CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8289|Reply: 0

[Kedah] Mayat lelaki ditemui terapung dalam longkang

[Copy link]
Post time 18-4-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis dan bomba di lokasi penemuan mayat lelaki terapung di dalam longkang berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Satu mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti ditemui dalam keadaan terapung di dalam sebuah longkang berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, di sini hari ini.

Mayat tersebut didapati lengkap berpakaian iaitu baju T warna coklat dan seluar panjang berwarna hitam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan untuk membantu polis mengangkat mayat itu pada pukul 11.51 pagi tadi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, satu mayat lelaki berusia lingkungan 40-an didapati terapung dalam longkang berair.

“Anggota bertindak mengangkat mayat mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis,” katanya, di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ung-dalam-longkang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053239 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list