CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5296|Reply: 0

[Pulau Pinang] Boikot berlebihan cermin sifat taksub, rosak agama dan akhlak - Mufti

[Copy link]
Post time 16-4-2024 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Boikot berlebihan cermin sifat taksub, rosak agama dan akhlak - Mufti


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



DATUK Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.




Georgetown: Tindakan boikot yang melampau tidak patut digalakkan kerana ia mencerminkan sifat taksub dan dengki sekali gus merosakkan agama serta akhlak, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Ia susulan satu hantaran yang menggambarkan pelanggan menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera diumpamakan seperti anjing dan khinzir.

Menurut Wan Salim, secara prinsipnya tindakan boikot mana-mana restoran, syarikat atau premis perniagaan yang didapati melakukan penghinaan terhadap agama Islam atau umatnya boleh dianggap wajar.

Bagaimanapun kata Wan Salim, ia perlu dilakukan sekadar diperlukan atau secara sederhana sebagai tanda protes.

"Islam tidak suka umatnya bersikap ekstrim dan taksub meskipun atas nama agama kerana sikap demikian lazimnya didorong kejahilan serta fikiran tertutup golongan yang tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang berbeza pandangan dan kepercayaan dengannya.

"Dalam dunia global masa kini, kehidupan bersama antara sesama warganegara yang berbeza etnik, agama dan budaya adalah realiti yang mesti diakui.

"Di sinilah persefahaman dan toleransi amat mustahak malah perlu disedari bahawa di dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kadangkala berlaku kejadian yang menggores atau menyinggung perasaan mana-mana pihak sama ada disengajakan atau tidak," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, umat Islam memerlukan kewarasan dan kebijaksanaan dalam mengurus kepelbagaian supaya tidak menambahkan lagi ketegangan yang boleh membawa kepada pergaduhan hingga merugikan semua pihak.

"Dilihat daripada perspektif Islam, kepelbagaian adalah lumrah dan ia adalah kehendak Allah SWT supaya manusia dapat berkenal serta saling memanfaatkan kelebihan yang wujud dalam setiap bangsa serta kabilah.

"Kelainan dan kepelbagaian menjadi faktor positif yang menguntungkan, bukan sebaliknya dijadikan sebab bagi saling membenci dan bermusuh-musuhan," katanya.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia diseru supaya sentiasa bekerjasama dalam memupuk dan menyuburkan perpaduan termasuk bertoleransi antara satu sama lain demi keamanan negara serta kesejahteraan semua.

"Jika berlaku kejadian yang tidak diingini atau tidak disenangi maka hendaklah ditangani dengan berhikmah dan bijaksana melalui rundingan, bukan dengan memberi reaksi yang melampau atau tidak rasional," katanya.



Disiarkan pada: April 16, 2024 @ 1:48pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.113335 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list