CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9717|Reply: 0

[Kelantan] Pilu raya ketiga, dua rumah hangus terbakar

[Copy link]
Post time 14-4-2024 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Rosniza (kiri) bersama kakaknya, Rosnani melihat kediaman mereka yang hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Baung pada Jumaat lalu. - Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi

KOTA BHARU: Kegembiraan dua keluarga menyambut Aidilfitri bertukar pilu apabila kediaman masing-masing musnah dalam kebakaran kelmarin.

Kediaman Rosniza Yusoff, 45, serta kakaknya, Rosnani, 49, yang tinggal bersebelahan hangus terbakar jam 12 tengah hari menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang dan kini menumpang di rumah ahli keluarga di kampung sama.

Menurut Rosniza yang juga ibu tunggal, ketika kejadian dia sedang tidur di bilik sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kecil dan pada ketika itu menyangkakan kanak-kanak sedang bermain mercun di luar rumahnya

"Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian, kakak saya (Rosnani) yang tinggal bersebelahan rumah menjerit selepas melihat api marak di bahagian bumbung dari sebuah bilik tidur di tingkat atas rumah saya.


"Saya kemudiannya bergegas ke bilik yang sedang terbakar itu, namun ketika cuba membuka pintu bilik, api sudah marak sehingga menyambar lengan kiri dan melecur.

"Dalam kejadian itu juga, anak saudara saya, Muhd Harith Hakimi, 13, turut mengalami kecederaan apabila tapak tangan sebelah kiri dan pergelangan tangan kanannya melecur ketika cuba masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang," katanya ketika ditemui di Kampung Baung.

Katanya, menyedari api sedang marak dan dalam kekalutan dia menjerit meminta semua ahli keluarga yang berada di dalam rumah keluar menyelamatkan diri masing-masing.

"Ketika kejadian, saya hanya sempat mengambil dokumen penting, namun semua pakaian dan peralatan persekolahan anak bongsu, Atiq Fitri Zulkifli, 16, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa hangus terbakar.

"Anak kedua, Nurul Adlin Asyiqin, 20, yang sepatutnya mendaftar masuk semester baharu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang semalam terpaksa ditangguhkan," katanya sebak.

Rosniza berkata, rumah pusaka yang berusia 40 tahun yang didudukinya sejak kecil lagi kini hanya tinggal kenangan.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dan bersyukur dapat menyelamatkan diri walaupun saya dan anak saudara mengalami kecederaan.

"Saya menganggarkan kerugian ditanggung akibat kebakaran ini sebanyak RM250,000 termasuklah kediaman kakak saya yang turut musnah terbakar," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit.

Katanya, mereka bersyukur ramai membantu memberikan bantuan dan sokongan termasuk barangan keperluan asas dan wang ringgit daripada agensi kerajaan, wakil rakyat, pihak masjid dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi meringankan beban ditanggung.
https://www.bharian.com.my/berit ... mah-hangus-terbakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.149603 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list