CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5377|Reply: 8

[Jenayah] Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tangki pam tandas masjid

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tangki pam tandas masjid
17 April 2024 12:48pm

Muhammad menunjukkan lokasi penemuan mayat bayi di dalam tangki pam tandas wanita di Masjid Kampung Pasir Simpul, Hulu Terengganu.

KUALA BERANG - Mayat seorang bayi lelaki ditemukan di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul, di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pasir Simpul, Muhammad Mustaffa berkata, mayat ditemukan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang merupakan petugas kebersihan masjid itu pada 7 malam ketika sedang mencuci tandas.

Selepas mencuci tandas, dia mengepam tandas dan ketika itu keluar cecair seakan darah yang berwarna merah pekat berserta dengan bau amat busuk.

"Lelaki berkenaan yang menyangkakan pam tandas tersumbat terus mencungkil tangki pam tandas itu dengan kayu dan kemudian terkeluar tangan bayi yang telah mereput,” katanya ketika ditemui pemberita di masjid berkenaan di sini hari ini.

Muhammad berkata, petugas kebersihan terbabit yang terkejut dengan penemuan mayat bayi itu segera menghubunginya sebelum beliau bergegas ke masjid dan menghubungi pihak polis.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pasir Simpul, Muhammad Mustaffa, menunjukkan tangki pam tempat penemuan bayi yang dibuang. NSTP/Nazdy Harun

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin ketika dihubungi mengesahkan penemuan terbabit dan memaklumkan bayi cukup sifat itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum dijumpai.

"Suspek terlibat masih dikesan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya. - Bernama



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ahriman at 17-4-2024 02:38 PM

Mak iols pernah berpesan dekat anak cucu,kalau termengandung jangn la korng gugurkan.sbb dia pon pernah ada anak dia(kakak iols) mengandung anak tk sah taraf.budak tu 21 years old dh tahun ni.iols kalau diuji mcm ni pon mintak2 la boleh berfikir secara rasional.

Btw,Semalam iols dengar lagu spice girl ada lirik ginih."Be a little bit wiser baby
Put it on, put it on".
Adik2 yng birah pakai la comdom masa berjimak drpd korng buang baby merata.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumpahang ikang asdang masih wujud pada... 2024!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 03:23 PM | Show all posts
Ahriman replied at 17-4-2024 02:11 PM
Mak iols pernah berpesan dekat anak cucu,kalau termengandung jangn la korng gugurkan.sbb dia pon per ...

ayo after 20yrs bru aku tau maksod lirik put it on tuh.. mai gadd
Be a little bit wiser baby
Put it on, put it on".

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 03:26 PM | Show all posts
two become oneeeeeeessssss hihihihhi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah nape dibuang gitu
But tulah apa nasib budak tu kalau sebaliknya
Kalau dekat jkm senang ke nak diadopt
Tengok video kat amerika ada mak budak baru lepas bersalin masuk kedai makan
This lady dia nampak so dia mintak nak pegang baby tu
Mak budak tu blah gitu jer
Depa panggil 911 la kot pastu baby tu masuk foster care kena adopt la
Komen2 kat post tu takde hina mak baby tu langsung
Semua happy baby tu kena adopt
Kalau kat sini idoklerr yg kena mcm2 tu mak baby tu lah
No suprise lah mak2 sanggup buang gitu je baby
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
moga pelaku nya dpt ditangkap
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga pelaku jd pancake atas jalan.
Idop pn xbwk manafaat kt agama bangsa otopon negara.
Sila meninggal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 09:29 PM | Show all posts
Dalam konteks kehidupan moden sekarang konsep anak haram membawa lebih banyak mudarat. Ummah melayu islam di persimpangan. Hidup mahu bebas mengongkek macam di barat pada masa yang sama struggling untuk mempertahankan standard moraliti macam nenek moyang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065431 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list