CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12437|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah ditutup Selasa

[Copy link]
Post time 21-4-2024 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah ditutup Selasa


BERNAMA



Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah.




Batu Kawan: Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup dari KM12.5 sehingga KM18.5 bermula Selasa hingga Khamis ini bagi kerja-kerja pemeriksaan kabel.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memaklumkan penutupan itu bermula 9 pagi hingga 5 petang sepanjang tiga hari dan laluan kontra akan diaktifkan sepanjang penutupan kawasan berkenaan.

"Penutupan sementara itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemeriksaan kabel di rentang utama dan akan beroperasi seperti biasa selepas tamat pemeriksaan berkenaan," menurut hantaran di Facebooknya, hari ini.

Sehubungan itu, JKSB menasihati orang ramai supaya mematuhi semua papan tanda dan arahan yang diberikan serta pihaknya mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.



Disiarkan pada: April 21, 2024 @ 9:42am



[size=0.95]










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.095915 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list