View: 7349|Reply: 16
|
[Tempatan]
Suspek kes tembak KLIA mungkin nak lari ke Mekah - Polis
[Copy link]
|
|
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Apr 16, 2024 12:05 PM
Polis tidak menolak kemungkinan suspek dalam kejadian tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa
KLIA (KLIA) - yang kini direman - merancang untuk melarikan diri ke Mekah melalui sempadan Kelantan-Thailand.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata selepas menjadi buruan pihak berkuasa ada kemungkinan Hafizul Hawari cuba meloloskan diri melalui sempadan berkenaan untuk bersembunyi di negara lain.
Bagaimanapun, katanya, polis belum dapat mengesahkan kaedah yang mahu digunakan lelaki terbabit bersama persediaan yang dibuatnya, termasuk sejumlah wang asing serta pasport.
“Memang dia kerap ke luar negara, (justeru) saya tak menyangkal kemungkinan itu (mahu menuju ke Mekah), tapi setakat ini ia masih lagi suatu kemungkinan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Hafizul, 38, diberkas pihak berkuasa di Kota Bharu semalam selepas menjadi buruan kerana melepaskan tembakan ke arah isterinya di KLIA pada awal pagi kelmarin.
Mohd Shuhaily (dua dari kiri) menunjukkan pelbagai barang yang dirampas polis daripada Hafizul di IPK Kelantan, hari ini, disaksikan Ketua Polis Kelantan, Zaki Harun (kiri).
Bagaimanapun tembakan tersebut terkena seorang daripada dua pengawal peribadi wanita berkenaan.
Mohd Shuhaily berkata tangkapan ke atas suspek berkenaan dibuat ketika dia mahu mengambil laporan ujian kesihatan di sebuah hospital swasta di Kota Bharu.
Katanya lelaki terbabit juga menginap di sebuah hotel berhampiran dengan hospital berkenaan.
Antara barangan suspek yang dirampas polis
Menurut Mohd Shuhaily selepas kejadian di KLIA itu suspek terus bergerak ke Kelantan menggunakan sebuah kereta jenis Honda Civic yang menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelak dia dikesan pihak berkuasa.
“Polis mendapat maklumat bahawa suspek menginap di sebuah hotel di Kota Bharu, dari situ intipan dibuat sehinggalah membawa kepada penahanan suspek di hadapan sebuah hospital swasta.
“Suspek ketika itu mahu mengambil laporan ujian kesihatan dari hospital berkenaan,” katanya.
Suspek bertindak sendiri
Susulan tangkapan itu Mohd Shuhaily berkata polis merampas sepucuk pistol jenis Glock-19 beserta lapan peluru hidup selain sekotak peluru dengan 24 butir peluru hidup serta enam telefon bimbit.
Tidak ketinggalan polis juga menemui dan merampas pasport milik suspek bersama sejumlah mercun bola, wang tunai dalam bentuk mata wang bhat Thailand dan riyal Arab Saudi, tiga kunci kereta, seutas jam tangan dan empat kad pengenalan milik orang lain.
Tambahnya berdasarkan siasatan awal juga, polis mendapati suspek seorang hafiz dan pernah belajar di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.
“Semasa soal siasat kami dapati suspek seorang hafiz, mahir dalam bidang agama dan al-Quran," katanya.
Ditanya mengenai motif serangan, Mohd Shuhaily berkata, polis percaya ia masih berkisar tentang isu peribadi di antara suspek dan isterinya.
"Buat masa ini tidak ada motif lain," katanya.
Kata Mohd Shuhaily, polis juga yakin suspek bergerak sendirian dan tidak mempunyai sebarang rangkaian atau perancangan dengan orang lain.
Sementara itu Mohd Shuhaily berkata suspek akan dibawa pulang ke Selangor untuk membolehkan polis menyelesaikan segala kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cuba membunuh.
“Polis juga akan panggil semula beberapa saksi untuk memperkemaskan lagi siasatan sebelum dibawa ke peringkat pendakwaan,” katanya lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga walaon penunggang agama burjaya ke tali gantung...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Fefeeling jihad? Lawak hari raya ka ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 16-4-2024 05:07 PM
rasa jantan ni bab duit je dia beria.dh nak serai kan, so habuan uwang dh tak mandang, n bini pun dh buat bisnes asing. sbb fb dia pun kemain cita2 nak jdi millionaire billionaire trillionaire gitu. siap kata nk kan 7 peguam utk handle kes dia.. delulu tahap doremon (mujur le anak beranak dia bjenis la juga, suruh dia serah diri kan, sian kt mak pak, oso kat brader bodigad tu. apelah dia ni) |
|
|
|
|
|
|
|
first time i dgr org jht nk lari p mekah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wowwww siap nak lari ke mekah lepas cubaan bunuh orang
Terpaling religion riding |
|
|
|
|
|
|
|
ternyata mastika suatu ketika dulu membongak
dulu nak ke mekah kan main ala2 taubat nasuha la masing2, ketor lutut yg ada peel hangsuang tu. skrg lepas tembak org sakan lari ke mekoh
sesia la jadi hafiz, bijak bab agama, sek pondok, ujung2 camni jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
slim fit la tuan
|
|
|
|
|
|
|
|
Silap kot
Sebenarnya nak lari ke serambi mekah yakni negeri kelanatan |
|
|
|
|
|
|
|
Suspek ketika itu mahu mengambil laporan ujian kesihatan dari hospital berkenaan,” katanya.
Ok dah dapat jawapan. Curios jugak iols kat tered satu lagi kenapa suspek buleh selamba pi hospital sampai buleh tertangkap di situ. Rupanya nak ambik medical report. Tapi kira tak berapa cekap jugak suspek ni. Kereta buleh teringat nak guna nom plat palsu. Tapi waktu nak check in hotel telupa nak menyamar ke camna, sampai ada orang awam barangkali yang perasan suspek, then maklumkan pada polis. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia memang familiar dgn mekah. I try tepek link x kalau menjadi ye.
— Nur Aimuni (@nuuraimuni) April 14, 2024 ">Loading Tweet... |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 16-4-2024 05:38 PM
slim fit la tuan
Tuan haily dari jauh nmpk mcm orang muda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tentu heols menginap kat hotel perdana pastu check up kat kpj perdana tu. Berapa langkah je dengan ipk tu. Dia ingat staf hospital dan hotel tak kenal dialah kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 16-4-2024 10:55 PM
Tuan haily dari jauh nmpk mcm orang muda.
Dalam Group Telegram Edisi Siasat panggil dia Si Sohai |
|
|
|
|
|
|
|
uittt
dia sendiri pegi kelantan hadap mamat ni
perghhh
mesti dlm flight tu berbakul kena basuh
igt yg die bg ucapan kt event polis tu
cer bygkan tanpa press
dgn suspek je pulak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
koh koh koh
tu yg sebenarnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|