CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12341|Reply: 5

[Tempatan] Ringgit mungkin diniaga sekitar RM4.78 sedolar AS minggu depan

[Copy link]
Post time 21-4-2024 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Ringgit mungkin diniaga sekitar RM4.78 sedolar AS minggu depan
Oleh BERNAMA - April 21, 2024 @ 9:42am


Ringgit dijangka kekal pada paras semasa minggu depan -NSTP/NUR IQBAL SYAKIR

KUALA LUMPUR: Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memandangkan situasi di Asia Barat akan terus dipantau pelabur, kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sebarang bentuk peningkatan ketegangan akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS.

"Justeru, ringgit dijangka kekal pada paras semasa minggu depan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pada masa sama pasaran akan meneliti pengukur inflasi pilihan Rizab Persekutuan AS (Fed) iaitu indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE).

"Nampaknya kenyataan teori mengenai pengurangan kadar faedah semakin hilang daya tarikannya kerana inflasi dijangka kekal tinggi sejajar dengan keadaan pasaran buruh yang stabil," katanya.

Sementara itu, penyelidikan oleh Kenanga Invesment Bank Bhd menjelaskan prospek pertumbuhan yang stabil dan sokongan berterusan pihak berkuasa mungkin membantu mengekalkan ringgit yang stabil.

Secara teknikal, USD/MYR dijangka berubah neutral kepada menurun minggu depan, dengan pasangan mata wang itu mungkin didagangkan hampir purata pergerakan eksponen (EMA) lima hari pada 4.78, tambahnya.

"Unit tempatan boleh mengukuh berbanding dolar AS jika sentimen risiko bertambah baik, dengan sokongan serta-merta pada 4.781," menurutnya.

Pada 15 April, Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan pihaknya bersedia untuk menggunakan instrumen yang ada bagi memastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur dan terus berfungsi secara cekap dalam keadaan ketegangan geopolitik yang berterusan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 minggu lalu.

Unit domestik didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama lain, disokong oleh lantunan teknikal selepas penyusutan tiga hari dan juga didorong oleh sentimen positif susulan unjuran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang lebih baik berbanding jangkaan.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 3.9 peratus pada suku pertama 2024 berdasarkan jangkaan awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 3.0 peratus pada suku keempat 2023, diterajui sektor perkhidmatan.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0947/0978 daripada 3.1098/1133 minggu lepas, dan naik berbanding pound British kepada 5.9533/9589 daripada 5.9562/9624.

Walau bagaimanapun, unit domestik susut berbanding euro kepada 5.0961/1009 daripada 5.0808/0861.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara Asean lain kecuali dolar Singapura.

Unit tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9668/9847 daripada 13.0831/13.1036 pada Jumaat minggu lepas dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.31 daripada 8.43/8.44.

Ringgit lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 293.9/294.4 daripada 300.8/301.3 pada Jumaat minggu lepas namun, rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5113/5149 daripada 3.5090/5129.

-BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2024 10:41 AM | Show all posts
so tajadi la five point o?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak 5 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya RM dh jd 2.50 = 1usd klau nuart jd piem, tu la sapa suh x pangkah nuart
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah madanoncow ijau PMX Malaysia Mahaldahni, Bapa Jamban Negara, Menteri Kewangan Terbalik Asia yang bercerakin lagi bermadani serta berketimbang lagi berwewenang serta bermenyederhana lagi berkebobrokan serta bertatakelola lagi bertiwikrama serta bermeluluk lagi berpenyasaran. Kita tidak pernah lagi mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti madanoncow ijau PMX Malaysia Mahaldahni, Bapa Jamban Negara, Menteri Kewangan Terbalik Asia yang bercerakin lagi bermadani serta berketimbang lagi berwewenang serta bermenyederhana lagi berkebobrokan serta bertatakelola lagi bertiwikrama serta bermeluluk lagi berpenyasaran sepertimana madanoncow ijau PMX Malaysia Mahaldahni, Bapa Jamban Negara, Menteri Kewangan Terbalik Asia yang bercerakin lagi bermadani serta berketimbang lagi berwewenang serta bermenyederhana lagi berkebobrokan serta bertatakelola lagi bertiwikrama serta bermeluluk lagi berpenyasaran itu.

Bersyukurlah kita semua kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang hebat seperti madanoncow ijau PMX Malaysia Mahaldahni, Bapa Jamban Negara, Menteri Kewangan Terbalik Asia yang bercerakin lagi bermadani serta berketimbang lagi berwewenang serta bermenyederhana lagi berkebobrokan serta bertatakelola lagi bertiwikrama serta bermeluluk lagi berpenyasaran yang telah mengilhamkan Ekonomi Madani bagi menggantikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu. Marilah kita berganding bahu bersama-sama together-gether saling bantu-membantu antara satu sama lain bagi menjayakan Ekonomi Madani yang telah diilhamkan oleh madanoncow ijau PMX Malaysia Mahaldahni, Bapa Jamban Negara, Menteri Kewangan Terbalik Asia yang bercerakin lagi bermadani serta berketimbang lagi berwewenang serta bermenyederhana lagi berkebobrokan serta bertatakelola lagi bertiwikrama serta bermeluluk lagi berpenyasaran sebagai ganti kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang telah diilhamkan oleh atokcow ijau itu, agar supaya Ekonomi Madani dapat dicapai di bawah pemerintahan kerajaan madanoncow ijau PMX Malaysia Mahaldahni, Bapa Jamban Negara, Menteri Kewangan Terbalik Asia yang bercerakin lagi bermadani serta berketimbang lagi berwewenang serta bermenyederhana lagi berkebobrokan serta bertatakelola lagi bertiwikrama serta bermeluluk lagi berpenyasaran ini.

(283 patah perkataan sahaja)

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji USD nak takut apa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057013 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list