CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16711|Reply: 59

[Jenayah] Berisiko Mati Mengejut, Makanan Raya Tinggi Kandungan Kalori!

  [Copy link]
Post time 22-4-2024 12:00 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan raya.

Sepanjang perayaan Aidilfitri, sudah tentu orang ramai akan sibuk mengunjungi rumah jiran tetangga atau kenalan rapat untuk majlis rumah terbuka.

Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, malah masyarakat juga berpeluang untuk menikmati juadah raya menarik seperti lemang, lontong, nasi impit, ketupat palas dan sebagainya.

Namun begitu, pengambilan makanan tersebut yang tidak terkawal boleh mengundang bahaya kepada kesihatan seseorang.

Risiko Mati Akibat Juadah Makanan Raya Yang Tinggi Kandungan Kalori

Seperti semua sedia maklum kebanyakan juadah raya terdiri dengan kandungan lemak, gula, garam serta kalori yang tinggi.

Menurut Pengurus Kanan Dietetik Pusat Perubatan Sunway Celeste Lau, pengambilan makanan tersebut secara berlebihan akan menyebabkan berat badan seseorang naik secara mendadak sekaligus berisiko menghidap penyakit lain.

Jelasnya, peningkatan berat badan seseorang itu tidak mustahil boleh mencecah sehingga tiga kilogram dalam masa sebulan sekiranya mereka terlibat dalam banyak majlis ‘open house’.

Hal ini disebabkan pengambilan makanan berat, minuman dan kudapan yang manis sebagai contoh biskut raya.



    Jadi, mereka akan terdedah kepada risiko diserang penyakit jantung atau mati mengejut jika terlebih makan dan minum, kurang rehat serta tidak cukup tidur. Walaupun risiko tersebut rendah atau jarang, namun ia mungkin akan berlaku.
    Celeste Lau.

Pesakit Penyakit Kronik Perlu Jaga Gaya Pemakanan

Berbicara lebih lanjut mengenai perkara tersebut, pakar ini menjelaskan bahawa individu yang menghidap penyakit kronik perlu mengawal pengambilan makanan serta menjaga gaya hidup sepanjang musim Aidilfitri.

Contoh penyakit kronik yang disebutkan adalah:

    Hipertensi.
    Diabetes.
    Kolestrol tinggi.
    Penyakit buah pinggang.

Apa Pula Yang Terjadi Kepada Individu Yang Tak Ada Penyakit Kronik?

Buat mereka yang tidak mempunyai sebarang penyakit kronik pula, risiko diserang masalah kesihatan boleh berlaku jika tidak mengawal pemakanan serta mendapat rehat yang cukup adalah peningkatan berat badan.

    Masalah lain yang sering dialami adalah gastrousus seperti perut kembung, sembelit, sakit kepala, keracunan makanan, demam panas atau jangkitan kuman. Setiap individu disaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat kerana membuat keputusan dan pilihan wajar mampu menjamin kesejahteraan serta kesihatan badan untuk jangka masa panjang.
    Celeste Lau.

Nasihat Pakar Kepada Orang Ramai

Bagi mencegah perkara tidak diingini berlaku, Celeste Lau menasihatkan orang ramai untuk mengehadkan pengambilan juadah yang mempunyai kandungan gula tinggi. Sebaliknya mengambil makanan yang segar serta perbanyakkan minum air kosong.

Anda juga boleh mengamalkan konsep suku-suku separuh atau Pinggan Sihat Malaysia diperkenalkan oleh kerajaan supaya makanan dinikmati adalah seimbang mengikut kuantiti sepatutnya.

“Selain mendisiplinkan diri untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat, kita juga boleh menggalakkan atau sediakan makanan serta minuman seimbang buat tetamu.

