View: 13215|Reply: 28
|
Wanita bawa mayat pergi bank buat pinjaman ditahan polis
[Copy link]
|
|
BRASILIA – Seorang wanita di Brazil ditahan kerana membawa mayat seorang lelaki ke kaunter sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman menggunakan nama si mati, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Pada kelmarin, Erika de Souza Vieira Nunes, 42, tiba di sebuah bank di kota raya Rio de Janeiro bagi ‘membantu’ Paulo Roberto Braga, 68, mendapatkan pinjaman bank berjumlah 17,000 real (RM15,512).
Erika mendakwa bahawa lelaki berkerusi roda itu ialah bapa saudaranya dan dia penjaga utama warga emas tersebut.
Ketika mahu menandatangani beberapa dokumen pengesahan, Erika dilihat memegang tangan Paulo dan bertanya beberapa soalan yang tidak dijawab oleh lelaki itu.
Keadaan itu menimbulkan rasa curiga pegawai bank, dengan salah seorang kakitangan merakam situasi tersebut.
“Mungkin dia tidak sihat,” kata pegawai bank berkenaan.
“Pak cik saya sihat sahaja, dia cuma sedikit pendiam,” jawab Erika sebelum kakitangan bank menghubungi perkhidmatan kecemasan dan polis.
Anggota paramedik kemudian mengesahkan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia beberapa jam sebelumnya, manakala Erika ditahan dan didakwa kerana cuba menipu.
Peguam Erika semalam memberitahu pemberita bahawa Paulo masih hidup ketika dia dibawa ke bank dan dia hanya meninggal dunia ketika proses kelulusan pinjaman berlaku.
Bagaimanapun, polis menegaskan bahawa Erika sedar bahawa Paulo sudah tidak bernyawa ketika dia dibawa ke bank dan wanita itu berniat mahu menipu. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru 2-3 jam kan mati before kena angkut dengan perempuan ni ke bank. Sebab tu body si mati belum stiff lagi.
Padan muka sheols. |
|
|
|
|
|
|
|
macam ni punya peel pon ada |
|
|
|
|
|
|
|
Punyalah kreatif nak menipu.. |
|
|
|
|
|
|
|
traumanya kalau jd pegawai bank tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mna x nya x trauma, brurusan dgn dh yg xde lagi kat dunia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau masih hidup pun, boleh lulus ke loan tu.
atau kat sana mmg senang nak lulus loan, tak tgk peminjam mampu byr ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
Kejinya perangai.
Mintak2 anak ko buat mcm ni pulak bila engkau tua. |
|
|
|
|
|
|
|
tulah, ngeri siot. dgn kepala pakcik tu terteleng2 dah dia tolak.
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg berani mati la kau makcik oiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
giler ah. mmg keras hati makcik nih, boleh buat camtu tanpa rasa seram apatah lg bersalah |
|
|
|
|
|
|
|
tegar keras minah ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
terdesak sungguh la dia ye |
|
|
|
|
|
|
|
dh mcm ventriloquist dgn puppet dah dibuatnya
hanat betul laaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Weiii, tak sangka wei ada manusia smp boleh fikir mcm ni. Punya lah berani engkau, mokcik hoiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat dadah sheols ambek sampai boleh terfikir nk buat camni |
|
|
|
|
|
|
|
Tahap advance dia punya berani ek. X berani aku nk play video |
|
|
|
|
|
|
|
berani mati selamba bawa mayat gi bank nk amik duit...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|