CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2966|Reply: 0

Mohd Alwi Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang baharu

[Copy link]
Post time 15-4-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode

HAMZAH menyaksikan penyerahan tugas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang antara Mohamad Usuf (kiri) kepada Mohd Alwi di IPK Pulau Pinang hari ini. FOTO BERNAMA

Georgetown: Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu hari ini.

Mohd Alwi, 56, menggantikan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Majlis Serah Terima Tugas itu berlangsung di Dewan Mutiara di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, di sini disaksikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad.

Mohd Alwi yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata tiga perkara utama akan dijadikan teras dalam melaksanakan tugas baharu tersebut iaitu dari segi pencegahan jenayah yang perlu ditingkatkan, penyelesaian kes dan pematuhan.

"Saya juga akan meneruskan dasar yang telah ditetapkan pucuk pimpinan di Bukit Aman, selain terus laksanakan apa yang telah dibuat di Kontinjen Pulau Pinang dan bekerjasama dengan Ketua Polis Pulau Pinang," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pulau-pinang-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.048593 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list