CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17457|Reply: 18

Rumah ditembak, amaran keras buat Salman Khan

[Copy link]
Post time 15-4-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode

SALMAN Khan dan bapanya, Salim Khan menganggap insiden tembakan dilakukan musuh untuk menakut-nakutkan mereka.

MUMBAI – Sekali lagi pelakon Bollywood, Salman Khan berdepan ancaman bunuh daripada ketua gengster, Lawrence Bishnoi yang bertahun-tahun mengugut mahu menghapuskannya.

Dalam kejadian pukul 5 pagi semalam, dua lelaki menaiki motosikal melepaskan lima das tembakan ke arah kediaman aktor terbabit di Bandra, Mumbai.

Ketika itu, Salman, 59, dan ibu bapanya dikatakan sedang tidur, manakala tembakan yang dilepaskan pula lebih kepada amaran.

Hasil siasatan awal mendapati dua tembakan dilepaskan ke dinding balkoni, dua lagi pada bahagian langsir dan tembakan terakhir ke udara.

Deputi Komisioner Polis Mumbai, Raj Tilak Roushan berkata, insiden pada awal pagi itu dilaporkan pengawal keselamatan, selain tiada kemalangan jiwa.

    “Siasatan masih dijalankan dan pihak kami mendapati dua suspek yang menggunakan motosikal curi itu melepaskan tembakan sebanyak tiga pusingan.

“Motosikal tersebut ditinggalkan suspek di Gereja Mount Mary, Mumbai,” katanya dalam kenyataan media.

Polis Mumbai juga mengedarkan gambar serta video dua lelaki memakai topi dan beg sandang yang dipercayai terbabit dalam insiden menggemparkan itu kepada umum.

Seorang daripadanya dikenali sebagai Vishal iaitu ahli kumpulan kongsi gelap diketuai Lawrence Bishnoi yang sebelum ini sering mengugut mahu membunuh Salman.

Selepas video dua suspek itu tersebar, adik bongsu Lawrence mengesahkan mereka yang merancang tembakan tersebut.

Pihak terbabit mahu menunjukkan walaupun ketua mereka masih meringkuk dalam penjara, bila-bila masa saja arahan menamatkan riwayat aktor terbabit boleh dilaksanakan.

Pada masa sama, bapa Salman yang juga penulis skrip, Salim Khan dilihat melakukan aktiviti harian termasuk mengambil angin pagi di luar kediaman mereka tanpa ditemani pengawal peribadi.

Menerusi wawancara dengan wakil sebuah stesen televisyen, dia menganggap tembakan tersebut sekadar mahu menakutkan mereka.

    “Saya tenang-tenang sahaja. Mereka cuma mahukan perhatian,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, gerakan menjejaki dua suspek giat dijalankan ketika lebih 15 penyiasat melakukan pemeriksaan terperinci di lokasi tembakan.

Unit kediaman di Galaxy Apartment itu turut menjadi tumpuan ramai termasuk ahli politik yang datang untuk melihat tempat kejadian.

Dua tahun lalu, bintang filem Tiger 3 itu nyaris menjadi mangsa tembakan kumpulan sama ketika keluar dari kediamannya dengan menaiki motosikal.

Seorang lelaki mengacukan senjata kepadanya namun pegawai polis yang berada di tempat kejadian dapat memberkas penjenayah berkenaan.

Difahamkan beberapa hari sebelum insiden iaitu pada 10 Jun 2022, bapa Salman yang sedang berjoging di kawasan berhampiran kediaman mereka menerima sepucuk surat amaran.

“Seperti yang terjadi terhadap (pembunuhan) Sidhu Moose Wala”, itu antara isi kandungan surat terbabit yang berbaur amaran.

Cerita itu didedahkan kepada polis ketika melakukan siasatan kes pembunuhan rapper terkenal, Sidhu Moose Wala yang mati ditembak di rumahnya beberapa minggu sebelum itu.

Dendam Lawrence terhadap Salman bermula selepas aktor terbabit menembak antelop ketika memburu bersama beberapa rakannya di Rajasthan sekitar 2018.

Lawrence sangat menghormati antalep selain percaya itu adalah haiwan suci yang perlu dilindungi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... s-buat-salman-khan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 15-4-2024 05:11 PM | Show all posts

Rumah ditembak, amaran keras buat Salman Khan

Rumah ditembak, amaran keras buat Salman Khan

  • Oleh HANISAH SELAMAT
  • 15 April 2024, 4:00 pm

Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin

Post time 15-4-2024 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah macam dalam pilem hindustan jah plot dendam ancam bunuh sana sini. Tapi hero dalam kisah ni sapa, takkan salman pulak sebab dah kertu. Hero selalu muda remaja. Heroin pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahai dendam sebab menatang antelop tu je
Berdamai lah di hari raya yg molia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 06:09 PM | Show all posts
takda apa nak risau pon kalau tembak menembak kat tanah keling ni. hero tamil takkan kalahh....!!!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 06:10 PM | Show all posts
pakai pisang pon tak gentar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2024 06:12 PM | Show all posts
kalau dlm drama keling. dah kena tembak kat tengah kepala pon tak mati tau, sempat lagi pas kena tembak makan nasi, otw nak pi hospital sempat lagi nak joget2 sambil singgah minum air kelapa, dah habis 1 lagu, peluru tak sampai lagi kat target. herlorkkkk jeee....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 06:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 15-4-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-4-2024 06:10 PM
pakai pisang pon tak gentar

