View: 10152|Reply: 28
|
[Tempatan]
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
[Copy link]
|
|
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
22 April 2024 12:18pm
Perodua Bezza (kiri), Perodua Myvi
KUALA LUMPUR - Meskipun sering kali viral kerana 'lagak samseng' segelintir pemandunya di jalan raya, Perodua Myvi tetap popular dalam kalangan rakyat Malaysia sejak pelancarannya pada 2005.
Daripada kelab peminat rasmi sehinggalah ke halaman media sosial khas, peminat Myvi telah mewujudkan komuniti tersendiri bagi meraikan dan berkongsi minat terhadap kereta kesayangan mereka itu.
Populariti Perodua Myvi terbukti apabila ia dinobatkan kereta paling laris di Malaysia selama lima tahun berturut-turut sejak 2018.
Namun, pada 2023, kedudukan ‘Raja Jalanan’ itu diambil alih pesaing yang tidak dijangka - Perodua Bezza.
Menurut data yang diterbitkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 56,735 unit Bezza telah didaftarkan pada tahun 2023.
Ini jauh mengatasi jumlah Myvi yang didaftarkan pada tahun sama, iaitu 45,014 unit.
Ramai mungkin tertanya: apa agaknya faktor yang mempengaruhi peralihan permintaan kepada Bezza?
Faktor yang mungkin mem'bezza'kan
Ada tiga faktor yang mungkin mempengaruhi keputusan pengguna: harga, penggunaan minyak dan kapasiti bagasi.
Dari segi harga, Bezza menang. Keempat-empat model Bezza lebih murah jika dibandingkan dengan kesemua lima model Myvi. Ini menjadikannya pilihan yang mesra dompet bagi pemandu.
Harga Bezza (tanpa insurans) antara RM35,580 hingga RM49,980, manakala harga Myvi bermula dari RM46,500 hingga RM59,900 (tanpa insurans).
Kecekapan minyak bagi Bezza juga dikatakan lebih baik berbanding Myvi, walaupun hanya sedikit.
Menurut laman web Perodua, model Bezza yang paling jimat minyak mampu mencapai 22.8km/l berbanding model Myvi paling cekap minyak, iaitu 22.2km/l.
Perbezaan kecekapan minyak ini mungkin disebabkan berat Bezza yang lebih ringan iaitu 902.5kg, berbanding purata berat model Myvi iaitu 1,005kg.
Kapasiti bagasi Bezza juga jauh melebihi Myvi. Semua model Bezza mempunyai kapasiti bagasi 508 liter, berbanding hanya 277 liter pada kesemua model Myvi.
Memandangkan saiz median isi rumah di Malaysia ialah 3.8 orang, tidak hairanlah jika ramai melihat Bezza sebagai pilihan lebih sesuai untuk membawa keluarga keluar bersiar-siar atau balik kampung.
Walaupun kelebihan Myvi mungkin terletak pada faktor lain yang tidak dinyatakan di atas, ia nampaknya tidak berjaya mempengaruhi kebanyakan pembeli yang mungkin membuat pemilihan berdasarkan faktor lain seperti keadaan ekonomi semasa.
Namun, adakah ini bermakna Myvi telah hilang tempatnya di hati rakyat Malaysia?
Masih 'Raja' di Google
Data carian di Google Trends menunjukkan Myvi tetap menjadi topik trending di Malaysia.
Dari Januari hingga Disember 2023, Myvi secara konsisten menjana minat carian (search interest) lebih tinggi di Google berbanding Bezza. Istilah 'Perodua Myvi' mempunyai nilai minat carian purata 82, manakala 'Perodua Bezza' mempunyai nilai purata 38.
Pengguna web yang berminat dengan istilah 'Perodua Myvi' dan 'Perodua Bezza' juga membuat pelbagai carian berkaitan.
Ada istilah carian yang lebih popular berbanding yang lain dan mengalami peningkatan mendadak di Google. Ini dinamakan breakout queries.
Bagi 'Perodua Myvi', breakout queries teratas (dengan tertib menurun) adalah 'Proton Saga 2023', 'Myvi facelift 2023', 'Perodua Myvi 2023 价钱 (harga)', 'Myvi 1.3 G 2023', 'Myvi baru 2024', 'Myvi advance 2023', 'Myvi merah viral', 'Myvi X 2023', 'Myvi H 2023', dan 'Myvi 2024'.
Bagi 'Perodua Bezza' pula, breakout queries teratas (dengan tertib menurun) ialah 'Bezza 2024', 'Harga Axia 2023', 'Bezza 2023 价钱 (harga)', 'Harga Saga 2023', 'Harga Myvi 2023', 'Harga Proton Saga 2023', 'Bezza 1.0 G Auto 2023', 'Bezza baru 2024', 'Axia rahmah', dan 'Bezza 2023 launch date'.
Negeri mana menunjukkan minat paling tinggi?
