CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8534|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penunggang motosikal jatuh jejambat meninggal dunia

[Copy link]
Post time 19-4-2024 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Penunggang motosikal jatuh jejambat meninggal dunia

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

19 April 2024 11:22am








Mangsa meninggal dunia selepas terjatuh dari jejambat di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas pada Khamis.




BAYAN LEPAS - Lelaki yang cedera di kepala selepas tercampak dari jejambat ketika menunggang motosikal di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini disahkan meninggal dunia pada malam Khamis.

Mangsa bertarung nyawa lebih lima jam sebelum meninggal dunia.



Jurucakap polis berkata, mangsa berusia 27 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.45 malam di Hospital Pulau Pinang ketika dirawat.

"Mangsa meninggal pada jam 9.45 malam tadi (Khamis)," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.



Dalam laporan sebelum ini, mangsa parah di kepala dalam kejadian pada jam 4.10 petang Khamis berhampiran Masjid Sungai Tiram.

Siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari Bayan Baru hendak pulang ke rumahnya di Bayan Lepas.

Apabila melalui jejambat di situ, motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu bergesel dengan penghadang jalan menyebabkan mangsa telah tercampak ke bawah jejambat.

Mangsa mempunyai lesen memandu manakala lesen kenderaan motor (LKM) juga masih sah tempoh.


Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050265 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list