CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16216|Reply: 180

‘Syamsul Yusof tak balik raya, saya tidak ambil hati pun’

  [Copy link]
Post time 17-4-2024 05:05 PM | Show all posts |Read mode






Penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam tidak terasa hati meskipun anak lelakinya yang juga pengarah, Syamsul Yusof masih tidak pulang ke rumahnya pada hari raya tahun ini.


Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam berkata, isterinya, Datin Patimah Ismail juga sudah boleh menerima realiti tersebut.


“Seperti yang anda semua tahu, Syamsul tak balik beraya dengan kami pada tahun ini.


“Namun tidak mengapa, kami tak ambil hati pun dan kami dah boleh terima benda ini. Semua ini adalah qada’ dan qadar,” katanya.


Dalam masa sama, dia sentiasa percaya bahawa kasih sayang Syamsul terhadap mereka masih kuat meskipun sudah lama tidak pulang ke kediaman keluarga mereka sejak beberapa tahun lalu.


“Saya percaya dia seorang anak, kasih sayang dia pada ibu dan ayah dia tetap utuh.


“Biasalah budak muda merajuk tetapi kami memang tak ambil hati,” jelasnya.


Mengulas hubungan baiknya dengan keluarga Puteri Sarah, Yusof berkata keakraban itu akan kekal selama-lamanya.


“Sehingga ke hari ini, hubungan kami okey sahaja macam biasa dan ada masa kami akan keluar makan bersama.


“Tak ada satu jurang pun antara kami walaupun Syamsul dan Puteri Sarah sudah berpisah.


“Bagi saya, kami dah ada cucu dan itulah yang mengeratkan lagi hubungan kami,” jelasnya.


Dia dan isteri juga menerima dengan berlapang dada sekiranya Puteri Sarah memilih untuk berkahwin lain kerana berhak memiliki kebahagiaan sendiri.


“Bagi saya itu jodoh dia. Kalau Syamsul pun ada jodoh dia, Sarah juga ada jodohnya juga.


“Kami reda dan kita bukanlah nak buang Sarah kalau dia kahwin lain, tidak. Dia pun masih boleh beraya bersama kami,” tuturnya.


Sarah sebelum ini disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof pada 13 Jun tahun lalu.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul dan Sumayyah.


  



Sumber - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 05:06 PM | Show all posts
ape masalah dia ekk....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm iklan Raya pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:11 PM | Show all posts
...“Biasalah budak muda merajuk tetapi kami memang tak ambil hati,” jelasnya....
budak mudoooo apoooooo..... dah berpangkas jembbut dahh dah dua pompuan dia tuuuytoooyh dhh atokk...



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:11 PM | Show all posts
gamak ya tak balik beraya bersma ibubapa...
kita ni walau jem 30jam sekali pun sanggup balik raya..
by hook by crook kena beraya....
semoga ko mendapat hidayah la soul
igtla...redha mak pak tu penting utk kita masuk syurga
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:18 PM | Show all posts
prince_marhaen: budak mudoooo apoooooo..... dah berpangkas jembbut dahh dah dua pompuan dia tuuuytoooyh dhh atokk...


berpangkas jembut tu apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab erat silaturahmi ni..Doa byk byk jgn putus plus kne usaha lebih ambil hati..mudah mudahan lembut hati dia..keluarga lain pun kena ambil peranan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:25 PM | Show all posts
suatu hari nanti, akan ada rasa menyesal dan kosong yang teruk sgt...sebab taknak beraya dgn mak ayah sendiri.. bertaubatlah sol..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
iols masih kepoh nak tau status dia ngan faghioh.takde acik acik mahkamah nak spill ke  
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 17-4-2024 05:11 PM
budak mudoooo apoooooo..... dah berpangkas jembbut dahh dah dua pompuan dia tuuuytoooyh dhh atokk... ...

Bulu bawah pun dh beruban agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kikilalapooh replied at 17-4-2024 05:25 PM
suatu hari nanti, akan ada rasa menyesal dan kosong yang teruk sgt...sebab taknak beraya dgn mak aya ...

Jadi Sewell mcm diba aa
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 17-4-2024 05:11 PM
budak mudoooo apoooooo..... dah berpangkas jembbut dahh dah dua pompuan dia tuuuytoooyh dhh atokk... ...

chuolssss yakin ke 2 jer chuolssss?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bawaku_terbang replied at 17-4-2024 05:30 PM
iols masih kepoh nak tau status dia ngan faghioh.takde acik acik mahkamah nak spill ke

xkan ade khen kalo btul cerai pun sbb kawen pun x register sini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
camtu lar mak pak yg syg kan anak2...sntiasa maafkan anak2 n xnak sakit hati sbb anak...sbb x nak anak tu dpt balasan...so doa baik2 jah utk anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ni dah kenapa syamsul….gara2 perempuan tu ko sanggup buat mcm ni kat ibu bapa ko…mcm dah kena mandrem dia ni dgn c birah tu
Kesian tengok datuk & datin yg menunggu anaknya pulang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
terpaling anak derhaka
dah2 la bang...kau bawak je la bini kalau masih lagi berbini la jumpa mak ayah...takpun kau pergi la sorang2 bang tak jatuh pun ego kau yg melanggit tu bang...dr notelo nnt kau ada telo balik...dah2 la bang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
blk la sol oiii kang bila dah takde nyesal tak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Samsul ni ish la brp kalinla dah lukakan hati parents dia...rasanya cakap kalau nak baljk kena terima menantu baru tuu, baru dia balik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:20 PM | Show all posts
dia malas kot nak balik
selagi sarah tak kawen baru
sebab dparti suka tb moment2 sarah masih isteri dia

so the ball is in dparti court lar
nak anak blk, hapuskan terus memori sarah kat ig
baru lar samdol dgn rela hati blk rumah agam
pelik ekk, sarah takda influence apa2 kat samdol tu
pujuk lar dia blk jumpa mak bpk dia tu
i mean takkan samdol takda any soft spot left for sarah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala nk keluar OG nti dia balik la jejak kasih dgn mak pak dia. Sol masih memerlukan validation dr netizen

Korang tgu la nti

Masa mat kilau sarah masih belum all out kan. Sol terselamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 36072 Replies : 479
Sanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumbang
mojarean_XSanusi jangka ada tokoh besar PH-BN tumb
Views : 6297 Replies : 29
Apakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda Di Forum Ini?
KILL_NANCYApakah Idea Di Sebalik Nama Samaran Anda
Views : 109981 Replies : 484
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 86362 Replies : 630
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 9866 Replies : 85
Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar
mojarean_XPakcik berkopiah hidap sakit jantung men
Views : 5912 Replies : 61
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 21362 Replies : 118
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 55813 Replies : 2785
Bina Kondo budaya kito:Kawasan sekitar pusat takungan banjir Bohol telah ditanda untuk pembinaan Kondominium dan perumahan Madani?.Netizen bimbang banjir besar bakal berlaku
YgBenarBina Kondo budaya kito:Kawasan sekitar p
Views : 6863 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.092949 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list