macam macam boleh bu ...

Aku x blh makan ubi kayu ni...berangin  satu badan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bongokkkk...ko ingat takat ubi kayu je ke untuk jimat duit...elokla ko mkn ubi kayu hari2..jgn makan nasik lepas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidang ubi kayu je jangan hidang mee, nasi ,.. segala galanya base ubi kayu baru lah mendokong saranan sendiri agituhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 12-4-2024 08:27 PM
Aku x blh makan ubi kayu ni...berangin  satu badan.

Aku pulak .ok jer makan ubi kayu..tapi bila disaran ganti beras yang jadi hangin satu badan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 08:35 PM | Show all posts
noor2 replied at 12-4-2024 08:31 PM
Bongokkkk...ko ingat takat ubi kayu je ke untuk jimat duit...elokla ko mkn ubi kayu hari2..jgn makan ...

selain beras n ubi..

apa makanan yg bole bagi kenyang tp jimat duit?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 08:39 PM | Show all posts
ubi kayu

Merupakan sejenis makanan utama bagi orang Sabah.

Menggantikan nasi.

Berasaskan sepenuhnya daripada Ubi Kayu yang diparut halus

ada jual kat tepi2 jalan di lahad datu terutamanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 12-4-2024 10:07 AM
Berapa ringgit ubi kayu dia beli tu.

Ubi kayu lagi mahal dari beras sekarang ni.

Ari tu tgk harga ubi kayu rm4-5 per kg. Harga beras pun lebih kurg kan or murah sikit dari ubi?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.074413 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list