CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2701|Reply: 1

[Terengganu] Pengajar jururawat UniSZA, suami dituduh abai anak hingga mati

[Copy link]
Post time 21-4-2024 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Shafina Azlin (kiri) dan Azman didakwa mengabaikan anak perempuan sehingga mati di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pengajar jururawat Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersama suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak perempuan mereka berusia 14 tahun sehingga menyebabkan kematian pada November tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Shafina Azlin Shahidan, 46, dan Azman Awang, 47, mengangguk faham dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Berdasarkan pertuduhan, mereka tertuduh secara bersama mengabaikan Azreen Naguin yang ketika itu berusia 14 tahun hingga menyebabkan remaja perempuan tersebut meninggal dunia akibat pneumonia.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan kedua-kedua tertuduh antara pukul 9.30 malam hingga 10.45 malam, 2 November tahun lalu di Taman Alam Perdana, Binjai di sini.

Shafina Azlin dan Azman didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali.

Difahamkan, siasatan polis sewaktu menerima laporan kematian remaja perempuan berkenaan pada 2 November lalu mendapati kelahiran mangsa telah disembunyikan kedua-dua tertuduh sejak tahun 2009.

Kelahiran Azreen Naguin bukan sahaja tidak pernah didaftarkan, malah remaja itu tidak pernah mendapatkan suntikan imunisasi mahu mendapatkan rawatan di klinik dan hospital sepanjang hayatnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... i-anak-hingga-mati/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal sendu tirit (gaya bugis) ni? Nak tahu gak apa yg berlaku sbnrnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.218304 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list