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-4-2024 06:20 PM

Gila la. Peluru pun takut. Patah balik ke belakang member tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kan ahli mafia sana
Ape nak diherankan

Teringat dia joget kayu
Masa menari dengan Kareena
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-4-2024 06:20 PM

Sbb ni la iols tak tgk drama asia slatan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-4-2024 06:20 PM

Ini SPOOF lah
Aku rasa benda paling menyedihkan kalau org guna mana2 adegan dlm filem2 spoof utk justify dgn bangga kenapa xtengok citer gini2 sekian2
Banyak dah aku jumpa org2 bodow gini

SPOOF MEMANGLAH X LOGIK WOI
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 08:32 AM | Show all posts
ada sejarah ke antara salman dan ketua gengster ini?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa kenapa tu.. Harap salman sentiasa di lindungi.. Pindah lah tempat lainm risau lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 09:25 PM | Show all posts

Rumah Salman Khan ditembak gangster

Edited by maklukpenggoda at 16-4-2024 11:49 PM

AHMEDABAD: Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan di rumah pelakon Bollywood, Salman Khan sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan dua ekor rusa pelakon berkenaan.

Geng Bishnoi, yang dituduh melakukan beberapa pembunuhan dan pemerasan, berasal dari mazhab agama di padang pasir yang menganggap spesies itu sebagai penjelmaan semula guru mereka.

Salman Khan, 58, telah berada dalam barisan silang kumpulan itu sejak 1998 kerana menembak dua ekor rusa dalam perjalanan rekreasi memburu.

Ketua kumpulan itu yang dipenjarakan Lawrence Bishnoi telah mengancam Salman dengan kes pembunuhan haiwan berkenaan sebelum ini.

Dua lelaki bermotosikal menembak ke arah pangsapuri di tingkat satu kediaman Salman pada awal pagi Ahad di kejiranan mewah Mumbai di Bandra dan turut melepaskan beberapa das tembakan ke udara sebelum melarikan diri.

Salman yang sentiasa dikawal oleh anggota polis bersenjata kerana dikhuatiri akan memberi ancaman kepada nyawanya berada di rumah ketika tembakan dilepaskan.
Menurut polis, kedua-dua lelaki berusia 24 dan 21 tahun itu ditahan hari ini di negeri barat Gujarat.

"Kami dapat mengesan kedua-dua tertuduh berhampiran sebuah kuil," kata pegawai polis daerah Kutch, Mahendra Bagaria.

"Salah satu pasukan kami sampai ke kuil dan menangkap tertuduh," katanya.

Anggota komuniti Bishnoi meneruskan kes jenayah terhadap Salman kerana menembak rusa selama 20 tahun.

Salman kemudiannya dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh mahkamah India kerana melanggar Akta Perlindungan Hidupan Liar pada 2018.

Tetapi hukuman itu digantung atas rayuan hanya beberapa hari selepas Salman dihantar ke penjara, menyebabkan Lawrence Bishnoi memberi amaran tidak lama kemudian bahawa kumpulannya akan mengambil undang-undang ke tangan mereka sendiri.

Ketua kumpulan itu telah dituduh mendalangi beberapa pembunuhan termasuk pembunuhan penyanyi rap popular India Sidhu Moose Wala pada 2022.

Salman telah membintangi hampir 150 filem dan rancangan televisyen sejak penampilan pertamanya pada 1980-an, dan kekal sebagai salah seorang bintang Bollywood yang paling popular.

Bagaimanapun, kehidupan peribadinya telah lama dilanda kontroversi.

Pada 2002 Salman juga didakwa telah melanggar lima orang yang sedang tidur di kaki lima di kawasan kejiranan mewah Mumbai yang mengakibatkan seorang daripadanya terbunuh dalam kejadian langgar lari pada lewat malam.

Salman kemudiannya dibebaskan, namun pihak berkuasa mencabar pembebasannya pada 2016 dan kes itu masih diteruskan. - AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 16-4-2024 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana gambar rusanya?

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:12 AM | Show all posts
Gangster pun alim ya. Teringat satu kem pemerdagangan manusia. Dlm kurung/dera org , bina surau utk solat. Ekceli hal antelope ni dh setel ka. Gugel td kes thn 1998,  kena jail 5 thn , dpt bail , thn 2022 ada rayuan plak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.081923 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list