“Makan mengikut keperluan dan jangan terlalu ikut nafsu makan, sentiasa ingat bahawa seimbang, sederhana dan pelbagai adalah kunci utama kepada kesihatan,” tambahnya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2024 12:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2024 12:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2024 12:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 12:30 AM | Show all posts
alhamdulillah those food mmg saya tak suka dan tak makan...kuih raya pun saya tak suka dan tak buat kecuali lemon cheese cake, serta syukur sgt2 sbb ada satu dua jemputan sahaja sepanjang syawal.  dan saya jamu plain water dan moringa tea for tetamu di hari raya......done bragging....hehehe....selamat hari raya semua!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk jamu tetamu pun kene la concern brg masuk perut.

Kau guna organic ciken & organic grassfed beef mcm yg hari2 masak, susu kelapa, ganti susu lowfat. No lomang n kuih raya.
Biasa aku msk sekali tomyam, laksa or masakan kampung utk yg tak gemar juadah raya. Fruits n salad jgn lupa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2024 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
...if tinggi kalori pon.. takderr nya laa nak mati mengezut.. sekadar sakit pewot jerr.. ntah papaaa.macam org lain tak belajar jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mkn berpada2 la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
X habis2 pakai gambar lopak
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 08:09 AM | Show all posts
yelah..semua mkn raya xelok..xyah makan..xyah open hs..xyah semua..duk je dendiam raya PKP mcm dlu..abes cite..kecohhh laaah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
jiwasemangat replied at 22-4-2024 05:07 AM
...if tinggi kalori pon.. takderr nya laa nak mati mengezut.. sekadar sakit pewot jerr.. ntah papaaa ...

sabo jelah
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 08:52 AM | Show all posts
kita raikan raya dengan makanan yg mcm tu mmg la,makanan perayaan kita semua jenis mcm tu kan ,ok la makan sekali je bukan hari2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 22-4-2024 08:52 AM
kita raikan raya dengan makanan yg mcm tu mmg la,makanan perayaan kita semua jenis mcm tu kan ,ok la ...

Buleh kata setahun 2x dapat merasa ketupat lemang rendang daging kuih2 raya tu semua. Raya posa & raya haji. Kalau hari2 biasa memang tak rasa nak makan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:07 AM | Show all posts

itu lah byk betul gambar lopak...dah serupa bodgos dah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:15 AM | Show all posts
Edited by ctaz at 22-4-2024 09:17 AM

MCM LA ZAMAN DULU2 RAMAI BENO YG MATI LEPAS RAYA...SEBAB MAKAN JUADAH RAYA YG TINGGI KALORI......



PUIII

LAGI RAMAI MAMPOS SEBAB MAKAN FAST FOOD....LAGI AKU PERCAYA
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 09:16 AM | Show all posts
Momod x boleh buat ape2 ke pasal gmbr2 bodoh TT ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 10:54 AM | Show all posts
takut mati jgn pergi beraya, apa susah... duduk rumah melan.cap boleh panjang kan umur, cuma jgn keterlaluan, ada orang mati melan,cap  setelah melakukan nha 42 kali,

igt ye , 41 kali is the limit ( berdasarkan kepada record )

sumber

https://theboxhouston.com/858687 ... s-without-stopping/
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi family belah suami iols ada aje yang meninggal lepas raya. Tapi orang JDT kan beraya sakan. Macam eh baru jumpa hari tu, tetiba dapat tahu meninggal. Rasanya memang betul sebab makan. Sometimes orang tu dah ada darah tinggi pastu tak check, pastu ada pulak makan kambing bagai
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:14 AM | Show all posts
disiplin kena tinggi jika mahu jaga kesihatan diri
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2024 11:28 AM | Show all posts

Tak nak makan, jangan makan, ye tak?
Atau jamah sesuap untuk setiap jenis. Minum air suam, bawak botol air sendiri dlm bag kalau nak. Kalau kat rumah sendiri, masak je la sup sayur ke, buat salad ke, makan roti/beras yang GI rendah, steam ayam/ikan. Takyah kecoh pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.065522 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list