Edited by maklukpenggoda at 19-4-2024 08:08 AM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyita telefon bimbit milik tiga pengguna akaun media sosial berhubung siasatan penyebaran kandungan palsu di media sosial.
MCMC dalam kenyataan berkata, pihaknya merakam percakapan tiga pemilik akaun media sosial iaitu Badrul Hisham Shaharin, juga dikenali sebagai Chegubard, penulis blog Salim Iskandar, manakala rakaman percakapan bagi Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo dilakukan di tempat berasingan.
"Badrul Hisham dan Salim telah diambil keterangan mereka di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya, manakala rakaman percakapan bagi Muhammad Azri dilakukan di Balai Polis Setapak.
"Kes di siasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, penyebaran kandungan tidak benar dengan niat mengganggu pihak lain melanggar peruntukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
"Pegawai penyiasat telah menyita telefon bimbit milik ketiga-tiga individu terbabit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan," katanya.
BH
|