CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4749|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gerai Nasi Tomato Batu Lancang musnah terbakar

[Copy link]
Post time 16-4-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Georgetown: Gerai Nasi Tomato Batu Lancang yang popular sejak 35 tahun lalu adalah antara dua gerai yang musnah dalam kebakaran di Flat Taman Seri Damai, Jelutong, di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fairol Mahazi Malek berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.37 pagi.

"Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan dua unit gerai dalam kawasan flat berkenaan.

"Kebakaran membabitkan kemusnahan sehingga 70 peratus dan dua motosikal yang diparkir berhampiran turut terjejas," katanya ketika dihubungi hari ini.


Mengulas lanjut Fairol Mahazi berkata berikutan kejadian berlaku di kawasan perumahan, pihaknya berdepan dengan masalah trafik dan ruang parkir.

"Penugasan pemadaman api dan 'size up' mengambil masa kira-kira 20 minit bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

"Kejadian tidak membabitkan mangsa dan operasi tamat pada jam 11.47 pagi," katanya lagi.

Sementara itu pemilik gerai, Mohamad Tajularus Abdul Wahab, 41, berkata, dia dihubungi pekerjanya yang memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, ketika itu hanya terdapat dua pekerja di gerai yang memunggah barangan jualan sebelum menyedari kebakaran.

"Ketika kejadian, saya berada di rumah sebelum dihubungi pekerja dan api dikatakan merebak pantas, turut membakar gerai kosong di sebelah gerai saya.

"Gerai nasi tomato ini beroperasi pada waktu malam saja dan baru dibuka semula semalam selepas cuti Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Mengulas lanjut Mohamad Tajularus berkata, dia menganggarkan kerugian sehingga RM300,000 berikutan terdapat banyak perkakas dan peralatan yang baharu dibeli.

"Dipercayai kejadian berlaku akibat litar pintas dan saya belum ada perancangan lain kerana masih buntu.

"Biasanya pada waktu cuti perayaan begini, kami terima kunjungan pengunjung luar biasa dan semalam, kira-kira lebih 500 pelanggan menikmati hidangan di sini," katanya.

Hadir sama di lokasi bagi meninjau kejadian ialah Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Mohammad Farouk Abdul Rahman.

"Kita sudah melakukan tinjauan dan mengambil maklumat mengenai kejadian, jadi tindakan susulan akan diputuskan kemudian," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ang-musnah-terbakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.088149 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list