CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19692|Reply: 14

[Tempatan] Update:Sub kontraktor elektrik punca lewat .6 kali bertangguh,Agong mahu penjelasan kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar

  [Copy link]
Post time 15-4-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 16-4-2024 06:07 PM

KUALA LUMPUR – Kegagalan sub kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan kerja pendawaian elektrik pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing di Johor menjadi punca  kelewatan projek itu siap mengikut jangkaan sebelum ini.

Sehubungan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) kini dalam proses melantik sub kontraktor baharu melalui proses tender terbuka bagi meneruskan kerja-kerja tersebut.

“Ada masalah dengan sub kontraktor lantikan yang tidak dapat menjalankan kerja elektrik dan sebagainya. Maka terpaksa cari pengganti, kontraktor lantikan ini biasanya ada kepakaran dan keupayaan, tidak mudah untuk cari ganti, prosesnya perlu tender maka ambil masa kita dapat jaminan daripada JKR perkara ini diberi perhatian khusus harap dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan Lawatan Tapak Perumahan Projek SASaR Sungai Besi.

Menurut Mohamed Khaled projek berkenaan kini telah 98.4 peratus siap.

“Oleh kerana projek Kementerian Pertahanan tapi dikendalikan JKR dan saya percaya garis masa ditentukan pihak itu,  jika ada kelewatan kontraktor (yang berkenaan) dikenakan penalti,” katanya lagi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memerintahkan pihak bertanggungjawab yang membina kolam selam tempur di Kem Iskandar memberi penjelasan punca kelewatan pembinaan berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah, kolam itu sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022 namun sehingga kini ia masih dalam pembinaan.

Difahamkan, papan tanda projek tersebut turut dirobohkan.

Sebagai rekod, sebelum ini majlis pecah tanah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim yang pada ketika itu adalah Sultan Johor.

Kolam selam tempur itu adalah satu kemudahan yang amat diperlukan oleh anggota 21 Grup Gerak Khas (GGK) bagi meningkatkan kecekapan individu dan kumpulan khususnya dalam menangani ancaman dari domain maritim.- MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.



Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah, kolam tersebut yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, sehingga kini masih dalam pembinaan.

“Malah, semalam saya dimaklumkan lanjutan masa sebanyak enam kali telah dimohon oleh pihak berkenaan. Pada hari ini, saya mendapati papan tanda projek di tapak pembinaan pula dirobohkan.

“Mengapa ia dirobohkan, saya mahu perkara ini diperjelaskan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan Jurutera Daerah Mersing,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office yang dikongsikan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sehubungan itu Yang di-Pertuan Agong menitahkan papan tanda berkenaan dipasang semula di tapak projek pembinaan.

Majlis pecah tanah kolam berkenaan disempurnakan Sultan Ibrahim pada Mei 2018.

Kolam selam tempur merupakan fasiliti yang amat diperlukan oleh anggota 21 GGK bagi meningkatkan kompetensi individu dan pasukan, khususnya dalam menangani ancaman dari domain maritim.

Fasiliti itu juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti mock up kapal, entry point bagi kemasukan melalui udara, serta banyak lagi kemudahan asas sokongan operasi. – Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 08:16 AM | Show all posts
apa nama kontraktor tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 09:18 AM | Show all posts
tak pandai buat kot,selalu buat rumah ni kena buat kolam utk latihan aska mana maunye,
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 09:28 AM | Show all posts
emmm...kerja jkr biasa la
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:19 PM | Show all posts
boleh tahu sebab kelewatan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:24 PM | Show all posts
Projek dah lama sakit dulu perati ja tunggu naik jadi agong the voice is louder.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2024 03:26 PM | Show all posts
Lazimnyalahhhh.... kalau projek gomen ni, kontraktor yang bermasalah.
Yang pening kepala, JKR.

Semoga JD Mersing dan Pengarah JKR Johor dipermudahkan urusan menghadap Agong.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:29 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 16-4-2024 03:26 PM
Lazimnyalahhhh.... kalau projek gomen ni, kontraktor yang bermasalah.
Yang pening kepala, JKR.

boleh la pohon tukar tempat. tapi news today katanya akan siap sepenuhnya pada Jun akan datang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps tu terbongkar la rahsia brp layer punya kontraktor. Kontraktor yg last sekali bajet cuma lps utk buat pondok guard je
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 03:45 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 16-4-2024 03:29 PM
boleh la pohon tukar tempat. tapi news today katanya akan siap sepenuhnya pada Jun akan datang

Lagi 2 bulan...?
Kalau tengok keadaan fizikal pada gambar tu, macam takkk jer.

Unless, JKR lantik:
a) rescue contractor yang sangat berdedikasi.
b) ada minom sirap ajaib utk buat kerja-kerja dengan kecepatan yang luar dari biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 04:02 PM | Show all posts
Tapi laa.... kalau dah 6 kali EOT tu andai dah termasuk rescue contractor, takleh kata apa la.
Kawan tu pun dapat makan tulang jer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa lapis sub laa agaknya ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:24 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 16-4-2024 04:02 PM
Tapi laa.... kalau dah 6 kali EOT tu andai dah termasuk rescue contractor, takleh kata apa la.
Kawan ...

engineer gomen ke bang
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:26 PM | Show all posts

Saya? No wayyy.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 05:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.071320 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list