CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9337|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Polis buru suspek lelaki tumbuk, pukul jururawat

[Copy link]
Post time 21-4-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Jururawat wanita lengkap beruniform ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, dipercayai dipukul. - Foto MEDIA SOSIAL

KUALA PILAH – Polis kini giat mengesan suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden jururawat ditemukan tertiarap di tepi jalan simpang tiga Dangi, dekat Johol, malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, hasil siasatan lanjut ke atas mangsa yang berusia 30-an mendapati mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Hutan Percha, Melaka menuju ke pekan Kuala Pilah.

Menurutnya, sebaik tiba di persimpangan Dangi, mangsa mengatakan telah dihimpit oleh sebuah kenderaan membuatkan mangsa terpaksa memberhentikan kenderaan.

“Suspek dikatakan telah membuka pintu kereta mangsa, menarik mangsa keluar dan kemudiannya menumbuk mangsa di bahagian muka beberapa kali. Mangsa turut menyatakan telah dipukul oleh objek tumpul di bahagian belakang kepala.

“Siasatan juga mendapati kejadian yang berlaku bukanlah kejadian rompak sebagaimana yang ditularkan memandangkan tiada barang-barang berharga milik mangsa yang hilang,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Syahrul Anuar lagi, pegawai perubatan mengesahkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu kanan dan di bahagian kepala.

Menurutnya, mangsa berada dalam keadaan stabil, tiada sebarang kesan kecederaan patah atau parah di mana-mana bahagian anggota badan.

“Polis kini mengesan suspek, manakala motif dan punca kejadian masih sedang dikenal pasti. Kes disiasat di bawah seksyen 324 kanun keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan, seorang jururawat wanita lengkap beruniform ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri tertiarap di tepi jalan.

Ujar Syahrul Anuar, dengan bantuan ambulans, mangsa yang dalam keadaan separuh sedar telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk pemeriksaan lanjut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... uk-pukul-jururawat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057874 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list