CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9482|Reply: 0

[Kedah] TDM akan ambil tindakan jika kontraktor masih gagal hantar Black Hawk

[Copy link]
Post time 16-4-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode
TDM akan ambil tindakan jika kontraktor masih gagal hantar Black Hawk

16 April 2024 08:06pm




Muhammad Hafizuddeain ketika bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Markas Taktikal Kem Gubir hari ini. - Foto: Bernama




SIK - Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mengambil tindakan susulan sekiranya kontraktor yang dilantik masih gagal membuat penghantaran pertama helikopter Black Hawk selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, sehingga kini TDM masih belum menerima sebarang perkhabaran berkaitan perolehan aset helikopter pengangkut sederhana itu walaupun sebelum ini kontraktor telah berjanji untuk membuat penghantaran pertama bulan ini.


"Kita amat-amat berharap mereka dapat mengotakan janji kerana seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini tempoh penghantaran pun sudah terlewat, sepatutnya kita menerima pesawat pertama pada November tahun lepas.
"Sekarang, dah lebih lima bulan, masih tiada apa berita. Jadi, kita masih beri peluang hingga hujung bulan April, sekiranya masih tiada apa-apa perkhabaran, kita akan ambil tindakan susulan melalui Kementerian Pertahanan selaku pengurus kontrak,” katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota dan pegawai operasi di Kem Gubir di sini hari ini.

Menurut Muhammad Hafizuddeain pihaknya amat berharap agar kontraktor berkenaan dapat membuat penghantaran peringkat pertama melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat itu pada bulan ini.

"Kita amat memerlukan keupayaan ‘medium lift’ ini untuk melaksanakan operasi seperti di sini (Kem Gubir) dan di kawasan pedalaman.

"Jadi nanti perancangan kita untuk meletakkan beberapa (pesawat) di sini (Semenanjung) dan beberapa di Sabah dan Sarawak untuk kita beri bantuan juga untuk operasi di sebelah sana,” katanya.




Dalam pada itu, Muhammad Hafizuddeain berkata pesawat-pesawat berkenaan juga akan digunakan oleh pasukan 10 Briged Para bagi latihan penerjunan.

"Setakat ini, TDM banyak bergantung pada Tentera Udara Diraja Malaysia bagi urusan pengangkutan operasi dan logistik,” katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059419 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list