Analisis lanjut data carian Google Trends mendapati setiap negeri mempunyai minat berbeza bagi model-model ini.
Istilah 'Perodua Myvi' paling popular di Terengganu (100), Kelantan (97), Kedah (86), Pahang (85), dan Perlis (82). Sementara itu, 'Perodua Bezza' lebih popular di negeri-negeri Sarawak (100), Sabah (81), Labuan (64), Melaka (54), dan Pahang (54).
Populariti 'Perodua Myvi' di negeri Terengganu terpusat di Cukai (100), Paka (95), dan Kerteh (90). Antara breakout queries teratas dari negeri tersebut termasuk carian bagi 'Harga Myvi 2023', 'Myvi advance 2023', 'Granite grey Myvi', 'Carsome', dan 'Harga Axia 2023'.
Sarawak menunjukkan minat yang signifikan dalam 'Perodua Bezza', terutamanya di Bau (100), Sri Aman (83) dan Simunjan (80). Breakout queries teratas dari Sarawak termasuk carian bagi 'Harga Bezza 2023', 'Myvi 2023', 'Bezza X 2023', 'Bezza advance 2023', dan 'Proton Saga 2023'.
Bandar dan pekan mana pula paling ‘minat’ Myvi?
Minat terhadap istilah 'Perodua Myvi' lebih tersebar luas di bandar dan pekan yang terletak di pantai timur Malaysia. Sepuluh bandar dan pekan teratas (dengan tertib menurun) yang mencari istilah tersebut adalah Cukai (Terengganu), Paka (Terengganu), Ketereh (Kelantan), Tanah Merah (Kelantan), Pasir Mas (Kelantan), Langgar (Kedah), Wakaf Bharu (Kelantan), Balok (Pahang), Gua Musang (Kelantan), dan Marang (Terengganu).
'Perodua Bezza' merupakan carian utama bagi bandar dan pekan di Sabah dan Sarawak. Sepuluh bandar dan pekan teratas (dengan tertib menurun) adalah Bau (Sarawak), Sri Aman (Sarawak), Simunjan (Sarawak), Tanjung Kidurong (Sarawak), Beluran (Sabah), Siburan (Sarawak), Bintulu (Sarawak), Lutong (Sarawak), Kudat (Sabah) dan Sandakan (Sabah). - Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bezza sesuai family car.. selesa .. nak masuk barang banyak2 senang
myvi - sporty, laju, bergaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Oklah Bezza paling besar pun 1.3cc myvi 1.5. |
|
|
|
|
|
|
|
hsbd iols kata junior2 yg masih single ujung2 nak kawen ramai beli bezza (beli cash byr 2/3x)
murah, besar, jimat utk yg baru nak berkeluarga. yg pntg tak terikat dgn loan. |
|
|
|
|
|
|
|
minat denga bezza ni tapi kenapalah 1.3 je..kalau ada 1.5 dah lama grab sebab mmg tengah cari kereta lagi.kereta sekarang dah 18 tahun..byk issue dah
bonet besar mcm wira SE..seat belakang kalo duduk 3 orang pun ok
|
|
|
|
|
|
|
|
Perangai pun sama macam MyVi. Time hujan theyols berani ya drive laju2 lane kanan. I tengok pun takut. Body dah la ringan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah start dah keluar saka pelesit.. |
|
|
|
|
|
|
|
cheap and big butt, i mean boot...sape taknak kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun tgh berkira2 nk bli bezza utk kegunaan harian. Tp tu la..1.3je plak |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 replied at 23-4-2024 03:56 PM
Aku pun tgh berkira2 nk bli bezza utk kegunaan harian. Tp tu la..1.3je plak
me too at one time. last² ambik king juga |
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap technical staff perodua.. buat retuning utk bezza or myvi jadi sluggish (PID) and letak speed limiter |
|
|
|
|
|
|
|
proud to be Bezzan
|
|
|
|
|
|
|
|
antara batch pertama pakai bezza, masa dulu beli sebulan pastu trs sign ambil kt kota Kinabalu skrg setahun belum tentu lgi dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Saya batch pertama bezza.. masa tu launch jer, terus tengok kat perodua, booking.. dalam sebulan dah dapat kereta.. pilih bezza pun sebab trunk dia besar, senang letak barang kalau nak jalan-jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Lagioun masa tu compared harga bezza & myvi, memang bezza lebih murah. Even yang series advance pun harga dia lebih murah |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 23-4-2024 04:32 PM
me too at one time. last² ambik king juga
Myvi dh bwk. Mmg lain mcm rse bwk myvi ni..ad satu perasaan ble bwk myvi..ptt org kata king |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 23-4-2024 05:13 PM
antara batch pertama pakai bezza, masa dulu beli sebulan pastu trs sign ambil kt kota Kinabalu skrg ...
Ohhhh panjang waiting list ropernyer... |
|
|
|
|
|
|
| |
|