CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7057|Reply: 43

Kematian Zulfarhan: Rayuan hukuman penjara 18 tahun didengar 14 Mei ini

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:35 PM | Show all posts |Read mode






PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan tiga hari bermula Mei ini bagi pendengaran rayuan pendakwaan terhadap hukuman penjara 18 tahun enam penuntut bekas Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.


Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili salah seorang penuntut selaku responden berkata tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran itu ialah 14, 15 dan 16 Mei ini.


“Pada hari sama, mahkamah juga akan mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima daripada enam bekas penuntut UPNM itu serta 12 rakannya kerana mencederakan Zulfarhan Osman,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pengurusan kes.


Terdahulu semasa pada prosiding, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan selaku perayu untuk memfailkan petisyen rayuan di luar tempoh masa.


Ia selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar memaklumkan tiada bantahan daripada pihak responden terhadap permohonan tersebut.


Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin.


Kesemua 18 bekas penuntut UPNM yang kini berusia 28 tahun itu hadir pada prosiding hari ini.


Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti UPNM kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan.


Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.


Ia apabila Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan hukuman mereka adalah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan selepas melihat kepada pertimbangan pelbagai aspek termasuk semua pihak terjejas terutama kesan dialami keluarga mangsa.


Selain hukuman penjara 18 tahun, lima penuntut itu kecuali Mohamad Shobirin turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun mengikut Seksyen 330 kerana mencederakan Zulfarhan yang mana hukuman berkuat kuasa serentak.


Sebelum ini keenam-enamnya menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Sementara itu 12 lagi rakan mereka yang didapati bersalah mencederakan Zulfarhan yang didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.


Mereka ialah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan.


Namun Mahkamah Tinggi membenarkan penggantungan penjara hanya kepada 12 penuntut di bawah Seksyen 330 dengan jaminan denda RM7,000 dikekalkan.


Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.


Dalam kejadian menyayat hati itu, Zulfarhan kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuuudiiaaa punya laaaamaaaa kes ni tak selesai lg.. laaaambaaat beetoiiii nak jatuh hukuman.. so apa status org kena tuduh tu sebelum jatuh hukuman boleh hidup mcm org biasa ka? Kerja kawin semua boleh ka? Xdak pemantauan dari polis?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 17-4-2024 03:35 PM
Tuuudiiaaa punya laaaamaaaa kes ni tak selesai lg.. laaaambaaat beetoiiii nak jatuh hukuman.. so apa ...

Dah jatuh hukum dah oiii
Ni depa nak rayu bagi kurang hukuman penjara tu

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 04:21 PM | Show all posts
Buat salah masa umur 21.. sekarang dah 28.. macamtu je masa berlalu. Tak tau lah apa yg ada dalam kepala depa sepanjang 7 tahun tu.. ada sorang tu tak silap dah shortlisted nak sambung ke west point… by now patut dah habis dan dah start berkhidmat jadi Kapten dah kot.. atau leftenan. Kalu masuk west point most likely akan jadi panglima satu hari namti..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:14 PM | Show all posts
dok la dlm jel tu 18thn, cepat2 korang nak pergi mana? nak buat apa? satu Malaysia tahu kejahatan korang. habiskanlah hukuman tuh... at least makpak ko masih bole lawat, masih bole makan kuih raya sama2. family zulfarhan? dpt pergi kubur je la. takkan dpt jumpa lagi, tak dpt peluk cium buat selama2nya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
18thn ni dah siap tolak public holidays n weekend kan? Or belum? 18thn x lama dekkk…uollls masa depan pun sipi2 dah…duduk jelah dlm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 17-4-2024 03:47 PM
Dah jatuh hukum dah oiii
Ni depa nak rayu bagi kurang hukuman penjara tu

Ooh hukuman penjara start nov21..baru berapa tahun jaa laa dok dlm tuu..kiranya tak sempat graduation la kn diorang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:07 PM | Show all posts
Aku harap depa bebas nanti pun dicemuh society 24 jam. Baru ada akai. Jgn ada majikan bodo amik buat pekerja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekejap nya dah 7 tahun berlalu.kes ni antara yg famous satu ketika dulu tempat acik2 forum berkuntum
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 17-4-2024 07:42 PM
18thn ni dah siap tolak public holidays n weekend kan? Or belum? 18thn x lama dekkk…uollls masa dep ...

Lobang juboq pun dah lohong apa agaknya dok dalam tu...

Ada ka pompuan yang berkenan sanggup menikah dengan diorang ni ye lepas bebas nanti? Lol. Keje konpom2 tak baguih mana... habiskan harta mak bapak je lepas tu nanti... itupun kot2 ada lagi lah harta yg tinggal after bayar loyar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk jela dlm tu nak gak merayu, bertaubat la semua.
Pembuli tak berhak diberi peluang kedua elok mati kena rodok ngn wan jusoh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
So kiranya yg lagi 12 org tu dah keluar penjara la kan. 3 tahun je tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 17-4-2024 08:04 PM
Ooh hukuman penjara start nov21..baru berapa tahun jaa laa dok dlm tuu..kiranya tak sempat graduat ...

Semua kena buang dah tu
Habuannnnn

Parents dorang salahkan family arwah
Katanya masa depan anak2 deme musnah sebab kes ni
Adoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 17-4-2024 08:38 PM
Lobang juboq pun dah lohong apa agaknya dok dalam tu...

Ada ka pompuan yang berkenan sanggup meni ...

Adaaaaaaa

Masa bicara dulu
Beria GF memasing membekap kat X
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 18-4-2024 03:29 AM
Semua kena buang dah tu
Habuannnnn


Patutla budak2 pembunuh tu perangai babi dan  syaitan..sebab mewarisi perangai babi dan syaitan mak2 pak2 mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
biar mereput sana 18 thn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 07:43 AM | Show all posts
bila mana parents tertuduh semuanya ada cable kuat, bagaimana ketelusan perbicaraan ini?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 08:15 AM | Show all posts
lawyer dorg tu jgk la yg bela najib
tgk terer kan
18 tahun je
ni siap nk diskaun lg
belum lg tolak cuti pejadah lg
hujung2 x smpi 10 tahun pun dlm tu


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 08:17 AM | Show all posts
Namun Mahkamah Tinggi membenarkan penggantungan penjara hanya kepada 12 penuntut di bawah Seksyen 330 dengan jaminan denda RM7,000 dikekalkan.


ape maksudnya ni uols
1. kena bayar 7k tanpa penjara ke
2. atau sementara dipenjarakan utk diskaun tu, dorg kena bayar 7k spy dorg blh duk rumah? until court putuskan?

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 08:20 AM | Show all posts
she replied at 18-4-2024 03:29 AM
Semua kena buang dah tu
Habuannnnn

patutnya dorg pun kena dakwa
sbb bodoh x reti didik anak

dh besor jadi pembunuh

and yes!...dorg tu semua parents kepada pembunuh!!!
mark this

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.101968 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list